한국   대만   중국   일본 
Stesen Monorel AirAsia-Bukit Bintang - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Stesen Monorel AirAsia-Bukit Bintang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
AirAsia-Bukit Bintang
???????-????? ?????
Pemandangan luar stesen Monorel Bukit Bintang, ke arah barat daya.
Lokasi Jalan Sultan Ismail, berhampiran persimpangan Jalan Sultan Ismail - Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang , Kuala Lumpur , Malaysia .
Koordinat 3°8′45″N 101°42′40″E  /  3.14583°N 101.71111°E  / 3.14583; 101.71111
Dimiliki oleh Prasarana Malaysia
Laluan 8 KL Monorail
Platform 2 platform sisi
Trek 2
Sambungan stesen sambungan 9 Pavillion-Bukit Bintang
Pembinaan
Templat letak kenderaan None
Kemudahan OKU Tidak
Maklumat lain
Kod stesen  MR6 
Sejarah
Dibuka 31 Ogos 2003
Lokasi
Map

Stesen Monorel Bukit Bintang (atau Stesen Monorel Air Asia-Bukit Bintang atas sebab penajaan) ialah sebuah stesen monorel di Bukit Bintang, Kuala Lumpur , Malaysia . Laluan Monorel KL berkhidmat di stesen ini. Stesen ini dibuka pada 31 Ogos 2003 sebahagian daripada pembukaan laluan Monorel KL.

Ciri-ciri stesen [ sunting | sunting sumber ]

Lokasi [ sunting | sunting sumber ]

Stesen ini terletak di atas Jalan Sultan Ismail di persimpangan Jalan Bukit Bintang dan Jalan Sultan Ismail di Bukit Bintang, Kuala Lumpur , Malaysia . Disebabkan stesen ini terletak di Segi Tiga Emas Bukit Bintang, terdapat banyak pusat membeli-belah di sekitar stesen antaranya Plaza Sungei Wang, Lot 10, Plaza Low Yat, Fahrenheit88 dan Pavillion Kuala Lumpur (pemilik hak nama stesen). Selain itu, terdapat banyak hotel mewah di sekitar stesen ini antaranya JW Marriot Kuala Lumpur, The Westin Kuala Lumpur, The Ritz Carlton Kuala Lumpur, Hotel Capitol Kuala Lumpur dan Grand Millenium Hotel Kuala Lumpur. Juga terletak berhampiran adalah stesen Pavillion-Bukit Bintang .

Pelan stesen [ sunting | sunting sumber ]

  • platform: 2
  • Landasan: 2
Platform
1 KL Monorel Arah Bukit Nanas dan Titiwangsa
2 KL Monorel Arah Hang Tuah dan KL Sentral

Rujukan [ sunting | sunting sumber ]