Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Telefon awam
,
telefon umum
atau
telefon berbayar
merujuk kepada
telefon
yang boleh digunakan oleh orang awam dengan bayaran menurut tempoh masa dan jarak yang ditetapkan. Bayaran tersebut boleh dilakukan menggunakan
duit syiling
,
kad debit
(termasuk
kad telefon
) atau
kad kredit
sebelum panggilan dibuat.
Seperti namanya, telefon awam boleh dijumpai di tempat-tempat awam seperti pusat membeli-belah, stesen bas dan keretapi, lapangan terbang dan juga di tepi jalan. Ia biasanya disediakan oleh syarikat komunikasi, tetapi terdapat juga telefon awam yang disediakan oleh pekedai bagi kegunaan pelanggan mereka.