Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Virus influenza A (H1N1)
ialah satu subjenis
virus influenza A
dan merupakan penyebab yang paling biasa bagi
influenza
(selesema) di kalangan manusia. Sesetengah jenis H1N1 merupakan
endemik dalam manusia
dan menyebabkan segelintir daripada kesemua
penyakit mirip influenza
dan sebahagian besar daripada kesemua
influenza bermusim
. Jenis-jenis H1N1 menyebabkan kira-kira separuh daripada kesemua jangkitan selesema manusia pada tahun 2006.
[1]
Jenis H1N1 yang lain merupakan endemik dalam babi (
influenza babi
) dan dalam burung (
influenza burung
).
Pada Jun 2009,
Pertubuhan Kesihatan Sedunia
mengumumkan bahawa selesema yang disebabkan oleh jenis baru H1N1 berpuncakan babi bertanggungjawab bagi
pandemik selesema 2009
. Jenis ini sering digelar sebagai "
selesema babi
" oleh media awam.
Jenis-jenis
Virus influenza A
dikategorikan mengikut dua protein yang didapati pada permukaan virus:
hemagglutinin
(H) dan
neuraminidase
(N). Kesemua virus influenza A mengandungi hemagglutinin and neuraminidase, disebabkan oleh
mutasi genetik
yang pantas dalam genom virus.
Jenis-jenis virus influenza A diberikan satu nombor H dan satu nombor N berdasarkan bentuk apa bagi kedua-dua protein ini didapati. Terdapat 16 subjenis H dan 9 subjenis N diketahui dalam burung, tetapi hanya H 1, 2, dan 3, dan N 1 dan 2 biasa didapati dalam manusia.
[3]
Templat:Influenza