Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Subrahmanyan Chandrasekhar
FRS
[1]
(
Tamil
:
????????????? ???????????
;
listen
(
bantuan
·
maklumat
)
; 19 Oktober 1910 ? 21 Ogos 1995)
[2]
merupakan seorang
ahli astrofizik
. Beliau memenangi
Hadiah Nobel dalam Fizik
bersama
William A. Fowler
pada tahun 1983 atas "kajian-kajian teori proses fizik mengenai kepentingan struktur dan evolusi bintang".
[3]
Perkiraan matematiknya mengenai perubahan beransur bentuk najam (
stellar evolution
) banyak melahirkan model teori terbaik mengenai tahap evolusi bintang gergasi dan
lohong hitam
.
[4]
[5]
Subrahmanyan Chandrasekhar lahir pada 19 Oktober 1910 in
Lahore
,
Wilayah Punjab
,
India British
(kini
dalam
Pakistan
).
[6]
Beliau merupakan anak ketiga kepada Sitalakshmi (Divan Bahadur) Balakrishnan (1891?1931), seorang penterjemah
bahasa Tamil
;
[6]
dan Chandrasekhara Subrahmanya Ayyar (1885?1960)
[7]
iaitu anak saudara kepada ahli fizik dan pemenang Hadiah Nobel,
C. V. Raman
. Keluarga mereka berhijrah dari
Allahabad
pada tahun 1916, dan akhirnya tinggal di
Madras
dua tahun kemudian.
Subrahmanyan bersekolah sendiri oleh ibubapanya sehingga beliau berusia 12 tahun.
[6]
Beliau mendapatkan ijazah bachelornya dalam bidang fizik pada bulan Jun 1930. Pada bulan berikutnya, beliau diberikan pembiayaan oleh Kerajaan India untuk melanjutkan pelajaran ke
Universiti Cambridge
di mana beliau dimasukkan ke
Trinity College, Cambridge
atas saranan
R. H. Fowler
. Ketika beliau berada di sana, beliau meluangkan masanya menyelesaikan
mekanik statistik
mengenai gas elektron terurai dalam bintnag kerdil putih sambil membetulkan ciri
kerelatifan khas
pada rumusan terdahulu Fowler.
Beliau menghabiskan tahun pengajian terakhirnya di Institut Fizik Teori (kini
Institut Niels Bohr
)
Copenhagen
. Chandrasekhar dianugerahkan ijazah PhDnya di Cambridge atas tesis
politrop
bergraviti sendiri pada musim panas tahun 1933.
Ketika Perang Dunia Kedua meletus, beliau bekerja menguruskan penyelidikan mengenai
balistik
di
Makmal Kajian Balistik
di Tapak Pengujian Aberdeen, Maryland.
Belia dan isterinya Lalitha menjadi warganegara Amerika Syarikat pada tahun 1953.
[8]
Penemuan yang dikenali daripada beliau merupakan
batas Chandrasekhar
di mana ia menggambarkan jisim maksimum sebuah bintang
kerdil putih
, kira-kira sebanyak 1.44
jisim suria
, yang mula mengambang dan mesti dilebihi agar ia runtuk lalu membentuk
bintang neutron
atau
lohong hitam
(berikutan meletusnya sebuah
supernova
). Had ini mula-mula dikira beliau pada tahun 1930 ketika belayar dari India ke
Cambridge
untuk melanjutkan pelajarannya.
|
---|
1901?1925
| | |
---|
1926?1950
| |
---|
1951?1975
| |
---|
1976?2000
| |
---|
2001?kini
| |
---|