Televisora del Sur
(
bahasa Sepanyol
untuk "Stesen Televisyen Selatan"), yang disingkat
Telesur
, ialah sebuah
rangkaian televisyen
pan-
Amerika Latin
yang berpangkalan di
Caracas
,
Venezuela
. Stesen ini memulai siaran dengan jadual terbatas pada
24 Julai
2005
, sementara siaran penuh dimulai pada
31 Oktober
2005
.
Telesur yang diusulkan oleh
Presiden Venezuela
Hugo Chavez
, dimaksudkan sebagai saingan dari rangkaian swasta terkenal di Amerika Selatan seperti
CNN en Espanol
dan
Univision
. Jaringan ini pun dimaksudkan untuk mendorong terciptanya
integrasi Amerika Latin
. Rangkaian ini didukung dengan dana sebesar AS$10 juta yang disediakan oleh negara-negara yang bersama-sama memiliki jaringan tersbut:
Venezuela
(
saham
51%),
Argentina
(20%),
Cuba
(19%), dan
Uruguay
(10%), dengan kemungkinan negara-negara lain bergabung pula kelak. Negara-negara ini, termasuk pula
Brazil
(yang sedang mengembangkan stesen antarabangsanya sendiri yang ber
bahasa Portugis
,
TV Brasil
), akan bekerja sama dalam isi dan teknologinya.
Dewan penasihat Telesur terdiri atas banyak intelektual antarabangsa dan kebangsaan, termasuk pemenang
Hadiah Keamanan Nobel
Adolfo Perez Esquivel
, penyair
Ernesto Cardenal
, penulis
Eduardo Galeano
,
Tariq Ali
dan
Saul Landau
, redaktur kepala
Le Monde diplomatique
dan sejarahwan
Ignacio Ramonet
, perintis perisian bebas
Richard Stallman
, dan pelakon
Danny Glover
. Presiden TeleSUR sekarang ini adalah
Andres Izarra
, yang pernah untuk waktu singkat menjadi Menteri Komunikasi dalam kerajaan Venezuela. Izarra juga seorang jurnalis veteran dan pernah bekerja untuk
CNN
mahupun
RCTV
, sebuah rangkaian swasta Venezuela.
Stesen ini berjanji untuk menjadi alternatif terhadap konglomerat media besar seperti CNN, dan mengambil slogan "Berita dari Selatan." Siarannya dapat ditonton sekurang-kurangnya di 15 negara melalui sekurang-kurangnya 53 pelayan kabel, maupun lima stesen percuma. TeleSUR memberikan pelayanan umum berita pengumuman percuma dan selingan muzik dan bukan iklan. Saluran berita ini mempunyai 160 pegawai dan koresponden di Argentina, Brazil, Colombia, Cuba, Haiti, Mexico dan Amerika Syarikat.
Program berita utama saluran ini dinamai
"Noticias del Sur"
("Berita dari Selatan") dan didanai oleh Kementerian Ekonomi Rakyat Venezuela.
Seminggu sebelum rangkaian ini memulai siaran,
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat
mengumpulkan suara untuk Resolusi Dewan No. 2601. Amandemen A024 diusulkan oleh
Connie Mack IV
, seorang
Republikan
dari Daerah 14 Florida. Pemindaan ini diajukan sebagai:
- "Pemindaan nombor 25 yang ditulis sebagai sebahagian dari Laporan Dewan 109-175 untuk memberikan wewenang kepada Dewan Direktur Penyiaran untuk memulai siaran radio dan televisyen ke Venezuela untuk sekurang-kurangnya 30 minit sehari yang berisi program berita yang seimbang, objektif, dan menyeluruh."
Mack kemudian menyerang sebuah kesepakatan pada Februari 2006 antara jaringan
al-Jazeera
yang berpangkalan di
Qatar
dengan Telesur
[1]
.