Suara Keadilan
Akhbar Suara Keadilan.
|
Jenis
| Surat khabar
mingguan
|
---|
Format
| Tabloid
|
---|
Pemihakan politik
| Pro-pembangkang
|
---|
Bahasa
| Melayu/Inggeris
|
---|
Suara Keadilan
merupakan sebuah akhbar politik berbahasa Melayu milik parti politik
Parti Keadilan Rakyat
(PKR). Ia diterbitkan secara dwi-mingguan dan dihadkan jualan akhbar ini hanya kepada ahli PKR sahaja. Akhbar ini berharga RM2.00.
Akhbar ini mula diterbitkan mulai
Jun
2005
namun beroperasi tanpa permit. Permit akhbar ini telah memperoleh permit oleh
Kementerian Dalam Negeri Malaysia
(Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984) pada
21 April
2008
sehingga 2 Julai 2010. Sejak dari itu edisi tidak berkala akhbar PKR dimulakan dengan Keadilan pada 12 Julai 2010, Obor Keadilan (19 Julai) dan Sinar Keadilan (26 Julai) apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak memperbaharui permit penerbitan Suara Keadilan. Yang terbaru edisi tidak berkala akhbar PKR adalah Utusan Keadilan dikeluarkan pada 3 Ogos 2010.
[1]
Ketua Pengarang Akhbar ini ialah seorang kartunis,
Zunar
serta pernah dibarisi oleh sebilangan wartawan yang terkenal. Antaranya ialah Helme Hanafi, Hafizh Mokhtar, Irwan Mohd Zain dan Rusnizam Mahat.
Pada 26 Jun 2010, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein meminta Ketua Setiausaha KDN supaya meneliti tindakan yang boleh diambil terhadap akhbar Suara Keadilan kerana sering mengeluarkan berita yang tiada asas dan memfitnah. KDN dan agensi berkaitan mesti peka dan mengambil tindakan bagi mengelakkan ia berterusan dan bagi menunjukkan bahawa hak bersuara dan membuat liputan tidak bermakna sesuatu media itu boleh berbuat apa saja.
[2]
Pada 2 Julai 2010,
Kementerian Dalam Negeri
(KDN) telah menggantung tabloid ini berkuatkuasa 1 Julai 2010 kerana didakwa melanggar
Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984
.
[3]
KDN tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh tabloid itu berkenaan berita utama muka depan bertajuk 'Felda Bangkrap' dan empat lagi artikel berkaitan dalam keluaran yang sama.
[4]
Pada 15 Julai 2010, ASP Rejaliak Angong dari ibu pejabat polis daerah
Putrajaya
meminta pengarang Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib memberi keterangan di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah. Ekoran 'permit tidak lagi dikeluarkan', pertemuan pengarang Suara Keadilan,
Harakah
dan
Roket
diadakan di
Ampang
bagi membincangan nasib mereka dan tindakan seterusnya.
[5]
Setelah Suara Keadilan tidak mendapat permit, mereka menerbitkan
Obor Keadilan
dan
Sinar Keadilan
. 1,000 naskhah Obor Keadilan dirampas oleh pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Julai 2010 di sekitar kedai di
Ipoh
,
Johor Baharu
dan
Pulau Pinang
. Tajuk muka depan Obor Keadilan ialah '
BN
Perah
Petronas
'. Akta Mesin Cetak dan Penerbitan membenarkan terbitan berkala untuk edisi tunggal dicetak tanpa permit.
[6]
85,000 naskhah Sinar Keadilan diterbitkan oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) dengan tajuk muka hadapannya, 'Projek mencurigakan... RM12 ribu juta untuk JPM'.
[7]
Pada 3 Ogos 2010, Akhbar PKR yang diterbitkan secara tidak berkala kali ini muncul dengan judul Utusan Keadilan. Edisi terbaru ini memuatkan antara lainnya satu laporan yang menggariskan "tujuh ciri utama pemerintahan fasis atau kuku besi yang dikaitkan dengan dengan pentadbitan Pedana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
[8]
|
---|
Akhbar cetak
|
---|
Bahasa Melayu
| Semenanjung Malaysia
| | Kerajaan negeri
| |
---|
Parti politik
| |
---|
|
---|
|
---|
Bahasa Inggeris
| Semenanjung Malaysia
| |
---|
Malaysia Timur
| |
---|
|
---|
Bahasa Cina
| Semenanjung Malaysia
| |
---|
Malaysia Timur
| |
---|
|
---|
Bahasa Tamil
| |
---|
|
|
Akhbar dalam talian / Laman web berita
|
---|
|
|
|