??r
(
Arab
:
???
,
Latin
:
Tyrus
,
Perancis
:
Tyr
bahasa Inggeris
:
Tyre
) ialah sebuah kota terletak di pesisiran
Mediterranean
kawasan selatan
Lubnan
. Ia bandar raya kelima terbesar di negara tersebut setelah
Beirut
,
Tripoli
,
Aley
dan
Sidon
.
[1]
Ia merupakan salah satu kota
sering dihuni tertua
di dunia,
[2]
walaupun pada zaman pertengahan selama beberapa abad oleh hanya sedikit penduduk. Sepanjang kewujudan ia, kota ini telah memainkan peranan penting dalam sejarah ketamadunan di mana ia merupakan salah satu
metropolis
Phoenicia
paling awal dan menjadi tempat kelahiran
legenda
kepercayaan Yunani purba
. Bandar ini menempatkan banyak tapak-tapak purba yang kini tersenarai sebagai
Tapak Warisan Dunia
UNESCO
pada tahun 1984.
[3]
Terdapat kira-kira 200,000 penduduk di kawasan bandar pada tahun 2016, termasuk banyak
pelarian
Palestin
yang menghuni
kem-kem
di
Burj El Shimali
,
El Buss
, dan
Rashidieh
.
[4]
Kota ini terletak di sekitar 80 km (50 bt) jauh selatan dari
Beirut
. Ia terdiri daripada dua bahagian asal: suatu petempatan di tanah besar diberi nama
Ushu
atau
Palaetyrus
("Tyrus Lama"),
[5]
dan suatu pulau terhubung oleh suatu tambak binaan zaman
Alexander Agung
pada 332 SM. Tambak ini lama mengumpul mendakan membentuk suatu
tanah genting
.
Ia banyak sumber air tawar utama yang membekalkan air minum kepada seluruh warga Tyrus melalui
mata-mata air
Rashidieh,
Ras Al Ain
,
Al Bagbog
dan
Ain Ebreen
serta
sungai Litani atau
Alqasymieh
.
[6]
Tyrus
beriklim Mediterranean
(
dikelaskan sebagai
Csa
) dengan penerimaan sinaran matahari sebanyak 300 hari setahun. Suhu purata maksimum ialah 30.8 °C pada bulan Ogos dan suhu purata minimum pada 10 °C bulan Januari, suhu tahunan diukur pada 20.8
°C
. Suatu
musim kemarau
dari Mei hingga Oktober.
Kenaikan aras laut
disebabkan
pemanasan global
mengancam kawasan teluk dan semenanjung kota yang boleh terjejas dari
penghakisan pantai
.
[7]
Herodotus
dalam lawatannya ke kota ini pada sekitar 450 SM mencatatkan daripada temubualnya dengan seberapa pendeta bahawa kota ini ditubuhkan melalui suatu binaan kubu berbenteng di tanah besar pada 2750 SM
[8]
[9]
disebut sebagai
Paleotyre
.
Pada alaf ke-2 sebelum Masihi, Tyrus berkembang menjadi suatu tempat penghasilan
bahan pewarna
ungu
diperolehi daripada lendiran siput-siput
Murex trunculus
dan
Murex brandaris
yang cantik dan tahan pudar cahaya.
[10]
Sebanyak 8,000 ekor siput ini untuk mendapatkan kira-kira satu gram pewarna ini
[11]
bernilai 20 gram emas
[12]
maka memakan kos mahal,
[13]
bahan pewarna ini menjadi sangat digemari para raja dan bangsawan.
[14]
Penghasilan giat pewarna in turut menyebabkan pencemaran udara yang berbau kuat sepertimana yang diperhatikan
Strabo
pada lawatannya di sana.
[10]
Kota Sur menjadi dirangkum dalam provinsi "
Syria
" jajahan
Republik Rom
dan seterusnya
Empayar Rom
pada 64 SM di bawah nama
Tyrus
.
[15]
Tyrus masih dibenarkan memerintah sendiri dengan autonomi yang tinggi atas kebenaran
praetor
Marcus Aemilius Scaurus
[16]
berstatus
civitas foederata
.
[17]
Lokasi Tyrus sangat strategik menghubungkan antara
Damascus
[18]
serta laluan-laluan utama
Laluan Sutera
.
[19]
Yesus Kristus
, tokoh
ajaran Kristian
, dipercayai melawat kota ini pada zamannya menurut
Kitab Perjanjian Baru
di mana beliau dipercayai mengubati seorang bukan Yahudi (
Gentile
-
Matthew 15:21
Template:Bibleverse with invalid book
;
Mark 7:24
Template:Bibleverse with invalid book
) malah berucap menyebarkan ajarannya menarik perhatian ramai (Mark 3:8;
Gospel of Luke
6:17, Matthew 11:21?23) lalu ada yang menjadi pengikut beliau.
[20]
Ada juga catatan yang menyatakan beliau pernah minum di mata air Ain Sur (Mata Air Sur) bersama
John si Pembaptis
.
[21]
Penubuhan Israel pada Mei 1948 mendorong banyak orang Palestin berlindung di sana dari perahu-perahu. Imam Sharafeddin Madrasah Jafariya banyak memberi pertolongan kepada para pelarian ini pada ketika itu.
[22]
Ekonomi bandar ini banyak bergantung pada pelancongan, perkhidmatan kontrak, sektor pembinaan serta
pengiriman wang
dari diaspora asal bandar ini, terutama di Afrika Barat.
[23]
Ia mempunyai suatu pelabuhan yang utama di negara tersebut yang agak kecil berbanding pelabuhan-pelabuhan Beirut, Tripoli dan juga Sidon. Sejak
malapetaka letupan besar
yang menghancurkan
Pelabuhan Beirut
dan sebahagian besar ibu negara pada 4 Ogos, pelabuhan ini dijadikan tempat pengimportan utama selain
Pelabuhan Tripoli
.
[24]
- ^
Tyre City, Lebanon
- ^
"The world's 20 oldest cities"
.
The Telegraph
. 30 May 2017
. Dicapai pada
25 March
2020
.
- ^
"World Heritage List: Tyre"
.
United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization
. 2020
. Dicapai pada
13 March
2020
.
- ^
Maguire, Suzanne; Majzoub, Maya (2016). Osseiran, Tarek (penyunting).
"TYRE CITY PROFILE"
(PDF)
.
reliefweb
. UN HABITAT Lebanon. m/s. 12, 16, 33?34, 39?43, 57, 72
. Dicapai pada
29 October
2019
.
- ^
Presutta, David.
The Biblical Cosmos Versus Modern Cosmology
. 2007, page 225, referencing: Katzenstein, H.J.,
The History of Tyre
, 1973, p.9
- ^
Badawi, Ali Khalil (2018).
TYRE
(ed. 4th). Beirut: Al-Athar Magazine. m/s. 5, 7.
- ^
Brown, Sally (16 October 2018).
"University research shows world heritage sites under threat from climate change"
. University of Southampton
. Dicapai pada
18 March
2020
.
- ^
Jidejian, Nina (2018).
TYRE Through The Ages
(ed. 3rd). Beirut: Librairie Orientale. m/s. 13?17.
ISBN
9789953171050
.
- ^
Bement, R B.
Tyre; the history of Phoenicia, Palestine and Syria, and the final captivity of Israel and Judah by the Assyrians
. Ulan Press. m/s. 47.
ASIN
B009WP2MR8
.
- ^
a
b
Jidejian, Nina (2018).
TYRE Through The Ages
(ed. 3rd). Beirut: Librairie Orientale. m/s. 278?304.
ISBN
9789953171050
.
- ^
Khoury Harb, Antoine Emile (2017).
History of the Lebanese Worldwide Presence ? The Phoenician Epoch
. Beirut: The Lebanese Heritage Foundation. m/s. 33?34, 44?49.
ISBN
9789953038520
.
- ^
Noureddine, Ibrahim; Mior, Aaron (2018).
"Archaeological Survey of the Phoenician Harbour at Tyre, Lebanon"
.
Bulletin d'Archeologie et d'Architecture Libanaises
.
18
: 95?112 – melalui Academia.edu.
- ^
La Boda, Sharon (1994).
International Dictionary of Historic Places: Middle East and Africa
.
4
. Chicago and London: Fitzroy Dearborn. m/s. 711.
ISBN
1-884964-03-6
.
- ^
Bariaa Mourad.
"Du Patrimoine a la Museologie : Conception d'un musee sur le site archeologique de Tyr",
(Thesis); Museum National d'Histoire Naturelle (MNHN), Study realised in cooperation with the Unesco, Secteur de la Culture, Division du Patrimoine Culturel, Paris, 1998
- ^
64 B.C. ? events and references
- ^
Jidejian, Nina (2018).
TYRE Through The Ages
(ed. 3rd). Beirut: Librairie Orientale. m/s. 142?169.
ISBN
9789953171050
.
- ^
E. G. Hardy, Roman Laws and Charters, New Jersey 2005, p.95
- ^
Jidejian, Nina (2018).
TYRE Through The Ages
(ed. 3rd). Beirut: Librairie Orientale. m/s. 19?37.
ISBN
9789953171050
.
- ^
Mroue, Youssef (2010).
Highlights of the Achievements and Accomplishments of the Tyrian Civilization And Discovering the lost Continent
. Pickering. m/s. 9?34.
- ^
Jidejian, Nina (2018).
TYRE Through The Ages
(ed. 3rd). Beirut: Librairie Orientale. m/s. 142?169.
ISBN
9789953171050
.
- ^
Badawi, Ali Khalil (2018).
TYRE
(ed. 4th). Beirut: Al-Athar Magazine. m/s. 94, 103?121.
- ^
Gharbieh, Hussein M. (1996).
Political awareness of the Shi'ites in Lebanon: the role of Sayyid 'Abd al-Husain Sharaf al-Din and Sayyid Musa al-Sadr
(PDF)
(Doctoral). Durham: Centre for Middle Eastern and Islamic Studies, University of Durham.
- ^
Maguire, Suzanne; Majzoub, Maya (2016). Osseiran, Tarek (penyunting).
"TYRE CITY PROFILE"
(PDF)
.
reliefweb
. UN HABITAT Lebanon. m/s. 12, 16, 33?34, 39?43, 57, 72
. Dicapai pada
29 October
2019
.
- ^
Akleh, Tony (6 August 2020).
"Beirut port: irreplaceable importance in the middle of Lebanon's geography"
.
Arabian Business
. Dicapai pada
6 August
2020
.