Stephen Robert "Steve" Irwin
(
22 Februari
1962
?
4 September
2006
) ialah
ahli alamiah
, pakar
hidupan liar
, dan tokoh
televisyen
Australia
. Beliau paling dikenali kerana merupakan juruacara, bersama dengan isterinya,
Terri
, kepada rancangan televisyennya,
Pemburu Buaya
(
The Crocodile Hunter
). Rancangan itu adalah sebuah siri
dokumentari hidupan liar
yang tidak mengikut kelaziman dan yang telah disiarkan di seluruh dunia. Irwin juga merupakan pemilik serta pengendali
Zoo Australia
di
Beerwah
,
Queensland
.
Dilahirkan di
Essendon
yang merupakan sebuah subbandar
Melbourne
, Steve Irwin berpindah dengan ibu bapanya, Bob dan Lyn, ke
Queensland
ketika masih kanak-kanak. Ibu bapanya mengurus Taman Reptilia dan Fauna Queensland, dan Steve biasa dikelilingi oleh buaya-
buaya
dan reptilia-
reptilia
semasa dibesarkan. Beliau kemudian menjadi seorang pemerangkap buaya dan secara percuma, membantu menghapuskan buaya-buaya yang masih berkeliaran di tempat-tempat kediaman yang berhampiran, dengan syarat
quid pro quo
bahawa beliau dapat menyimpan buaya-buaya itu di dalam taman ibu bapanya. Semasa masih kanak-kanak, beliau mengalami suatu kejadian yang buruk dengan seekor
burung kakaktua
yang menyebabkan beliau takut akan
burung nuri
pada sepanjang hayatnya.
Pada tahun
1991
, Steve mengambil alih pengendalian taman Australia, kini dinamakan semula sebagai "Zoo Australia", dan pada tahun
1992
telah bertemu dengan Terri di tamannya dan mereka kemudian berkahwin. Penggambaran bahagian filem yang dibuat oleh John Stainton tentang
bulan madu
Irwin yang menampilkan pemerangkapan buaya kemudian dijadikan
episod
pertama "
Pemburu Buaya
". Filem ini mencapai kejayaan yang luar biasa di Amerika.
Di bawah pimpinan Steve yang ramah, kegiatan perniagaannya berkembang hingga merangkumi
zoo
, siri televisyen,
Yayasan Pemuliharaan Steve Irwin
, dan
Penyelamat Buaya Antarabangsa
. Perbaikan pada Zoo Australianya termasuk Muzium Buaya Planet Haiwan,
lau burung
hutan hujan
, dan
Candi Harimau
.
Pada tahun
2001
, Steve muncul sebagai watak kameo dalam salah sebuah filem
Eddie Murphy
,
Dr. Dolittle 2
. Pada tahun
2002
pula, filem ceritanya yang pertama,
Pemburu Buaya: Arah Pandu Perlanggaran
(
The Crocodile Hunter: Collision Course
), telah ditayangkan. Pada keseluruhannya, ulasan-ulasan daripada para pengkritik adalah negatif. Bagaimanapun pada tahun
2003
, Irwin telah dilaporkan sebagai dalam susunan untuk menjadi juruacara bagi
rancangan temu bual
dalam rangkaian televisyen Australia.
Saluran televisyen Animal Planet kemudian melancarkan episod
Crocodile Hunter
istimewa yang dipanggil "Crocodiles & Controversy", dalam bahasa melayu "Buaya Dan Kontroversi", yang dikatakan mahu cuba menjelaskan tentang "Insiden Bayi Bob" dan peristiwa di Antartika. Rancangan istimewa ini memberi alasan yang anak lelaki Irwin tidak mungkin akan berada dalam bahaya ditikam buaya dan Irwin tidak boleh membahayakan nyawa bintang terancam di
Antartika
.
Animal Planet mengakhiri rancangan
The Crocodile Hunter
dengan siri
finale
bertajuk "Steve's Last Adventure", dalam bahasa melayu "Pelayaran Steve Yang Terakhir". Dokumentari terakhir rancangan itu memaparkan pelayaran Steve di seluruh dunia, beliau menjelajahi tempat-tempat seperti
Himalayas
,
Yangtze River
, Borneo, dan
Kruger National Park
. Penonton menganggap pemergiannya itu "menyedihkan".
Pada Januari 2006 sebagai sebahagian bagi perayaan
Minggu Australia
di
Amerika Syarikat
, Steve muncul dalam rancangan
Pauley Pavilion
,
UCLA
Los Angeles
,
California
. Semasa satu temubual di
The Tonight Show with Jay Leno
, Steve mengumumkan bahawa
Discovery Kids
akan memajukan satu rancangan pertunjukan untuk anak perempuannya, Bindi Sue. ''
The Tonight Show with Jay Leno
,
13 Januari
2006
. Rancangan tersebut,
Gadis Hutan
, adalah tip menyerupai untuk file
The Wiggles
, dengan lagu berkenaan sebuah cerita. Satu episod panjang rancangan TV Kanak-kanak Australia
The Wiggles
bertajuk "Wiggly Safari" kelihatan ditujukan khas kepada Steve, dan beliau muncul banyak kali dalamnya beserta isteri dan anak perempuannya. Rancangan tersebut termasuk lagu "Pemburu Buaya, Steve Irwin Yang Besar".
Pada Hari Sabtu
24 Jun
,
2006
, satu daripada kura-kura paling tua yang terdapat di Zoo Australia Steve Irwin, mati akibat kegagalan jantung. Kura-kura tersebut,
Harriet
, berusia 176 tahun dan dianggap sebahagian daripada keluarga Irwin. Harriet adalah dipercayai kepunyaan
Charles Darwin
.
Steve Irwin aktif dalam politik dan merupakan seorang penyokong konservatif
Parti Liberal Australia
. Khususnya, beliau dengan kuat menyokong Perdana Menteri bertahan
John Howard
.
Steve Irwin mempunyai dua cahaya mata: seorang perempuan bernama, Bindi Sue Irwin (dilahirkan pada
24 July
1998
), dan seorang lelaki bernama, Robert (Bob) Clarence Irwin (dilahirkan pada
1 December
2003
). Nama Bindi Sue diambil dari nama dua anjing Steve. Anjing pertamanya, Bindi, dibunuh dengan tidak sengaja oleh seorang pemburu, dan anjing keduanya, Sui, iaitu nama tengah anak perempuannya, meninggal pada June 2004.
Tengkarah utama timbul semasa pertunjukan awam pada
2 January
2004
, apabila Irwin mengangkat anak lelakinya, Bob, di salah satu tangannya sambil menyuap bangkai ayam kepada buaya dengan tangan sebelahnya. Jarak antara anaknya dan buaya itu amat kecil. Wartawan-wartawan melakukan perbandingan insiden ini dengan insiden
Michael Jackson
menhayunkan anaknya di luar tingkap di German.
Tambahan pula, kumpulan kebajikan kanak-kanak, kumpulan hak-hak haiwan, dan kebanyakan penonton Irwin mengkritik tindakannya yang disifatkan sebagai
penderaan kanak-kanak
. Irwin mendakwa dia tidak membahayakan nyawa anaknya dan sebaliknya menguasai situasi berkenaan. Terri Irwin mendakwa kelakuan suaminya itu hanyalah perbuatan yang tidak berbahaya. Tiada dakwaan diambil terhadap Irwin (walaupun pihak polis berjumpa Irwin dan memberi amaran supaya tidak mengulangi perbuatannya lagi).
Irwin kemudian meneruskan untuk membintangi beberapa dokumentari
Animal Planet
, termasuklah
The Croc Files
,
The Crocodile Hunter Diaries
, dan
New Breed Vets
.
Pada June 2004, Irwin sekali lagi menjadi suatu subjek kontroversi kerana dituduh mengganggu binatang-binatang liar (seperti
ikan paus
,
singa laut
dan
burung penguin
) ketika menyunting sebuah dokumentari di
Antartika
.
Bertindak ganas dengan kehidupan liar di Antartika boleh melanggar
undang-undang persekutuan
dan juga
undang-undang antarabangsa
Australia. Berikut insiden ini, hal ini ditutup tanpa sebarang saman dikenakan.
Pada
4 September
,
2006
, sejurus selepas pukul 11:00 pagi.
masa tempatan
(01:00
UTC
), Irwin ditikam oleh cangkuk
ikan pari
semasa menyunting sebuah dokumentari "dalam air" di Great Barrier Reef berdekatan Low Isles di
Port Douglas
, arah utara dari
Cairns
,
Queensland
,
Australia
. Laporan akhbar menyatakan bahawa beliau disengat di jantung oleh ikan pari itu, menyebabkan kecederaan yang mengancam nyawa.
Selepas Irwin disengat, kumpulan kerjanya memanggilkan bantuan perubatan dan sebuah Helikopter Penyelamatan Queensland berjawab. Perkhidmatan Polis Queensland memaklumkan perkara ini kepada keluarganya dan mengedarkan The Queensland Police Service memberitahu keluarganya dan mengeluarkan kenyataan
[1]
kepada media berhubung peristiwa berkenaan.
- Irwin adalah seorang peminat
Zoo Singapura
dan menganggapnya dan
Zoo Australia
serupa.
[1]
- Irwin suka ke pertandingan seni-seni mempertahankan diri yang dicampuradubkan dan berlatih dengan Greg Jackson untuk mengetahui degan lebih mendalam tentang sistem
Gaidojutsu
.
- Irwin muncul dalam iklan televisyen
ESPN
pada tahun 2006 dalam siri
This is SportsCenter
mereka. Dalam iklan ini, beliau bergusti dengan mascot Gator
University Florida
sampai ke kawasan studio ESPN.
- Suatu parodi Steve dan Terri membentuk salah satu tema
Irregular Webcomic!
- Suatu parodi Steve, Strewth Irwin, adalah satu watak ulangan
kartun Flash
,
On The Moon
.