Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The Simple Life
ialah siri
televisyen realiti
yang disiarkan mulai 2 Disember 2003 hingga 5 Ogos 2007. Tiga musim pertamanya disiarkan oleh
Fox
, dan dua lagi di saluran
E!
. Rancangan berbentuk komedi ini menampilkan dua orang sosialit muda yang kaya-raya, iaitu
Paris Hilton
dan
Nicole Richie
, bergelut dalam kerja-kerja manual bergaji rendah seperti pembersihan rumah, perladangan, memasak di restoran makanan segera dan bertugas sebagai ketua perkhemahan.
Di Malaysia, kelima-lima musim
The Simple Life
sudah disiarkan oleh
8TV
dan
Star World
.