Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wangsa Glucksburg
atau nama panjangnya
Wangsa Schleswig-Holstein-Sonderburg-Glucksburg
ialah sebuah cabang
Denmark
-
Jerman
dari
Wangsa Oldenburg
. Ahli kerabat wangsa ini pernah menjadi penguasa yang memerintah seberapa kawasan Eropah ketika dahulu seperti di Denmark (
Ratu Margrethe II
), Norway (
Raja Harald V
), Yunani (
Raja Konstantinos II
) dan beberapa negeri utara Jerman .
Wangsa ini dinamakan sempena bandar
Glucksburg
di pesisiran kecil
Selatan
Schleswig
, selatan
fiord
Flensburg yang memisahkan Jerman dari Denmark.
[1]
Pada tahun 1460, Wangsa Glucksburg menggabung dalam kerajaan
Schleswig dan Holstein
, melalui pembesar
Oldenburg
bergelar Graaf iaitu Christian VII.
Pada tahun 1448, orang
Denmark
telah melantik
Christian I
sebagai penguasa mereka yang kemudiannya turut memerintah orang-orang
Norway
pada tahun 1450. Berikutan pembubaran
kesatuan politik
Sweden
-
Norway
yang membenarkan Norway menjadi suatu kerajaan berdaulat sendiri, orang-orang Norway pula memilih seorang putera kedua
Frederik VIII dari Denmark
dan cucunda sulung Christian IX, Carl Georg Valdemar Axel, menjadi
Raja Norway
pada 18 November 1905 di bawah nama
Haakon VII
.
Putera Vilhelm, putera kedua hasil perkahwinan Putera Mahkota Kristian dan Puteri Mahkota Luise dipilih sebagai
Raja Yunani
pada 30 Mac 1863 menggantikan
Otto (atau "Othon")
digulingkan; baginda memerintah dengan nama
Georgios I
.
- ^
Michel Huberty, Alain Giraud, F. and B. Magdelaine.
L'Allemagne Dynastique
, Volume VII. Laballery, 1994. pp. 7?8, 27?28, 30?31, 58, 144, 168, 181, 204, 213?214, 328, 344, 353?354, 356, 362, 367.
ISBN
2-901138-07-1
,
ISBN
978-2-901138-07-5