Strabo
("juling") ialah istilah yang diberikan oleh
orang Rom
kepada orang-orang yang
juling
. Ayah-ayah
Julius Caesar
dan
Pompey Agung
masing-masing digelarkan "
Gaius Julius Caesar Strabo
" dan "
Pompeius Strabo
". Seorang anak kelahiran
Sicily
yang mempunyai penglihatan yang amat jelas sehingga dapat melihat benda-benda dari jarak yang amat jauh seolah-olah benda-benda itu di hadapannya, juga digelarkan "Strabo." Orang lain yang bernama Strabo termasuk
Gaius Julius Caesar Strabo Vopiscus
(dari keluarga
Julii Caesares
),
Walahfrid Strabo
, dan Theodoric Strabo.
Tokoh paling penting yang bernama
Strabo
(
bahasa Yunani
: Στρ?βων (
63
/
64 SM
- k.k.
24 Masihi
) ialah seorang
ahli sejarah
,
ahli geografi
, serta
ahli falsafah
. Pada hari ini, Strabo paling diingati untuk karya 17-jilidnya,
Geographica
, yang membawa maksud harfiah, "Geografi". Karya itu memberikan sejarah perihalan tentang orang dan tempat bagi kawasan-kawasan di dunia yang diketahui pada zamannya.
Strabo dilahirkan kepada sebuah keluarga yang kaya di Amaseia,
Pontus
(kini merupakan sebahagian
Wilayah Amasya
,
Turki
moden), ketika tempat kelahirannya itu baru-baru sahaja menjadi sebahagian
Empayar Rom
. Beliau belajar di bawah berbagai-bagai ahli geografi dan ahli falsafah, mula-mulanya di
Nysa
, dan kemudiannya di
Rom
. Dari segi falsafah, Strabo adalah seorang penyokong
Stoisisme
dan dari segi politik, beliau merupakan penyokong
Imperialisme
Rom. Beliau kemudian membuat perjalanan yang luas ke
Mesir
dan
Ethiopia
, antara lain. Tidaklah diketahui bilanya
Geografi
ditulis, walaupun komen-komen dalam karya itu meletakkan versi siapnya pada pemerintahan Maharaja
Tiberius
. Sesetengah orang menetapkan draf-draf pertamanya pada sekitar
7 Masihi
, sedangkan ada orang juga yang menetapkannya pada sekitar
18 Masihi
. Karya
Geografi
itu juga menyebut kematian
Juba
, raja Maurousia, pada
23 Masihi
.
Hampir semua bahagian karya
Sejarah
telah hilang. Walaupun Strabo sendiri menyebutnya, dan penulis-penulis klasik yang lain mengatakan karya itu wujud, dokumen tunggal yang masih wujud ialah satu serpihan manuskrip
papirus
yang kini disimpan oleh
Universiti Milan
(dinomborkan semula sebagai [Papirus] 46).
Banyak tarikh yang berbeza telah dicadangkan untuk kematian Strato, tetapi kebanyakannya menetapkan tarikh itu tidak lama selepas
23 Masihi
.
Geografi
ialah sebuah karya yang terperinci dalam
bahasa Yunani
. Terdiri daripada 17 jilid, karya ini boleh dianggap sebagai sebuah
ensiklopedia
tentang pengetahuan geografi pada zaman Strabo. Kecuali bahagian-bahagian dalam Buku 7, karya ini masih wujud dengan lengkap. Bagaimanapun, walaupun karya ini meliputi seluruh dunia yang dikenali oleh orang Yunani dan Rom pada masa Strabo, karya ini mempunyai beberapa kecacatan yang utama:
- pertahanan yang tetap dan mengganggu bagi pihak pemuisi
Homer
sebagai sumber geografi yang menyebabkan Strabo mengetepikan penulis-penulis yang lebih terkini, seperti
Herodotus
, yang seringnya merupakan saksi untuk apa yang mereka melaporkan;
- keasyikannya terhadap kritikan pengarang-pengarang lain yang amat halus dan seringnya bersifat suka mencari kesalahan untuk berdebat;
- sikap Yunani yang aneh terhadap fakta yang cenderung memperolehnya melalui pemikiran.
Pendek kata, para pembaca lebih menyukai lebih banyak geografi berbanding cara mengemukakan alasan. Bagaimanapun, cara ini memberikan cendekiawan-cendekiawan moden maklumat sejarah yang bernilai tentang kaedah-kaedah geografi kuno serta maklumat tentang banyak ahli geografi yang karya mereka telah hilang.
Lebih kurang tiga puluh
manuskrip
Geografi
atau bahagian-bahagiannya masih wujud. Hampir kesemua ini merupakan salinan
zaman pertengahan
, walaupun terdapatnya cebisan-cebisan daripada papirus yang mungkin disalin antara
100
-
300 Masihi
. Selama satu setengah abad, cendekiawan-cendekiawan telah berusaha dengan susah payah untuk menghasilkan sebuah edisi yang menepati versi Strabo. Satu edisi yang paling sahih telah diterbitkan sejak
2002
, dan dihasilkan pada kadar lebih kurang satu jilid setahun.
- Buku 1?7, 15?17
dalam terjemahan bahasa Inggeris, ed. H. L. Jones (1924), di LacusCurtius
- Buku 6?14
dalam terjemahan bahasa Inggeris, ed. H. L. Jones (1924), Perpustakaan Digital Perseus