Tun Muhammad bin Tun Ahmad
(
Jawi
:
??? ???? ?? ??? ????
) atau lebih dikenali dengan gelaran beliau,
Tun Seri Lanang
(
Jawi
:
??? ??? ????
)(1565 ? 1659), ialah
Bendahara
Paduka Raja,
Johor
antara tahun
1580
dan
1615
, serta penyunting
Sejarah Melayu
(buku, 1612) yang merupakan moyang kepada
Sultan Johor
dan
Sultan Terengganu
.
Salasilah
kesultanan Terengganu yang terdapat dalam
Sejarah Terengganu
(buku) karya Haji Buyong Adil terbitan
Dewan Bahasa dan Pustaka
1974 ada menyatakan bahawa Tun Habib Abdul Majid (Bendahara Seri Maharaja, Johor - Marhum Padang Saujana - Bendahara Johor 1688-1697) yang menjadi Bendahara Johor dari
1688
hingga
1697
adalah bapa kepada
Sultan Zainal Abidin I
(Sultan Terengganu Pertama) dan kepada
Sultan Abdul Jalil IV
(Sultan Johor ke-11 dari
1699
hingga
1719
). Selanjutnya dipaparkan bahawa
Tun Habib Abdul Majid
adalah anak kepada Tun Mat Ali (Bendahara Paduka Maharaja, Johor), iaitu anak kepada Tun Seri Lanang (Bendahara Paduka Raja, Johor 1580-1615).
Dalam pengetahuan orang-orang
Melayu
, nama Tun Seri Lanang lebih dikenali sebagai salah seorang bijak pandai dan pengarang ulung bangsa Melayu yang setaraf dengan
Munshi Abdullah
(Pengarang
Hikayat Abdullah
).
[1]
Ketika Perang Batu Sawar pada tahun
1613
berlaku, beliau dibawa ke Aceh sebagai tawanan bersama-sama
Sultan Alauddin Riayat Shah III
,
Sultan
Johor-Riau, adinda Sultan,
Raja Abdullah
(Sultan Abdullah Maayah Shah) dan kerabat diraja
Johor
serta 23000 rakyat
Johor
. Mereka yang ditawan itu dilayan baik oleh sultan Aceh malah
Raja Abdullah
sendiri dikahwinkan dengan adinda
sultan
Aceh
,
Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam
yang bernama Ratna Jauhari.
Pada akhir tahun 1613, Raja Abdullah dihantar pulang bersama-sama dengan 2000 tentera Aceh dan diberikan sejumlah wang oleh Iskandar Muda untuk membina semula kota Batu Sawar. Pada tahun
1614
, Sultan Alauddin dibenarkan pulang setelah baginda berjanji untuk membantu
Aceh
melawan
Portugis
.
[2]
Namun sebahagian besar rakyat
Johor
memilih untuk menetap di
Aceh
dan ditempatkan oleh
sultan Aceh
di jajahan bernama Samalanga termasuk
Tun Seri Lanang
yang dilantik sebagai ''Ulubalang'' atau
gabenor
Samalanga dan diberi gelaran ''' "Orang Kaya Dato' Bendahara Seri Paduka Tun Seberang" ''' oleh
Aceh
dan di Johor, beliau digelar '''Dato' yang ke Aceh''' .
[3]
Tun Seri Lanang dilantik sebagai ulubalang Samalanga yang pertama yang terletak di pesisir timur
Aceh
pada tahun
1613
dan terus memerintah selama 40 tahun sehingga kematiannya pada tahun
1659
di
Samalanga
,
Aceh
.
Beliau telah menjadikan
Samalanga
sebagai pusat pendidikan di
Kesultanan Aceh Darussalam
. Beliau banyak membangunkan banyak
masjid
yang bukan sahaja berfungsi sebagai tempat ibadah tetapi juga pusat pengajian
Islam
seperti Kuta Blang, Mesjid Raya dan Masjid Matang Wakeuh.
[4]
Beliau juga bertindak sebagai penasihat kepada
Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam
,
Sultan Iskandar Thani
dan Seri Ratu Sultanah Tajul Alam Safiatuddin Shah.
Keturunan beliau
Aceh
yang telah bercampur baur dengan bangsawan Aceh, banyak yang menjadi
tokoh
terkenal seperti Pocut Meuligo-''Srikandi Aceh'', Amponsyik Teuku Muda Bugis, uleebalang Samalanga yang berhasil menewaskan
Belanda
dalam
Perang Aceh
(1873-1942) pada tahun
1881
, Teuku Hamid Azwar, Teuku Daud Shah dan Teuku H Zainal Abidin Bendahara serta banyak lagi.
[5]
Pewaris terkini yang diketahui mempunyai susur galur sampai ke Tun Seri Lanang ialah:
Ahlul Bait Rasulullah dan Kesultanan Melayu, (Tun) Suzana (Tun) Osman dan Hj Muzaffar Dato Hj Mohamad
|
---|
Umum
| |
---|
Perpustakaan negara
| |
---|
Pangkalan data saintifik
| |
---|
Lain-lain
| |
---|