Uhuru Muigai Kenyatta
(lahir 26 Oktober 1961) ialah seorang ahli politik
Kenya
dan Presiden Kenya yang ke-4. Beliau sebelum ini merupakan Timbalan Perdana Menteri Kenya sejak 2008 dan merupakan bekas Ahli Parlimen bagi Gatundu South. Kenyatta pernah menjadi pengerusi
Kesatuan Kebangsaan Afrika Kenya
(KANU) sebelum kini menjadi ketua
Perikatan Kebangsaan
(TNA). Beliau sendiri anak kepada
Jomo Kenyatta
, presiden pertama Kenya dari kemerdekaan ia pada 1964 hingga 1978.
Uhuru bertanding sebagai calon dalam pilihan raya presiden pada 4 Mac 2013 dan mendapat 6,173,433 undi (50.03%) daripada sejumlah 12,338,667 undi yang dibuang. Memandangkan ini melebihi ambang 50% tambah 1 undi, beliau dianggap menang tanpa memerlukan pusingan kedua.
[1]
. Beliau lalu diisytiharkan sebagai Presiden Republik Kenya keempat pada 9 Mac.
[2]
Uhuru mengangkat sumpah sebagai Presiden Kenya ke-4 pada 26 haribulan sama2013.
Pada Oktober 2021, dia dikutip dalam skandal kertas pandora.
Beliau anak hasil perkahwinan
Jomo Kenyatta
dengan isteri keempatnya,
Mama Ngina Kenyatta
. Beliau berketurunan
Bantu
suku
Kikuyu
. Beliau diberi nama
Uhuru
- kata
bahasa Swahili
bermaksud "kebebasan" sempena meraikan kemerdekaan Kenya yang bakal menjadi kenyataan hasil usaha ayahnya.
Beliau bersekolah di St Mary's School
Nairobi
, sambil ini juga beliau bekerja sambilan sebagai seorang juruwang di
Kenya Commercial Bank
antara tahun 1979 dan 1980.
[3]
Beliau melanjutkan pelajarannya ke
Amherst College
di
Massachusetts
, Amerika Syarikat untuk mendalami bidang ekonomi dan sains politik.
[4]
[5]
[6]
Beliau kembali ke Kenya selepas tamat pengajiannya di mana beliau memulakan syarikat pengeksportan hasil tanaman bernama Wilham Kenya Limited.
[7]
Kenyatta memasuki Parlimen tahun 2001 sebagai di Menteri Kerajaan Tempatan di bawah Presiden
Daniel arap Moi
. Walaupun kurang pengalaman, beliau disokong Presiden Moi sebagai penggantinya; namun beliau tewas kepada calon pembangkang
Mwai Kibaki
dalam pilihan raya 2002. Beliau kemudian menyokong Kibaki dalam pilihan raya 2007.
Pada April 2008, beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perdagangan sebagai sebahagian daripada kerajaan campuran. Seterusnya, beliau menjadi Menteri Kewangan dari 2009 dan 2012 sambil kekal menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Beliau meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan pada 26 Januari 2012 hasil tekanan
Mahkamah Jenayah Antarabangsa
(ICC) yang mendakwanya melakukan "
jenayah terhadap kemanusiaan
" mencetuskan kekerasan terhadap para penunjuk perasaan
berikutan pilihan raya umum 2007
.
[8]
Jawatan politik
|
Pejabat baharu
|
Timbalan Perdana Menteri Kenya
2008?2013
|
Diikuti oleh:
Jawatan dimansuhkan
|
Didahului oleh
Mwai Kibaki
|
Presiden Kenya
2013?kini
|
Pemegang jawatan kini
|