Almarhum Sultan Ibrahim Shah ibni Almarhum Sultan Salehuddin Shah
ibni Almarhum Yang di-Pertuan Muda Riau II Opu Daeng Chelak, merupakan Sultan yang memerintah negeri
Selangor
,
Malaysia
pada tahun 1778 hingga 1826
[1]
.
Setelah kemangkatan ayahandanya, Raja Ibrahim yang merupakan putera sulung Sultan Salehuddin telah ditabalkan oleh bapa saudaranya iaitu
Raja Haji
sebagai Sultan Selangor yang kedua, manakala adindanya Raja Nala dilantik menjadi
Raja Muda Selangor
dan dua orang adindanya yang lain menjadi Orang Besar bergelar di Selangor. Sultan Ibrahim dianggap seorang sultan yang berani dan berhati waja di samping mempunyai pengalaman yang luas melalui percampurannya semasa di zaman kanak-kanak lagi. Baginda sering mengikut ayahandanya dalam setiap lawatan dan peperangan seperti ke
Riau
,
Melaka
,
Negeri Sembilan
,
Perak
dan
Kedah
.
[2]
Peperangan antara orang
Bugis
dengan
Belanda
sentiasa berlaku sejak tahun 1740-an lagi. Api peperangan terus menyala pada
4 Januari
1784
. Peperangan inilah yang mengakibatkan mangkatnya
Raja Haji
kerana dibunuh oleh
Belanda
, kemudiannya dimakamkan di Teluk Ketapang dan digelar
Marhum Ketapang
.
Kemangkatan Raja Haji menimbulkan kemarahan Sultan Ibrahim menyebabkan Selangor terlibat secara langsung dengan persengketaan antara Belanda dan
Johor
. Sebagai persiapan berjaga-jaga dari serangan Belanda terhadap Selangor, baginda telah membina dua buah kota,
Kota Batu
di atas
Bukit Selangor
dan
Kota Tanah
di atas Bukit Tanjung.
[3]
Pada
13 Julai
1784
, Belanda menyerang
Kuala Selangor
bersama
Raja Muhammad Ali
,
Siak
, dengan satu angkatan perang yang mengandungi 11 buah kapal dan beberapa buah perahu. Satu pertempuran telah berlaku di antara angkatan Belanda yang telah memasuki
Sungai Selangor
dengan pasukan pertahanan dari
Kota Batu
itu diketuai oleh
Sayyid Jaafar
. Hampir dua minggu lamanya berperang, akhirnya Belanda berjaya menawannya pada
2 Ogos
1784
.
Tentera Belanda yang berjaya menawan kubu yang dibina oleh Sultan Ibrahim di
Bukit Malawati
telah menukar nama kubu tersebut kepada
Fort Altingsburg
sempena nama
Gabenor
Jenderal
Belanda
di
Betawi
dan
Kota Tanah
di Bukit Tanjung pula ditukarkan kepada nama
Fort Utrecht
iaitu sempena nama salah sebuah kapal Belanda yang digunakan dalam peperangan.
Belanda kemudiannya menabalkan
Raja Muhammad Ali
memangku jawatan
Sultan Selangor
dengan dibantu oleh anak saudaranya
Sayyid Ali
yang kedua-duanya dari Siak. Belanda telah menawarkan pengampunan beramai-ramai kepada rakyat Selangor yang terdiri dari
Melayu
dan Bugis tetapi gagal memujuk pembesar Selangor untuk mengiktiraf
Raja Muhammad Ali
sebagai Yang di-Pertuan Selangor. Mereka juga enggan menjalankan perniagaan
bijih timah
dengan Belanda selagi Belanda tidak merajakan semula Sultan Selangor yang sebenarnya.
Raja Muhammad Ali
dikatakan telah merampas harta benda orang-orang di Kuala Selangor lalu membawanya pulang ke Siak dan meninggalkan
Sayyid Ali
di Selangor.
[4]
Kegagalan Sultan Ibrahim mempertahankan Kuala Selangor telah menyebabkan baginda,
Raja Nala
,
Sayyid Jaafar
dan keluarga diraja Selangor berundur ke Bukit Raja di
Pengkalan Permatang
seberang Sungai Selangor yang merupakan perkampungan keluarga diraja Selangor. Dari situ kemudian Sultan Ibrahim mudik ke
Ulu Selangor
namun telah dikejar oleh Belanda. Kemudian baginda telah berundur pula hingga ke
Sabak Bernam
lalu terus ke
Pahang
untuk mendapatkan bantuan.
Di Pahang, Sultan Ibrahim telah berjaya mempengaruhi ketua pemerintah Pahang iaitu
Bendahara
Tun Habib Abdul Majid
untuk menyediakan kelengkapan bagi membuat serangan ke Kuala Selangor yang dikuasai Belanda. Semasa di Pahang, baginda telah dikahwinkan oleh
Bendahara Abdul Majid
dengan
puterinya
Tun Selamah
.
Pada pertengahan tahun
1785
, Sultan Ibrahim dengan orang Melayu Pahang seramai 2,000 orang telah mendarat di
Tiram Burok
, kemudian mereka telah berkubu di Bukit Raja, Permatang. Dari situlah, dengan bantuan
Penggawa
Permatang satu serangan pun dilancarkan ke Bukit Selangor dan Bukit Tanjung. Pada
27 Jun
1785
, pada waktu malam, askar-askar Sultan Ibrahim yang datang dari Pahang bersama-sama dengan askar Penggawa Permatang telah menyerang orang-orang Belanda secara mengejut. Satu pertempuran hebat telah berlaku dalam suasana kegelapan malam. Esok paginya, pada
28 Jun
1785
orang Belanda telah tergopoh-gapah mengundurkan diri dengan menaiki kapal mereka meninggalkan Kuala Selangor dan kembali ke Melaka. Banyak meriam dan ubat bedil yang ditinggalkan oleh mereka tanpa sempat diambil. Sejak itu Sultan Ibrahim telah menduduki semula takhta kerajaan negeri Selangor dan bersemayam di Bukit Selangor yang kini dikenali sebagai Bukit Malawati.
Tidak lama selepas itu, dalam bulan
Julai
1875
, pemerintah Belanda di Melaka telah menghantar sebuah angkatan tiga buah kapal besar serta 14 buah kapal kecil dan perahu untuk mengepung Kuala Selangor. Angkatan tersebut telah berlabuh di laut setentang dengan Kuala Sungai Selangor. Sejak itu beras dan barang-barang makanan di Selangor telah menjadi mahal dan mendatangkan kesusahan kepada rakyat Kuala Selangor. Perniagaan antara orang Selangor dan orang Melaka telah terhenti. Setelah lebih kurang setahun lamanya, akhirnya Sultan Ibrahim dan Belanda sama-sama bersetuju untuk berdamai.
Pada
29 Jun
1786
, Sultan Ibrahim dan Belanda telah menandatangani surat perjanjian damai, yang mana dalam syarat perjanjian itu disebutkan bahawa Selangor akan menjual timahnya kepada orang Belanda di Melaka.
[5]
Baginda telah dimakamkan di
Bukit Malawati
,
Kuala Selangor
.
[6]
- J M Gullick (2004).
A History of Selangor
. The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society.
ISBN 9679948102
.
- Yusoff Hassan (2012).
Sejarah Kuala Selangor
. ST Media Resources.
ISBN 9834035808
.
- Buyong Adil (2019).
Sejarah Selangor (Edisi Semakan Cetakan Pertama)
. Dewan Bahasa dan Pustaka.
ISBN 9789834922832
.
- ^
J.M Gullick, 2004, ms 225
- ^
Yusoff Hassan, 2012, ms 31
- ^
Yusoff Hassan, 2012, ms 32
- ^
Yusoff Hassan, 2012, ms 36
- ^
Buyong Adil, ms 36
- ^
[http:
http://artmelayu.blogspot.com/2010/06/makam-diraja-royal-mausoleum-of.html
"Makam Diraja Selangor, Bukit Melawati"]
.
Seni Lama Melayu
. Radzi Sapiee. 2010
. Dicapai pada
1 Disember
2010
.