Sumatera
???????
Topografi Pulau Sumatera
|
|
Lokasi
| Asia Tenggara
|
---|
Koordinat
| 0°00′N, 102°00′E
|
---|
Kepulauan
| Kepulauan Sunda Besar
|
---|
Puncak tertinggi
| Kerinci
|
---|
|
Indonesia
|
Aceh
,
Bengkulu
,
Jambi
,
Kepulauan Bangka Belitung
,
Kepulauan Riau
,
Lampung
,
Riau
,
Sumatera Barat
,
Sumatera Selatan
,
Sumatera Utara
|
Penempatan terbesar
| Medan
(pop. 3,418,645 (2009))
|
---|
|
Populasi
| 59,977,438 juta (2022)
|
---|
Kumpulan etnik
| Aceh
,
Batak
,
Nias
,
Minangkabau
,
Melayu
,
Rawa
,
Mandailing
|
---|
Sumatera
(
Indonesia
:
Sumatra
;
bahasa Inggeris
:
Sumatra
;
tulisan Jawi
: ???????)
[a]
ialah sebuah
pulau
yang terletak di sebelah barat
Indonesia
, iaitu bahagian paling barat dari
Kepulauan Sunda
. Ia adalah pulau terbesar yang seluruhnya berada di wilayah Indonesia (pulau yang lebih besar,
Borneo
, dikongsi bersama antara Indonesia dan negara-negara lain), dan merupakan pulau keenam terbesar di
dunia
, dengan keluasan 473,480 km
2
. Penduduk pulau ini sebanyak 59,977,438 juta orang (2022). Bandar terbesar ialah
Medan
dengan jumlah penduduk 3,418,645 orang.
Peneroka koloni diperkirakan tiba di Sumatera pada 500 SM dan beberapa kerajaan besar berkembang di sana.
I-Tsing
, seorang sami China Buddha, pernah belajar
bahasa Sanskrit
dan menghabiskan empat tahun dalam hidupnya di
Palembang
. Penjelajah Itali
Marco Polo
juga melawat Sumatera dalam tahun 1292.
Sumatera mempunyai spesies tumbuhan dan haiwan dalam julat yang besar, tetapi telah kehilangan 48% hutan hujan tropikanya dalam tempoh 35 tahun terakhir serta banyak spesies telah terancam genting, seperti
Harimau Sumatera
,
Badak Sumatera
, dan
Orang utan Sumatera
.
Sumatera dikenali pada zaman kuno dengan nama
Sanskrit
Swarnadwipa
("Pulau Emas") dan
Swarnabhumi
("Tanah Emas"), kemungkinan kerana deposit
emas
pada dataran tinggi pulau ini.
[2]
Kata
Sumatera
pertama kali disebutkan dalam gelar seorang raja
Srivijaya
Haji Sumatrabhumi
("Raja dari tanah Sumatera"),
[3]
yang menghantar utusan ke
China
pada tahun 1017.
Pendapat lain menyatakan bahawa nama Sumatera menjadi popular di akhir abad ke-14 untuk menyebut kepada kerajaan
Samudera Pasai
, yang kemudian digantikan oleh
Kesultanan Aceh
. Sultan Aceh Alauddin Shah, dalam surat yang ditujukan kepada Ratu
Elizabeth I dari England
pada tahun 1602, menyebut dirinya sebagai "Raja Aceh dan Samudera".
[4]
Kata
Samudra
(??????) berasal dari bahasa Sanskrit, yang terdiri dari akar kata
sa?-
iaitu "bersama" dan
-udra
iaitu "air", yang bermaksud "
lautan
";
[5]
bahkan ia turut diserapkan ke dalam bahasa Melayu sebagai
samudera
.
[6]
Petualang
Maghribi
Ibnu Battuta
yang melawat pulau ini pada tahun 1345, mengucapkan kata
Samudera
sebagai
Samatrah
, yang kemudian menjadi
Sumatera
atau
Sumatra
. Nama-nama ini selanjutnya dinyatakan di dalam peta yang dibuat
orang Portugis
sejak abad ke-16 untuk merujuk kepada pulau ini, sehingga dikenal secara luas sampai sekarang.
[7]
Orang yang bercakap
bahasa Austronesia
mula tiba di Sumatera dari utara Lautan Hindi di pesisir tenggara India sekitar 500 SM, sebagai sebahagian daripada perluasan
migrasi
Austronesia
dari
Taiwan
ke
Asia Tenggara
. Dengan kedudukannya dalam laluan perdagangan laut India-China, beberapa bandar-bandar perdagangan berkembang terutamanya di pantai timur Sumatera dan dipengaruhi oleh agama
Hindu
dan
Buddha
. Salah satu kerajaan yang paling awal diketahui ialah
Kantoli
, yang berkembang di abad ke-5 Masihi di selatan Sumatera. Kantoli digantikan oleh Kerajaan
Srivijaya
dan kemudian oleh Kerajaan
Samudra
.
Srivijaya merupakan
monarki
Buddha, berpusat di apa yang kini adalah bandar
Palembang
. Empayar ini menguasai kepulauan Melayu menerusi perdagangan dan penaklukan dari abad ke-7 hingga ke-9, serta membantu menyebarkan kebudayaan
Melayu
ke seluruh Sumatera,
Semenanjung Melayu
, dan bahagian barat
Borneo
. Empayar Srivijaya merupakan suatu kuasa maritim (
thalassocracy
) yang memperluaskan pengaruhnya dari pulau ke pulau. Palembang pada masa itu merupakan pusat pembelajaran yang termasyhur, dan ia merupakan tempat sami China Buddha
I-Tsing
belajar bahasa Sanskrit sebelum berlepas ke
India
dalam 671 Masihi. Dalam perjalanan kembalinya ke
China
, beliau juga menghabiskan masa selama empat tahun di Palembang untuk menterjemahkan teks agama Buddha dan menulis dua manuskrip.
Pengaruh Srivijaya berkurangan dalam abad ke-11 selepas ia ditewaskan oleh serangan
empayar Chola
yang ketika itu memerintah di
India Selatan
. Sumatera seterusnya tertakluk kepada penaklukan dari kerajaan-kerajaan di
Jawa
, iaitu pertama oleh
Singhasari
dan kemudian oleh
Majapahit
. Pada masa yang sama
Islam
masuk ke Sumatera di abad ke-6 dan ke-7 Masihi melalui saudagar Arab dan India.
[8]
Menjelang akhir abad ke-13, raja-raja kerajaan Samudra telah memeluk agama Islam. Ini disaksikan oleh
Marco Polo
yang melawat pulau ini di tahun 1292 dan oleh
Ibnu Battuta
yang melawat dua kali sepanjang 1345-1346. Kerajaan Samudera digantikan oleh
Kesultanan Aceh
yang kuat, yang kekal hingga abad ke-20.
Kedatangan
Belanda
telah membuat banyak negeri-negeri di pulau Sumatera secara beransur-ansur jatuh di bawah kawalan mereka, namun
Kesultanan Aceh
di utara pulau merupakan halangan utama, yang menyebabkan Belanda terlibat dalam
Perang Aceh
(1873-1903) yang lama dan mahal. Kebanyakan Sumatera jatuh di bawah kawalan kerajaan
Hindia Timur Belanda
, dan menjadi pengeluar utama lada, getah, dan minyak. Pada awal dan pertangahan abad ke-20, ahli akademik dan pemimpin Sumatera termasuk pada tokoh-tokoh penting dalam pergerakan
kemerdekaan Indonesia
.
Pembahagian pentadbiran Sumatera (termasuk pulau-pulau berhampirannya) adalah:
Paksi terpanjang pulau Sumatera mencapai lebih kurang 1,790 km (1.110 batu), membentang dari arah barat laut menuju ke arah tenggara dan melintasi
khatulistiwa
dekat bahagian tengah pulau. Pulau ini membentang 435 km (270 batu) pada bahagian terlebarnya. Dua kawasan geografi mendominasi bahagian dalam pulau ini, iaitu
Banjaran Bukit Barisan
di sebelah barat dan dataran berawa di sebelah timur.
Pulau ini bersempadan di sebelah tenggara dengan
Jawa
, dipisahkan oleh
Selat Sunda
. Di sebelah utara ia bersempadan dengan
Semenanjung Tanah Melayu
, dipisahkan oleh
Selat Melaka
, sedangkan ke arah timur berhadapan dengan
Kalimantan
, melintasi
Selat Karimata
. Pada bahagian barat pulau ini terbentang
Lautan Hindi
.
Banjaran Bukit Barisan menyebar dari hujung ke hujung pulau, dengan titik tertinggi setinggi 3,805 meter (12,467 kaki) berada pada Gunung Kerinci, iaitu sebuah gunung berapi aktif yang terletak sekitar titik tengah banjaran. Aktiviti pergunungan berapi ini menganugerahkan kawasan tanah subur dan pemandangan yang indah, misalnya di sekitar
Danau Toba
. Hal ini juga mengandungi mendapan
arang batu
dan
emas
. Pulau Sumatera berada pada
Lingkaran api Pasifik
yang juga merupakan alasan mengapa pulau ini telah mengalami beberapa gempa paling kuat yang pernah tercatat, contohnya
gempa bumi Sumatera
pada bulan
September
2007
.
Sungai-sungai besar membawa lumpur dari pergunungan ke arah timur pulau ini, membentuk dataran rendah yang luas diselingi oleh paya. Bahkan jika kebanyakan dataran tidak sesuai untuk pertanian, kawasan ini saat ini telah menjadi kepentingan ekonomi yang besar bagi Indonesia. Dataran ini menghasilkan minyak baik dari permukaan tanah maupun dari bawahnya, iaitu minyak
sawit
dan
minyak bumi
.
Sebahagian besar Sumatera dahulu ditutupi oleh
hutan hujan tropika
, tetapi pembangunan ekonomi dan pembalakan liar telah sangat mengancam keberadaannya. Daerah-daerah konservasi yang ada walau bagaimanapun telah terpengaruh juga.
- Gunung Leuseur
(3,423 m),
Aceh
- Gunung Sinabung
(2,451 m),
Sumatera Utara
- Gunung Sibayak
(2,094 m),
Sumatera Utara
- Gunung Sorik Marapi
(2,145 m),
Sumatera Utara
- Gunung Marapi
(2,891 m),
Sumatera Barat
- Gunung Singgalang
(2,877 m),
Sumatera Barat
- Gunung Talang
(2,597 m),
Sumatera Barat
- Gunung Tandikat
(2,430 m),
Sumatera Barat
- Gunung Kerinci
(3,800 m)
Jambi
- Gunung Dempo
(3,195 m)
Sumatera Selatan
- Gunung Seminung
(1,891 m),
Sumatera Selatan
dan
Lampung
Kawasan bandar terbesar di Sumatera, dengan jumlah penduduk berdasarkan perhitungan 2009 yang disusun oleh
The World Gazetteer
, adalah:
[11]
Peringkat
|
Bandar, provinsi
|
Populasi
|
1
|
Medan
,
Sumatera Utara
|
1,770,000
|
2
|
Palembang
,
Sumatera Selatan
|
1,277,000
|
3
|
Padang
,
Sumatera Barat
|
986,000
|
4
|
Bandar Lampung
,
Lampung
|
940,000
|
5
|
Pekanbaru
,
Riau
|
796,000
|
6
|
Jambi
,
Jambi
|
457,000
|
7
|
Bengkulu
,
Bengkulu
|
386,000
|
8
|
Banda Aceh
,
Aceh
|
295,000
|
9
|
Pematang Siantar
,
Sumatera Utara
|
205,000
|
10
|
Lubuklinggau
,
Sumatera Selatan
|
201,000
|
Sumatera menyokong pelbagai jenis vegetasi serta merupakan rumah bagi pelbagai spesies, termasuk diantaranya ialah 17 marga tanaman endemik.
[12]
Pulau ini adalah rumah bagi 201 spesies mamalia dan 580 jenis burung. Ada 9 jenis mamalia endemik di daratan Sumatera, dan ada 14 jenis endemik lainnya di
Kepulauan Mentawai
yang letaknya tidak berapa jauh.
[12]
Pulau Sumatera telah kehilangan 48% dari hutan primernya sejak tahun 1985, dan banyak spesies yang tersisa terancam punah. Pada bulan Oktober 2008, pemerintah Indonesia mengumumkan rancangan untuk melindungi hutan Sumatera yang masih tersisa.
[13]
Pada tahun 2010, Sumatera diduduki lebih dari 50 juta orang atau kira-kira 105 orang/km². Hal tersebut meletakkan Sumatera sebagai pulau yang keempat
[14]
paling padat penduduknya di dunia. Majoriti masyarakat di Sumatera adalah Muslim (87%), sedangkan 10% beragama Kristian, 2% adalah Buddha dan 1% Hindu.
[15]
- ^
Dalam
Kamus Besar Bahasa Indonesia
telah dinyatakan bahawa
Sumatra
adalah ejaan yang betul dalam bahasa Indonesia;
[1]
Walau bagaimanapun, ia popular dieja dalam bahasa Indonesia bukan standard sebagai
Sumatera
.
- ^
"Sumatra ? dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia Online"
[Entri untuk "Sumatra" dalam versi daring dari
Kamus Besar Bahasa Indonesia
].
kbbi.kemdikbud.go.id
(dalam bahasa Indonesia).
Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Riset, dan Teknologi Republik Indonesia
.
- ^
Drakard, Jane (1999).
A Kingdom of Words: Language and Power in Sumatra
. Oxford University Press.
ISBN
983560035X
.
- ^
Munoz.
Early Kingdoms
. m/s. 175.
- ^
Sneddon, James N. (2003).
The Indonesian language: its history and role in modern society
. UNSW Press. m/s. 65.
ISBN
0868405981, 9780868405988
.
- ^
Macdonell, Arthur Anthony (1924).
A practical Sanskrit dictionary with transliteration, accentuation, and etymological analysis
. Motilal Banarsidass Publ. m/s. 347.
ISBN
8120820002, 9788120820005
.
- ^
Monier-Williams, Monier (1981).
A Sanskrit-English Dictionary
. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 1166.
- melalui
Edi Sedyawati dkk. (1994).
Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini
. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 161?162.
- ^
Nicholaas Johannes Krom,
De Naam Sumatra
, BKI, 100, 1941.
- ^
G.R. Tibbets,
Pre-Islamic Arabia and South East Asia,
in D.S. Richards (ed.),1970,
Islam and The Trade of Asia
, Oxford: Bruno Cassirer Pub. Ltd, p. 127 nt. 21; S.Q.Fatimi,
In Quest of Kalah
, in D.S. Richards (ed.),1970, p.132 n.124; W.P. Groeneveldt,
Notes in The Malay Archipelago
, in D.S. Richards (ed.),1970, p.129 n.42
- ^
Tidak terletak di pulau Sumatera dari mata kasar.
- ^
Tidak terletak di pulau Sumatera dari mata kasar.
- ^
Helders, Stefan.
"Indonesia: largest cities and towns and statistics of their population"
.
World Gazetteer
. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2013-05-25
. Dicapai pada
2009-04-21
.
- ^
a
b
Whitten, Tony (1999).
The Ecology of Sumatra
. Tuttle Publishing.
ISBN
9625930744
.
- ^
Forest, Wildlife Protection Pledged at World Conservation Congress
- ^
"The Republic of Indonesia Administrative units"
.
- ^
"Number of Population by Religion Year 2005"
.
|
Wikikembara memiliki panduan pelancongan bagi
Sumatra
.
|