Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tulsa
([?t?ls?, tal.s?]) ialah sebuah bandar raya yang terletak di
negeri
Oklahoma
,
Amerika Syarikat
. Ia merupakan kota kedua terbesar di Oklahoma dan bandar raya ke-45 terbesar di keseluruhan negara Amerika Syarikat.
Kota ini banyak memainkan peranan sebagai salah satu hub perindustrian minyak petroleum di Amerika Syarikat.
[1]
Ia juga merupakan pusat kebudayaan dan seni yang ada di negeri Oklahoma.
[2]
[3]
Petempatan asal yang menjadi asas kepada kota ini pada asalnya dalam rantau
Indian Territory
di mana ia diduduki orang-orang asli puak-puak Lochapoka dan
Creek
yang tiba dari kawasan
Alabama
pada tahun 1836 (berdasarkan bukit catatan sejarah) berikutan suatu penghijrahan dipaksa (
Trail of Tears
),
[4]
mereka memberi nama
Tallasi
bererti "bandar lama" dalam bahasa Creek.
[4]
Petempatan ini dirasmikan pada 18 Januari 1898 dengan pelantikan Edward Calkins sebagai datuk dandar pertamanya.
[5]
Telaga minyak
pertama dalam kota ini, Sue Bland No. 1,
[5]
dijumpai pada tahun 1901 serta dimiliki masyarakat asli
Bangsa Wazhazhe
. Suatu yang lebih besar bernama Glenn Pool yang terletak 15 batu arah selatan Tulsa dijumpsi pada tahun 1905. Penemuan ini segera menarik perhatian banyak pedagang dari
Pantai Timur
dan
Barat Tengah Amerika Syarikat
untuk mencuba nasib di sana; populasi petempatan ini meningkat mendadak sehingga lebih 140,000 dari tahun 1901 hingga 1930.
[6]
Tulsa pada awal abad ke-20 mempunyai suatu kawasan yang pesat dan makmur di pusat bandarnya iaitu Greenwood yang diduduki para pedagang dan orang kaya dalam kalangan
kaum kulit hitam
, sehingga diberi jolokan "Black
Wall Street
".
[7]
Kawasan ini musnah teruk berikutan suatu
rusuhan kaum
yang berlaku di mana gerombolan-gerombolan kulit putih menyerang rumah-rumah kedai dan bangunan di sana dari 31 Mei sehingga 1 Jun 1921 dihentikan para Pengawal Negara (
National Guardsmen
). Keganasan didorong sentimen perkauman ini menyebabkan 23 warga kulit hitam dan 16 warga kulit hitam terkorban menurut catatan rasmi, namun ada yang menganggarkan sebanyak 300 orang terkorban - kebanyakannya dalam kalangan warga kulit hitam;
[7]
lebih 800 ratus orang lain cedera manakala 10,000 warga kota kulit hitam kehilangan tempat tinggal mereka akibat kerosakan dan kebakaran yang berleluasa sebanyak 1,256 buah kediaman.
| Bahagian ini memerlukan pengembangan
.
Anda boleh menolong dengan
membaiki seksyen itu
.
(
Mei 2023
)
|
Tulsa terletak sejauh 99 batu (159 km) dari arah timur
Bandar Raya Oklahoma
; ia terletak di suatu kawasan berbukit-bukau hutan antara hujung kawasan dataran rumput raya
Great Plains
dengan kaki
pergunungan Ozark
. Kawasan kota ini dibahagikan
Sungai Arkansas
dengan suatu dasar berpasir luas.
Bandar raya ini
beriklim subtropika lembap
(
Pengelasan iklim Koppen
: Cfa) dengan suhu pukul rata tahunan sebanyak 57 °F (14 °C) dan kerpasan purata melebihi setakat 40 inci setahun.
Tulsa
dikembarkan
dengan beberapa kota utama di seluruh dunia sejak tahun 1956:
[8]
[9]