Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Terusan Besar China
(
Cina ringkas
:
大?河
;
Cina tradisional
:
大運河
;
pinyin
:
Da Yunhe
), juga dikenali sebagai
Terusan Besar Beijing-Hangzhou
(
Cina ringkas
:
京杭大?河
;
Cina tradisional
:
京杭大運河
;
pinyin
:
J?ng Hang Da Yunhe
) adalah
terusan
atau
sungai
buatan terpanjang di dunia.
[1]
Bermula di
Beijing
, ia melalui
Tianjin
dan wilayah
Hebei
,
Shandong
,
Jiangsu
dan
Zhejiang
ke kota
Hangzhou
. Bahagian tertua terusan ini bermula pada kurun ke-5 SM, walaubagaimanapun pelbagai bahagian akhirnya digabungkan semasa
Dinasti Sui
(581?618 AD).
Panjang keseluruhan Terusan Besar China adalah 1,776 km (1,103 batu). Puncak tertingginya adalah di pergunungan
Shandong
, pada paras 42 m (138 kaki).
[2]
Kapal-kapal di dalam Terusan Besar China tiada masalah untuk mencapai aras yang lebih tinggi selepas
kunci paun
diperkenalkan pada kurun ke-10 (semasa pemerintahan
dinasti Song
).
[3]
Saiz dan kehebatan terusan ini dikagumi oleh ramai orang sepanjang masa, termasuk sami
Jepun
,
Ennin
(794?864), sejarawan
Parsi
Rashid al-Din
(1247?1318), pegawai
Korea
Choe Bu
(1454?1504) dan mubaligh
Itali
Matteo Ricci
(1552?1610).
[4]
[5]
Dari segi sejarahnya, banjir yang terjadi di
Sungai Kuning
bersebelahan mengancam keselamatan dan fungsi terusan ini. Semasa perang, daik-daik tinggi di Sungai Kuning dipecahkan bagi membanjirkan pasukan tentera musuh yang sedang mara. Kejadian ini menyebabkan malapetaka dan kesusuhan ekonomi yang berpanjangan. Meskipun dipinggirkan dan tidak digunakan untuk masa yang singkat, Terusan Besar China membantu membangunkan pasaran ekonomi di pusat bandar China sepanjang zaman sejak zaman dinasti Sui.
- ^
Hutchinson's Encyclopedia
,
Encarta
.
Archived
2009-10-31.
- ^
Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama
needham volume 4 part 3 307
- ^
Needham, Volume 4, Part 3, 350?352
- ^
Needham, Volume 4, Part 3, 308 & 313.
- ^
Brook, 40?51.
- Benn, Charles. (2002).
China's Golden Age: Everyday Life in the Tang Dynasty
. Oxford University Press.
ISBN 0-19-517665-0
.
- Bowman, John S. (2000).
Columbia Chronologies of Asian History and Culture
. New York: Columbia University Press.
- Brook, Timothy
. (1998).
The Confusions of Pleasure: Commerce and Culture in Ming China
. Berkeley: University of California Press.
ISBN 0-520-22154-0
- Ebrey, Patricia Buckley (1999).
The Cambridge Illustrated History of China
. Cambridge: Cambridge University Press.
ISBN 0-521-66991-X
(paperback).
- Fairbank, John King and Merle Goldman (1992).
China: A New History; Second Enlarged Edition
(2006). Cambridge: MA; London: The Belknap Press of Harvard University Press.
ISBN 0-674-01828-1
- Needham, Joseph. (1986).
Science and Civilization in China: Volume 4, Physics and Physical Technology, Part 3, Civil Engineering and Nautics
. Taipei: Caves Books, Ltd.
ISBN 0-521-07060-0
- 京杭?河史, 姚?源, 中?水利水?出版社, 北京 1998年;
A History of the Grand Canal
, Yao Hanyuan, Waterpub, Beijing 1998
- 中??河, ?放、杜家? 主?, 金陵?社 1997年;
China's Canal
, Jing Fang and Du Jiaju eds, Jinling Book Society, 1997.