Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dalam sukan
besbol
,
stolen base
(
bahasa Melayu
:
curi tapak
) ialah keadaan apabila
pelari
(
bahasa Inggeris
:
baserunner
) mara ke tapak (
base
) seterusnya apabila
pitcher
melemparkan bola ke
plat rumah
(
home plate
). Dalam
statistik besbol
, stolen base dipaparkan sebagai
SB
. Stolen base tidak mustahil berlaku untuk tapak kedua, tapak ketiga atau plat rumah tetapi ia mustahil untuk mencuri tapak pertama.
Jika pasukan bertahan sengaja atau tidak cuba untuk menyingkirkan pelari, permainan tersebut dipanggil
defensive indifference
(atau
fielder's indifference
). Tiada stolen base dikreditkan kepada pelari jika berlaku keadaan tersebut.
[1]
Defensive indifference biasanya akan berlaku berbanding stolen base apabila permainan berada di lewat inning dan pasukan yang memiliki
stealing baserunner
ketinggalan lebih daripada satu larian (
run
). Perkembangan ini disebabkan oleh keutamaan pasukan bertahan ialah untuk menyingkirkan pemukul (
batter
).
Pemain yang mahir dalam mencuri tapak bukan sahaja memiliki kecepatan berlari, tetapi juga naluri mencuri tapak, kepantasan dan perkiraan yang tepat. Garis panduan untuk membolehkan pelari layak diberikan stolen base telah digariskan oleh peraturan 10.07 dalam buku peraturan
Major League Baseball
.
[2]
Jika seseorang pemain itu baik dalam mencuri tapak, pengurusnya akan membiarkannya mencuri mana-mana tapak yang dia boleh. Seseorang pemain itu yang boleh mencuri mana-mana tapak dikatakan memiliki "lampu hijau". Pemain yang tidak mempunyai lampu hijau hanya dibenarkan untuk mencuri tapak apabila diarahkan oleh jurulatih atau pengurus.
[3]