Suria KLCC
merupakan kompleks beli-belah yang terletak di tapak
Menara Berkembar Petronas
di
Pusat Bandaraya Kuala Lumpur
,
Kuala Lumpur
,
Malaysia
.
Menampilkan terowong bawah air sepanjang 90 meter,
Aquaria KLCC
menempatkan lebih 150 spesies ikan yang berbagai-bagai dari
Malaysia
dan seluruh dunia.
Butik beraneka jenama yang ditujukan kepada peminat fesyen yang muda dan sering mengikut
trend
semasa. Jenama pakaian dan aksesori yang dijual di sini termasuk D&G oleh Dolce and Gabbana, Seven Jeans, Cacharel, Chloe serta Roberto Cavalli.
Dewan Filharmonik merupakan dewan konsert di Suria KLCC, yang mendadi pangkalan utama
Orkestra Filharmonik Malaysia
. Siling dewan diperbuat daripada sesuatu bahan lutsinar yang akustik. Di atas siling tersebut terdapat siling boleh ubah yang berfungsi sebagai pemantul akustik. ini bermakna dewan ini boleh "diselaraskan" menjelang persembahan, menjadikan dewan itu sendiri sebagai instrumen terbesar dalam mana-mana
orkestra
yang mengadakan konsert di dalamnya. Instrumen kedua terbesar dalam dewan merupakan organ paip Klais yang dilengkapi 4,740 batang paip.
Terdapat juga galeri seni dalam Suria KLCC bernama Galeri Petronas, yang dikenali sebagai selah satu tempat pameran seni terulung di Malaysia.
Syarikat gedung serbaneka dari
Jepun
,
Isetan
mempunyai cawangan di Suria KLCC. Isetan merupakan salah satu penghuni utama Suria KLCC, mengambil ruang mengufuk setinggi lima aras setara dengan ketinggian Suria. Gedung ini kerap dikunjungi oleh pelancong dari Jepun,
Korea
,
Singapura
serta pembeli tempatan yang mengejar pelbagai jenis barang dan jenama. Jenama barangan mewah dan pakaian rekaan khas seperti
Dior
, Celine, DKNY,
Calvin Klein
dan Polo Ralph Lauren mendirikan kedai kecil di dalam Isetan.
Kedai buku
Kinokuniya
mendirikan cawangan besar di Suria KLCC, mengambil dua aras dan menghadap kawasan kolam di luar Suria KLCC. Kinokuniya menerapkan fungsi lazim sesebuah kedai buku dan menampilkan kafe.
Pusat Petrosains Petronas terletak di tingkat empat Suria KLCC dan menumpu pada industri penggalian minyak di Malaysia. Kanak-kanak digalakkan mengunjungi pusat ini.
Petrosains
dikenali dengan laluan Dark Ride, Flight Simulators dan Adventure, serta bahagian Molecular Magic, Geotime Formation dan Petrojaya.
Cawangan KLCC merupakan satu-satunya lokasi di Malaysia yang didirikan penjual berlian kegemaran Amerika,
Tiffany and Co
. Butik ini menempatkan koleksi berlian terkini yang direka oleh Jean Schlumberger dan Elsa Perreti serta jam tangan dan set pinggan mangkuk eksklusif yang diperbuat daripada batu porselain tulang asli.
|
---|
Menara Berkembar Petronas
| |
---|
Kawasan Sekeliling
| |
---|
Utiliti
| |
---|