Sukiyaki
(
すき?き, スキヤキ
)
adalah hirisan tipis daging
lembu
,
sayur-sayuran
, dan
tauhu
di dalam periuk besi yang dimasak di atas meja makan dengan cara rebusan. Sukiyaki dimakan dengan mencelup hirisan daging ke dalam telur ayam yang telah dikacau.
Sayur-sayuran untuk Sukiyaki misalnya
bawang bombay
,
daun bawang
,
sawi putih
, shungiku, cendawan
shiitake
, dan cendawan enoki. Sebagai pelengkap, ditambahkan
ito konnyaku
atau
shirataki
yang berbentuk seperti soun berwarna kuning atau sedikit kelabu.
Sukiyaki terdapat dalam dua jenis, Sukiyaki jenis daerah
Kansai
dan Sukiyaki daerah
Kanto
yang berbeza cara penyajian, jenis ramuan dan rasa.
Bagi Sukiyaki versi Kansai, Sukiyaki hanya dimasak dengan
kicap
dan gula pasir, sedangkan Sukiyaki jenis Kanto dimasak menggunakan sos Warishita yang merupakan campuran
dashi
, kicap, gula pasir, dan
mirin
yang dimasak terlebih dulu.
Terdapat pendapat yang diragukan kebenarannya mengatakan bahawa Sukiyaki pada mulanya adalah daging lembu yang dipanggang (bahasa Jepun:
yaki
) di atas cangkul besi tebal yang disebut
suki.
Sebelum pemulihan Meiji, orang Jepun tidak pernah memakan daging lembu kerana mematuhi larangan
agama Buddha
yang melarang pengambilan haiwan berkaki empat dan haiwan yang digunakan untuk pertanian. Pada
zaman Meiji
, kedai daging yang pertama dibuka di Jepun ialah pada tahun 1867, yang diikuti dengan terbukanya restoran Gyunabe.
Sebelum
Perang Dunia II
, di daerah Kanto masakan ini lebih dikenali dengan nama Gyunabe
(
牛鍋
, lembu, panci)
.