Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sudut
ialah bentuk yang terbentuk oleh dua garisan yang berkongsi titik hujung yang sama, yang dipanggil
puncak
sudut. Sudut memberikan satu cara untuk menyatakan perbezaan dalam kecerunan antara dua garisan yang bertemu di
bucu
tanpa perlu mentakrifkan kecerunan keduanya. Sudut dipelajari dalam
geometri
dan
trigonometri
.
Sudut merupakan hasil bahagi panjang suatu lengkung
s
dengan jejari bulatan
r
, dan boleh jadi dikalikan dengan suatu pemalar
k
:
Sudut dianggap tidak mempunyai dimensi, kerana ia ditakrifkan sebagai nisbah dua ukuran panjang. namun terdapat beberapa unit yang digunakan untuk mengukur sudut, bergantung kepada pemilihan pemalar
k
.
- Bulatan penuh
atau
satu pusingan
atau
putaran
menggunakan
k
= 1/2π, menjadikan sudut 1 bulatan penuh = 2π rad = 4 sudut tepat = 400 gon = 360°.