Wikibuku
(
bahasa Inggeris
:
Wikibooks
, sebelum ini dipanggil Projek Buku Teks Bebas Wikimedia (
bahasa Inggeris
:
Wikimedia Free Textbook Project
) dan Wikimedia-Buku Teks (
bahasa Inggeris
:
Wikimedia-Textbooks
)) ialah sebuah
projek Wikimedia
berasaskan
wiki
yang dikelola oleh
Yayasan Wikimedia
bagi penciptaan buku teks dan teks beranotasi
digital
kandungan bebas
yang boleh disunting oleh sesiapa.
[2]
Pada mulanya, projek ini dicipta sepenuhnya dalam bahasa Inggeris pada Julai 2003; kemudian berkembang untuk memasukkan penambahan bahasa bermula Julai 2004.
[3]
Setakat Jun 2024
[kemas kini]
, terdapat laman aktif Wikibuku bagi 77 bahasa
[1]
merangkumi sejumlah 378,108 rencana dan 1,468 orang penyunting aktif semasa
Domain wikibooks.org didaftarkan pada 19 Julai 2003.
[4]
Ia dilancarkan untuk menjadi tapak dan membina buku teks bebas bagi bidang-bidang seperti
kimia organik
dan
fizik
, sebagai maklum balas kepada permintaan seorang penyumbang Wikipedia Karl Wick.
[5]
[6]
Dua subprojek utama, Wikijunior dan
Wikiversiti
, dicipta di Wikibuku sebelum dasar rasminya kemudian berubah yang akan datang menjadi projek jenis pengeram dimulakan mengikut dasar projek baharu Yayasan Wikimedia.[[:]]
Pada Ogos 2006, Wikiversiti menjadi projek Yayasan Wikimedia yang mandiri.
[7]
Sejak 2008, Wikibuku termasuk dalam
BASE
.
[8]
Pada Jun 2016,
Compete.com
menganggarkan Wikibuku mempunyai 1,478,812 pengunjung tersendiri.
[9]
Sesetengah buku ialah asli, sesetengah yang lain dimulakan sebagai sebuah teks yang disalin daripada sumber buku teks kandungan bebas yang lain yang ditemui di Internet. Semua kandungan laman tersebut dikeluarkan di bawah
Lesen Atribusi Perkongsian Serupa Creative Commons
(atau sebuah lesen seumpamanya). Ini bermakna, semaseperti projek kembarnya yang lain, Wikipedia, sumbangan kekal berhakmilik kepada penciptanya, sementara perlesenan ini bagi memastikan ia bebas disebarkan dan digunakan mengikut syarat-syarat tertentu?.
Wikibuku berbeza daripada
Wikisumber
, dengan maksud Wikisumber mengumpul salinan dan terjemahan asli sesebuah karya kandungan bebas yang ada, seperti teks asal pementasan
Shakespeare
, sementara Wikibuku bertumpu pada karya asli, versi pindaan karya sedia ada, atau olahan atau anotasi karya asli.
Setakat Jun 2024
[kemas kini]
, terdapat laman Wikibuku bagi 121 bahasa dengan 77 laman aktif dan 44 telah ditutup.
[10]
Laman aktif mempunyai 378,108 rencana dan laman ditutup mempunyai 671 rencana.
[11]
Terdapat 4,707,331 pengguna berdaftar dengan 1,468 yang aktif.
[11]
Sepuluh laman projek bahasa Wikibuku teratas mengikut pengiaraan rencana utama:
[11]
No.
|
Bahasa
|
Wiki
|
Baik
|
Jumlah
|
Suntingan
|
Penyelia
|
Pengguna
|
Pengguna aktif
|
Fail
|
2
|
Vietnam
|
vi
|
49,900
|
90,620
|
509,758
|
2
|
18,353
|
14
|
1,009
|
3
|
Hungary
|
hu
|
41,653
|
100,065
|
470,395
|
3
|
14,958
|
20
|
21,358
|
4
|
Jerman
|
de
|
31,529
|
77,957
|
1,031,195
|
8
|
112,049
|
76
|
7,825
|
5
|
Perancis
|
fr
|
20,069
|
57,561
|
718,808
|
7
|
118,053
|
48
|
169
|
6
|
Itali
|
it
|
17,379
|
38,482
|
455,068
|
3
|
51,207
|
166
|
774
|
7
|
Jepun
|
ja
|
14,934
|
28,465
|
249,837
|
4
|
83,318
|
53
|
430
|
8
|
Portugis
|
pt
|
13,637
|
80,478
|
493,857
|
3
|
69,325
|
38
|
1,031
|
9
|
Sepanyol
|
es
|
9,282
|
39,123
|
415,599
|
9
|
123,756
|
48
|
0
|
10
|
Belanda
|
nl
|
9,095
|
29,455
|
387,773
|
8
|
28,397
|
21
|
21
|
Untuk senarai lengkap bersama jumlah, lihat Sttaistik Wikimedia.
[12]
|
---|
Orang
| |
---|
Projek
| |
---|
Lain-lain
| |
---|
Related
| |
---|