Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wen Jiabao
(lahir 15 September 1942) ialah ahli politik China yang berkhidmat sebagai
Perdana Menteri Republik Rakyat China
ke-6. Beliau adalah ketua kerajaan dan mengetuai kabinet China. Beliau juga ahli Jawatankuasa Tetap Politbiro
Parti Komunis China
. Dari segi kedudukan, Wen Jiabao menduduk tempat ke-3 dari 9 ahli.
Lahir di
Beichen
,
Tianjin
kira-kira 170 km dari
Beijing
. Belajar di High School Nankai sama seperti
Zhou Enlai
. Beliau menyertai
Parti Komunis China
pada April 1965.
Wen adalah ahli geologi dan jurutera .Beliau mendapat sarjana dari Institut Geologi Beijing pada 1968. Dia kemudian dihantar ke wilayah
Gansu
untuk bekerja sebagai ahli geologi (1968-1978). Kemudian pindah ke Beijing untuk bekerja sebagai ketua Pejabat Parti Umum antara tahun 1986 dan 1993.
Beliau berkhidmat di bawah tiga Jeneral Setiausaha:
Hu Yaobang
,
Zhao Ziyang
, dan
Jiang Zemin
. Beliau menjadi korban semasa tunjuk perasaan pelajar di
Dataran Tiananmen
1989. Rakannya
Zhao Ziyang
dikenakan tahanan dalam rumah sehinggalaj kematian pada Januari 2005.
Perdana Menteri China
Zhu Rongji
melantik beliau dengan tugasan mengawasi pertanian, dan persekitaran dasar kewangan serta persediaan China menyertai
Pertubuhan Perdagangan Sedunia
(WTO). Beliau mengawasi reformasi ekonomi Cina.
Awalnya dianggap sebagai pendiam dan sederhana. Wen dikatakan seorang Komunikator yang baik dan dikenali sebagai "orang rakyat". Sejak Mei 2004, Wen mengunjungi pelbagai masyarakat yang musnah akibat
AIDS
dan penagih dadah. Secara rawak Wen mengunjungi desa relatif miskin di pedalaman. Jurang kemiskinan harus segera diatasi dengan cara menghapuskan cukai pertanian pada 2005.
Semasa
Tahun Baru Cina
pada tahun 2005, Weng bersama-sama dengan sekelompok pelombong
arang batu
di
Shanxi
. Oleh itu Wen dianggap memahami keperluan rakyat biasa. Beliau juga mampu menjawab soalan panas daripada wartawan berhubung isu
kemerdekaan Taiwan
,
Tibet
dan
hak asasi manusia
.
Pada 18 Mac 2008, Wen menyalahkan penyokong
Dalai Lama
atas kekerasan di
Tibet
. Pejuang kemerdekaan
Tibet
mengambil kesempatan menjelangnya
Sukan Olimpik Beijing 2008
.
|
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai:
Wen Jiabao
|