한국   대만   중국   일본 
Tentera Laut Perancis - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Tentera Laut Perancis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tentera Laut Perancis
[ Marine nationale ] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik ( bantuan )
Aktif Tahun 1624 [ perlu rujukan ] - kini
Negara   Perancis
Jenis Tentera laut
Saiz 36,776 anggota (2014) [1]
130 buah kapal [1]
206 buah pesawat [2]
Pangkalan Utama : Brest , Ile Longue , Pelabuhan tentera Toulon .

Kedua : Cherbourg , Lorient .
Wilayah Luar Negeri Perancis : Fort-de-France , Degrad des Cannes , Port des Galets , Noumea , Papeete .

Luar Negeri : Dakar , Djibouti , Abu Dhabi .
Nama samaran La Royale
Moto Honneur, patrie, valeur, discipline
("Maruah, Tanahair, Berani, Disiplin")
Warna Biru, putih, merah
Kapal Armada terkini
Komander
Ketua Turus Tentera Laut Perancis Laksamana Bernard Rogel
Tanda kebesaran
Panji-panji tentera laut
Pesawat terbang
Penyerang Super Etendard , Rafale
Peperangan
elektronik
Hawkeye
Pejuang Rafale
Helikopter NH90 , Eurocopter Lynx , Panther , Dauphin
Helikopter utiliti Alouette III
Peronda Atlantique 2 , Falcon 50 , Falcon 200
Pelatih Mudry CAP 10 , MS-88 Rallye , Falcon 10 , Xingu

Tentera Laut Perancis ( Perancis : Marine nationale , "marin nasional"), gelaran tidak rasmi [ La Royale ] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik ( bantuan ) , adalah pasukan maritim dalam Angkatan Tentera Perancis . [3] Sejarahnya boleh dijejak sehingga tahun 1624 [ perlu rujukan ] , ia merupakan salah sebuah angkatan tentera laut tertua dunia dan mengikut sejarah memainkan peranan penting dalam membentuk Empayar koloni Perancis . Seawal penubuhan lagi, peranannya telah ditakrifkan sebagai mengekalkan kecerdasan, melindungi penduduk, mencegah krisis, mencelah bilamana perlu bagi membina semula keamanan , dan menyuarakan sebarang ancaman terhadap kepentingan utama Perancis. [4] Marine nationale merangkumi empat cawangan, iaitu Force d'Action Navale , Forces Sous-marines , Aeronavale dan Fusiliers Marins (termasuk Commandos de Marine ). Selaku tentera laut lepas [5] Marine nationale mengendalikan pelbagai kapal tempur, termasuk sebuah kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear ( Charles de Gaulle ), 6 buah kapal selam nuklear , 4 buah Kapal selam peluru berpandu balistik , kapal-kapal frigat , bot-bot peronda dan kapal-kapal sokongan. Tentera Laut Perancis tidak menggunakan imbuhan awalan bagi menamakan kapal-kapalnya (sebagai contoh, HMS atau KD ). Wartawan asing kadangkala menggunakan imbuhan "FS" (bagi "French Ship") atau FNS (bagi "French Navy Ship"); bagaimanapun ini tidak rasmi.

Menjelang Jun 2014, Tentera Laut Perancis mempunyai sejumlah 36,776 anggota tetap. Elemen simpanan Tentera Laut Perancis mengandungi 4,827 anggota dari Rizab Operasi. [1]

Cogan kata Tentera Laut Perancis ialah Honneur , Patrie , Valeur , Discipline ("Maruah, Tanah air, Berani, Disiplin"). Moto ini boleh ditemui di geladak setiap kapal Tentera Laut Perancis. Ketua Turus Tentera Laut Perancis (chef d'etat-major de la Marine, akronim CEMM) yang terkini ialah Amiral Bernard Rogel .

Lihat juga [ sunting | sunting sumber ]

Rujukan [ sunting | sunting sumber ]

  1. ^ a b "Key defence figures 2014" (PDF) (dalam bahasa Perancis). Defense.gouv.fr. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-13 . Dicapai pada 2015-09-30 . CS1 maint: bot: original URL status unknown ( link ) ()
  2. ^ World Air Forces 2014 10 December 2013
  3. ^ "French Navy" . Defense.gouv.fr . Dicapai pada 2011-12-28 .
  4. ^ Missions , Ministry of Defence
  5. ^ Intervenir , Ministry of Defence

Bacaan lanjut [ sunting | sunting sumber ]

  • Jenkins, E H (1973). A History of the French Navy from its Beginnings to the Present Day . London: Macdonald and Jane's. ISBN   0356-04196-4 .
  • Maria Petringa, Brazza, A Life for Africa , Bloomington, IN: AuthorHouse, 2006. ISBN 978-1-4259-1198-0 . A biography of French naval officer, explorer of Africa, and human rights activist Pierre Savorgnan de Brazza , including a detailed description of his years on the training ship Borda , and his experiences at the French Ministry of the Navy on rue Royale, in Paris.
  • Randier, Jean (2006). La Royale: L'histoire illustree de la Marine nationale francaise . ISBN   978-2-35261-022-9 .

Pautan luar [ sunting | sunting sumber ]