Mohd Syafiq bin Mohd Yusof
(lahir 7 Disember 1992) ialah seorang pelakon, pengarah filem dan penulis skrip Malaysia dan merupakan anak kepada
Datuk
Dr.
Yusof Haslam
dan adik kepada
Syamsul Yusof
. Beliau memulakan kerjaya profesionalnya sebagai pengarah dengan mengarahkan
filem pendek
dan seterusnya mengarahkan filem sulungnya,
SAM: Saya Amat Mencintaimu
(2012) yang melayakkan beliau menerima anugerah Pengarah Harapan di
Festival Filem Malaysia ke-25
dan menerima pengiktirafan sebagai Pengarah Paling Termuda oleh
The Malaysia Book of Records
.
Beliau juga mengarahkan siri TV
Gerak Khas
dan
Evolusi KL Drift: The Series
. Syafiq juga terkenal dengan beberapa filem arahannya yang diiktiraf secara kritis termasuk
Abang Long Fadil
(2014),
Villa Nabila
(2015) dan
Desolasi
(2016). Pada tahun 2017, untuk hasil kerjanya dalam
Desolasi
, beliau memenangi Anugerah PROFIMA 2017 bagi Pengarah Terbaik.
Beliau dilahirkan pada 7 Disember 1992 di
Kuala Lumpur
, dan merupakan anak bongsu daripada empat beradik dalam keluarganya. Berasal dari keluarga berdarah seni, Syafiq mewarisi bakat seni daripada bapanya,
Dato' Yusof Haslam
, abangnya ialah pelakon dan pengarah pemenang anugerah
Syamsul Yusof
, abang tirinya ialah Faizal Yusof, manakala kakaknya ialah Syamin. Sepupunya ialah dramatis
Sabrina Ali
dan
Rizal Ashreff
serta pelakon
sinetron
Indonesia
iaitu
Miller Khan
dan
Aliff Alli
. Syafiq merupakan graduan di
Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur
(KLMUC).
[1]
Sebelum menduduki kerusi pengarah, Syafiq Yusof terlebih dahulu memulakan kerjaya awalnya dalam bidang lakonan dengan melakonkan watak pembantu dalam beberapa episod dalam siri drama kepolisan paling lama bersiaran
Gerak Khas
, sejak dari itu, beliau berkhidmat sebagai pengarah bersama untuk beberapa episod bersama abang tirinya, Faizal Yusof dan juga mengarahkan beberapa episod
Roda-Roda Kuala Lumpur
yang mana beliau turut berlakon. Beliau menduduki kerusi pengarah dengan menghasilkan beberapa
filem pendek
termasuk
Abangku Gengster
(2010) dan
Along
(2011).
Pada tahun 2012, filem pertama arahan beliau,
SAM: Saya Amat Mencintaimu
yang bergenre romantik psiko thriler, ditayangkan pada 19 Ogos sempena sambutan
Hari Raya Aidilfitri
, dibintangi oleh
Shaheizy Sam
,
Lisa Surihani
dan abangnya
Syamsul
.
[2]
[3]
Percubaan sulung beliau dalam pengarahan filem cetera melayakkan Syafiq memenangi Pengarah Harapan Terbaik di
Festival Filem Malaysia ke-26
dan menerima pengiktirafan daripada
The Malaysia Book of Records
sebagai Pengarah Paling Termuda.
[4]
Pada tahun yang sama, beliau bersama sepupunya yang juga pelakon,
Rizal Ashreff
mengarahkan bersama siri drama 26 episod,
Evolusi KL Drift: The Series
yang diadaptasi dari filem
Evolusi KL Drift
yang mendapat sambutan dari penonton.
[5]
Syafiq sendiri turut berlakon dalam drama ini, yang mana beliau memegang watak sebagai Daniel, adik kepada Zack lakonan abangnya, Syamsul dalam dua filem asal.
[6]
Pada 11 Januari 2013, Syafiq bersama dua rakan niaganya menubuhkan Viper Studios yang mengkhususkan kepada penerbitan filem, kesan visual,
pasca-penerbitan
dan
animasi
, yang mana beliau turut berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.
[7]
Filem kedua arahannya,
Abang Long Fadil
ditayangkan pada 29 Mei 2014, merupakan terbitan turunan dari filem
KL Gangster
dibintangi oleh
Zizan Razak
, dan
Kamal Adli
.
[8]
Pada tahun berikutnya, beliau mengarahkan filem ketiganya, filem pertama arahannya bagi genre seram -
Villa Nabila
[9]
yang diinspirasikan dari kisah benar misteri banglo Villa Nabila,
[9]
dibintangi oleh
Pekin Ibrahim
dan
Tisha Shamsir
,
[9]
filem ini ditayangkan pada 15 Januari 2015.
[9]
Pada November 2015, Syafiq tampil dengan mengarahkan sebuah drama bersiri 26 episod bertajuk
Cinta Dari Marikh
[10]
yang menggandingkan pelakon yang mula mencipta nama
Fattah Amin
dan
Chacha Maembong
, bersama
A. Galak
,
Amyza Aznan
,
Harun Salim Bachik
dan ramai lagi.
[10]
Drama ini berkisarkan tentang Aiman, seorang jejaka yang jatuh cinta dengan
makhluk asing
dari Planet
Marikh
iaitu Nova (Chacha).
[10]
[11]
Beliau bersama
Pekin Ibrahim
mengarahkan filem drama aksi pengembaraan
Mat Moto
yang mana beliau berkhidmat sebagai pengarah bersama.
[12]
Menurutnya, beliau ditawarkan menjadi pengarah bersama filem itu kerana idea yang diutarakan oleh Pekin.
[13]
Ditayangkan pada 14 Januari 2016, ia mengisahkan tentang seorang 'mat moto' yang bernama Al (Pekin) mengembara di seluruh
Semenanjung Malaysia
untuk mendapatkan empat topi keledar bagi memenuhi hajat sahabat karibnya. Ia dibintangi oleh Pekin dan pendatang baru dalam bidang lakonan,
Falisha Crossley
yang memegang watak Sikha. Beliau kembali dengan filem keempat arahannya,
Desolasi
yang ditayangkan pada 8 Disember 2016,
[14]
dibintangi oleh abangnya,
Syamsul Yusof
dan
Bella Dally
,
[14]
yang menuntut Syafiq untuk "mengosongkan" beberapa kawasan sibuk di
Kuala Lumpur
menggunakan teknik
kesan khas
.
[15]
[16]
[17]
Untuk filem ini, beliau mengetengahkan penyakit Anton-Babinski (sejenis simptom ganjil kerosakan otak yang berlaku di
lobus oksipital
) sebagai subjek di dalam jalan cerita.
[18]
[19]
[20]
Filem keenam arahan beliau,
Abang Long Fadil 2
ditayangkan pada 24 Ogos 2017,
[21]
dengan mengekalkan
Zizan Razak
dengan penambahan pelakon baru termasuk
Wak Doyok
,
Shuib Sepahtu
,
Achey Bocey
dan
Tania Hudson
. Dengan belanjawan yang dianggarkan RM 3.2 juta, filem ini menjadi kejayaan komersial, dengan mendapat kutipan paling tertinggi sebanyak RM 18.15 juta, mengatasi filem
Munafik
arahan abangnya, yang mencecah RM 17.04 juta.
[22]
Syafiq dilaporkan berkata mahu menjadikan
Abang Long Fadil
sebagai sebuah francais.
[23]
[24]
[25]
Pada Disember 2017, Syafiq dilaporkan akan mengarahkan drama
KL Gangster: Underworld
, siri TV terbitan turunan dari
siri filem
KL Gangster
yang diterbitkan untuk siaran di rangkaian perkhdmatan video atas permintaan,
iflix
dan turut diarahkan bersama oleh Faisal Ishak.
[26]
[27]
Filem ketujuh arahan beliau,
KL Special Force
, yang dibintangi oleh abangnya
Syamsul
,
Rosyam Nor
dan
Fattah Amin
ditayangkan di pawagam pada 8 Mac 2018
[28]
[29]
dan mencipta rekod baharu industri perfileman negara dengan meraih kutipan pecah panggung tertinggi sebanyak RM12.1 juta dan menerima ulasan positif dan bercampur-campur dari pengkritik filem.
[30]
[31]
Selain itu, filem
Abang Long Fadil 3
arahannya dalam perancangan.
[32]
Syafiq bersama Faisal mengarahkan drama aksi jenayah 6 episod,
KL Gangster: Underworld
, siri TV terbitan turunan daripada siri filem
KL Gangster
, memulakan tayangan perdana di
iflix
bermula 16 Ogos 2018. Barisan pelakon terdiri daripada
Beto Kusyairy
,
Azhan Rani
,
Zahiril Adzim
,
Ezzaty Abdullah
,
Dynas
dan ramai lagi.
[33]
[34]
Filem kelapan arahan beliau,
Misteri Dilaila
yang bergenre seram thriler menjalani penggambaran pada 26 Mac 2018 di
Bukit Fraser
,
Pahang
. Dikeluarkan pada 21 Februari 2019, filem ini dibintangi oleh
Zul Ariffin
,
Elizabeth Tan
,
Rosyam Nor
dan
Sasqia Dahuri
.
[35]
Ia mengisahkan tentang pasangan suami isteri iaitu Jefri dan Dilaila yang bercuti di sebuah rumah banglo di Bukit Fraser milik arwah bapa Dilaila, namun percutian tersebut bertukar menjadi satu misteri apabila Dilaila hilang dan Jefri menghubungi polis untuk mengesan isterinya yang hilang.
[36]
Ia menjadi kejayaan komersial sekaligus muncul sebagai filem Malaysia pertama dengan dua versi penamat berbeza.
Ia telah diumumkan pada September 2019 yang beliau akan mengarahkan siri ketiga filem
Polis EVO
dengan
Shaheizy Sam
dan
Zizan Razak
menjayakan kembali watak mereka.
[37]
Filem ke-9 arahannya,
Penunggang Agama
ditayangkan pada 25 Mac 2021, dibintangi oleh
Zul Ariffin
,
Azira Shafinaz
,
Nasir Bilal Khan
,
Jalaluddin Hassan
dan
Salina Saibi
. Filem ini menjadi kejayaan komersial apabila ia berjaya meraih kutipan RM2 juta.
Dalam satu temu ramah bersama
Kosmo!
, Syafiq mendedahkan filem bergenre ngeri dan saspens lebih dekat dengan jiwanya sebagai pembikin filem dan cuba ingin mengelakkan filem aksi yang cukup sinonim dengan abangnya, Syamsul.
[3]
Beliau turut mengakui kurang berminat berlakon di bawah arahan sendiri berbanding bapa dan abangnya.
[3]
Portal berita
Sinar Harian
menyatakan bahawa karya filem garapan Syafiq masih "berbaur nafas ketimuran" biarpun dihidangkan dengan teknologi hebat yang bergerak seiring dengan kehendak penonton.
[38]
Syafiq sendiri mengakui beliau bukanlah seorang pengarah yang menghasilkan sebuah filem "syok sendiri",
[38]
namun lebih suka bereksperimentasi dari segi teknikal dan menguji kreativitinya melalui gerak kerja kamera.
[39]
Syafiq berkahwin dengan Aisyeah Zainal pada 5 April 2014 dengan sekali lafaz. Majlis perkahwinan pasangan ini diadakan di Surau
Tabung Haji
, Kuala Lumpur pada jam 9.50 pagi. Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 23 Disember 2012.
[40]
[41]
Pada Januari 2016, Syafiq dan isteri, Aisyeah telah menyambut kehadiran cahaya mata sulung mereka, iaitu anak perempuan sulung mereka yang diberi nama Nuur Jannah kira-kira jam 1:56 petang, pada Jumaat sempena Tahun Baru 2016.
[42]
[43]
[44]
Pada Julai 2016, Syafiq dimasukkan ke Hospital Tawakal Kuala Lumpur selepas mengadu sakit perut dan disahkan menghidap
apendiks
. Bagaimanapun, beliau dibenarkan keluar daripada hospital lebih awal dan bertahan dengan pengambilan ubat buat sementara waktu, namun menangguhkan pembedahan penyakitnya demi kerja.
[45]
[46]
Pada 4 Februari 2018, Syafiq dan Aisyeah menimang cahaya mata perempuan kedua, Nuur Nusaybah dengan berat 3.6 kilogram.
[47]
[48]
Menerusi kapsyen yang ditulis di laman
Instagramnya
, ia dinamakan sempena seorang pejuang Muslimah Islam pertama.
[49]
[50]
[51]
Dengan kejayaannya dalam bidang lakonan dan perfileman, Syafiq menempatkan dirinya dalam bidang perniagaan. Beliau memasarkan produk minyak argan yang diberi nama Luxone Argan Oil yang dirumus khas untuk penjagaan kulit, rambut dan kuku dengan 100 peratus asli dari
Argania Spinosa
organik, iaitu sejenis pati minyak dari
Maghribi
. Menurut Syafiq, beliau tertarik untuk memasarkan produk Luxone ini di pasaran Malaysia kerana keberkesanan yang ditunjukkan kerana isterinya menggunakan produk tersebut. Pelakon senior
Dato' Rosyam Nor
telah dilantik sebagai duta bagi produk ini.
[52]
[53]
Syafiq juga menjadikan usahawan terkenal Dato' Sri
Aliff Syukri Kamarzaman
sebagai idolanya dalam bidang perniagaan.
[54]
[55]
Syafiq mempunyai beberapa pelakon yang berlakon di dalam lebih daripada satu filem arahannya.
Syamsul Yusof
ialah pelakon yang kerap berkerjasama dengan beliau, muncul dalam lima filem. Sementara
Zizan Razak
, Siraj Alsagoff dan
Zul Ariffin
muncul dalam empat filem.
Kunci
|
Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan
|