Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Structurae
adalah
pangkalan data
dalam talian yang mengandungi gambar dan maklumat mengenai
struktur
dan kerja
kejuruteraan awam
, dan
jurutera
,
arkitek
, dan pembangun yang berkaitan. Penyertaannya
disumbangkan oleh sukarelawan
dan disimpan dalam pangkalan data
MySQL
.
Structurae ditubuhkan pada tahun 1998 oleh Nicolas Janberg, yang pernah belajar kejuruteraan awam di Universiti Princeton.
[1]
Pada bulan Mac 2012, Structurae diambil alih oleh
Ernst & Sohn
[
de
]
, anak syarikat John Wiley & Sons, Inc.,
[2]
dengan Janberg menyertai syarikat tersebut sebagai ketua editor Structurae.
[3]
Pada masa itu, laman web menerima lebih dari satu juta kunjungan halaman setiap bulan, dan tersedia dalam bahasa Inggeris, Perancis dan Jerman. Pada tahun 2015, Janberg membeli kembali laman web ini untuk beroperasi sebagai freelancer.