Wangsa Pahlavi
(
Bahasa Parsi
: ?????? ?????, riwayat dinasti:
1925
-
1979
) adalah monarki
Iran
terakhir dan diakhiri dengan tercetusnya
Revolusi Iran
. Raja pertamanya ialah
Shah Reza Pahlavi
.
Pada tahun
1921
, Reza Khan (kemudiannya memegang gelaran
Shah Reza Pahlavi
), seorang pegawai tentera Iran, melancarkan rampasan kuasa terhadap
Dinasti Qajar
. Dalam masa empat tahun sahaja, beliau menjadi penguasa paling berpengaruh di Iran. Pada tahun
1925
,
Ahmad Shah Qajar
, raja terakhir wangsa Qajar, dipaksa untuk turun takhta dan digantikan dengan
Shah Reza Pahlavi
.
Shah Reza merupakan seorang yang bercita-cita tinggi. Harapan beliau adalah untuk memodenkan Iran. Rancangan permodenan ini termasuklah pembangunan industri-industri berat, pembangunan infrastruktur-infrastrutur utama, pembinaan jalan kereta api, memperkenalkan sistem pendidikan awam, melakukan pembaharuan sistem kehakiman dan memperbaiki sistem kesihatan. Beliau percaya bahawa hanya kerajaan berpusat yang kuat sahaja mampu melaksanakan rencana ini,
Termasuk dalam rancangan permodenan beliau ialah penghantaran rakyat Iran (termsuklah puteranya) ke
Eropah
untuk mendapatkan pendidikan tinggi. Dalam masa 16 tahun sahaja (
1925
-
1941
), Iran mengalami pembangunan pesat dan berubah sepenuhnya kepada negara membangun. Tahap pendidikan rakyat meningkat dengan pantasnya dan sebuah kelas sosial baru tercipta iaitu kelas pertengahan yang kebanyakkannya terdiri daripada tenaga-tenaga pakar.
Namun begitu, pada pertengahan 1930-an, sikap diktaktornya semakin lama semakin dibenci rakyat Iran, terutamanya golongan ulama-ulama Iran.
Dalam proses permodenan Iran, Shah Reza cuba untuk menghalang campur tangan
Inggeris
dan
Kesatuan Soviet
. Kontrak-kontrak untuk pembinaan infrastruktur dibahagikan sama rata sesama negara-negara barat dan beliau cuba mengelak daripada memberi kontrak kepada
Inggeris
dan
Kesatuan Soviet
. Namun begitu,
Inggeris
mengawal sepenuhnya sumber minyak Iran menerusi
Syarikat Minyak Anglo-Iran
tetapi kerja-kerja teknikal dibahagikan sama rata antara
Jerman
,
Perancis
,
Itali
dan negara-negara
Eropah
lain. Masalah dalam pembahagian ini mula muncul ketika
Perang Dunia Kedua
dimana Inggeris dan Jerman menjadi musuh. Shah Reza mengumumkan bahawa Iran adalah negara neutral tetapi Inggeris mahukan Iran menghalau keluar semua rakyat Jerman yang sedang bekerja di dalam Iran atas alasan mereka bertindak sebagai pengintip kegiatan Inggeris di Iran. Tetapi permintaan ini ditolak Shah Reza kerana ini akan menjejaskan proses permodenan Iran.
Ketika perang dunia kedua, pada Jun
1941
tentera
Jerman
mencerobohi
Rusia
. Ini menyebabkan
Inggeris
dan
Kesatuan Soviet
menjadi sekutu. Inggeris dan Kesatuan Soviet mengambil kesempatan terhadap pembinaan jalan kerata api di
Iran
yang dapat menghubungkan
Teluk Parsi
dengan
Kesatuan Soviet
untuk pengangkutan keperluan ketenteraan. Pada Ogos
1941
, berikutan keengganan Shah Reza untuk menghalau keluar rakyat Jerman, Inggeris dan Kesatuan Soviet mencerobohi Iran dan seterusnya menangkap dan membuang Shah Reza ke luar negeri. Iran kemudiannya diletakkan dibawah kuasa negara-negara bersekutu termasuklah
Amerika
. Menerusi kuasa-kuasa barat ini, putera Shah Reza,
Mohammad Reza Pahlavi
dimahkotakan menjadi Shah Iran yang baru.
Pada Januari
1942
, bagi menghormati kedaulatan Iran, tentera bersekutu menandatangani perjanjian yang akan mengundurkan tentera mereka sepenuhnya dari Iran. Namun begitu,
Kesatuan Soviet
enggan berbuat demikian dan terus mengekalkan tentera mereka di wilayah
Azerbaijan
sehingga Mei
1946
. Ini merupakan antara beberapa peristiwa yang mencetuskan
Perang Dingin
antara blok-blok barat dengan blok-blok timur.
Era selepas ini menyaksikan politik Iran menjadi lebih terbuka. Lebih banyak parti-parti politik baru ditubuhkan. Tetapi isu mengenai campur tangan asing masih menjadi sebuah isu yang sensitif. Bermula pada tahun 1930-an, Iran mula memilik negarakan lapangan-lapangan minyaknya.
Mohammad Reza Pahlavi
menggantikan tempat ayahandanya dan dimahkotakan pada tahun
16 September
,
1941
. Beliau berkeinginan untuk meneruskan kerja ayahandanya tetapi terdapat beberapa konflik antara beliau dengan kerajaan pusat yang dipimpin oleh
Mohammad Mosaddegh
.
Walaupun Mohammad Reza Pahlavi bersumpah untuk mengaplikasikan sistem raja berperlembagaan, tetapi secara praktiknya, beliau tidak berbuat sedemikian. Urusan-urusan dalaman negeri dicampur tangan dan ketenteraan diletakkan dibawah kekuasaan beliau. Pada tahun
1949
, terdapat sebuah cubaan untuk membunuh Shah Mohammad Reza tetapi cubaan ini gagal. Cubaan ini didakwa dirancang oleh
Parti Tudeh
, dan ini menyebabkan parti itu untuk dilarang sama sekali
Pada tahun
1951
,
Majles
mengumumkan
Mohammad Mossadegh
sebagai perdana menteri Iran. Beliau kemudiannya memilik negarakan industri minyak Iran tetapi keputusan ini ditentang Shah kerana ini akan menyebabkan Iran akan kehilangan tenaga pakar asing. Shah Mohammad kemudiannya melarikan diri keluar negara dan kembali semula setelah
United Kingdom
dan
Amerika
menggulingkan
Mohammad Mossadegh
dimana beliau dipenjarakan oleh tentera pro-Shah.
Jentera-jentera pemerintahan Shah menggunakan badan perisikan Iran,
SAVAK
dan badan keselamatan Iran untuk menghancurkan kumpulan-kumpulan pembangkang.
Pada pertengahan tahun
1970
, dengan bergantungkan sumber minyak, Shah Mohammad Reza melancarkan projek pembangunan besar-besaran dalam rancangan beliau untuk menjadikan Iran sebuah "Tamadun Hebat". Tetapi ini menyebabkan ketidak seimbangan sosio-ekonomi penduduknya seterusnya melahirkan bangkangan terutamanya daripada golongan ulama. Maka, terbentuklah sebuah gerakan Islam yang dipimpin oleh
Ayatollah
Ruhollah Khomeini
untuk menamatkan kuku besi kerajaan Pahlavi dan mengembalikan semula tradisi Islam. Gerakan ini mendapat sokongan penuh penduduk Iran dan akhirnya tercetuslah
Revolusi Iran
atau Revolusi Islam. Pada tahun
1979
, Shah Mohammad Reza melarikan diri ke
Mesir
dan
Ayatollah
Ruhollah Khomeini
mengambil alih pemerintahan Iran seterusnya mengakhiri Dinasti Pahlavi.