Stesen MRT Taman Equine
ialah sebuah stesen Transit Aliran Massa (MRT) di
Seri Kembangan
,
Selangor
,
Malaysia
yang menjadi tempat perkhidmatan
Laluan Putrajaya
. Stesen ini akan dibuka rasmi pada Januari 2023 di bawah pembukaan Fasa 2 laluan tersebut. Stesen ini terletak di antara
Stesen MRT Universiti Putra Malaysia
dan
Stesen MRT Putra Permai
serta mempunyai kod stesen iaitu PY36.
[1]
Seperti kebanyakan stesen MRT di
Lembah Klang
, stesen ini adalah bertingkat.
[2]
Nama stesen "Equine Park" pertama kali disebutkan dalam sebuah video yang diterbitkan oleh
MRT Corp
di
Youtube
, dengan tajuk "
MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) Line Alignment Video
" pada 15 September 2016.
[3]
Dalam video tersebut, kod stesen sementara bagi Stesen MRT Equine Park ialah S31.
[2]
[3]
Dalam beberapa tahun kemudian, nama stesen ini telah diubah menjadi nama stesen sedia ada iaitu "Taman Equine".
[4]
Stesen MRT Taman Equine serta
Stesen MRT Putra Permai
terletak di Pakej S208. Kontrak pembinaan stesen dan kerja-kerja berkaitan bagi pakej tersebut telah dianugerahkan kepada syarikat Bumiputera, S.N. Akmida Holdings Sdn Bhd pada 19 September 2017, dengan jumlah sebanyak
RM
219.7 juta.
[5]
[6]
Stesen MRT Taman Equine akan dibuka kepada orang ramai dan memulakan operasinya pada bulan Mac 2023 bersama-sama stesen-stesen Laluan Putrajaya di bawah Fasa 2 yang lain, iaitu dari stesen Kampung Batu sehingga Putrajaya Sentral. Pembukaan MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 telah diumumkan pada 23 Disember 2022 oleh
MRT Corp
.
[7]
Walaupun begitu, mengikut perancangan asal stesen ini patut dibuka pada Julai 2022,
[8]
tetapi pembukaannya menghadapi kelewatan lagi dan ditangguhkan pada Januari 2023 akibat sesi ujian set gerabak kereta api mengambil masa lama daripada biasa dan belum selesai.
[7]
[9]
[10]
Stesen ini terletak di sepanjang Jalan Putra Permai (Jalan Persekutuan 3215; juga dikenali sebagai Jalan Seri Kembangan), Seri Kembangan,
Selangor
. Stesen MRT Taman Equine akan menghubungkan penduduk sekitar kejiranan Taman Equine, Taman Pinggiran Putra, Taman Dato Demang, Taman Lestari Permai, Taman Putra Permai, Taman Lestari Perdana dan Taman Desaminium. Terletak berhampiran stesen adalah AEON Taman Equine, Zeva Residence, Pangsapuri Vista Pinggiran, Pangsapuri Putra Permai, Pangsapuri Putra Impian, Pasar Borong Selangor, Pangsapuri Putra Indah, Putra Walk, Pangsapuri Cemara, Putra Residen, Komersial Equine, Springville Residence, Villa Heights, Villa Avenue, Wisma Penyayang, Galleria Equine Park, Pangsapuri Sri Indah, Masjid Al Quddus, Pangsapuri Putra Ria, dan
Masjid Al-Muttaqin
.
[11]
[12]
Stesen ini adalah stesen bertingkat dan mempunyai satu
platform tengah
di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Putrajaya. Terdapat dua platform yang menuju ke terminal laluan, Platform 1 ke Putrajaya Sentral manakala Platform 2 pula menuju ke Kwasa Damansara.
[2]
Berdasarkan, Peta Transit Berintergerasi Lembah Klang, Stesen MRT Taman Equine dilengkapi dengan kemudahan kawasan meletakkan kenderaan (
pandu dan rantau
).
[1]
Stesen MRT Taman Equine juga dilengkapi dengan kemudahan bagi
orang kurang upaya
(OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, tulisan
braille
di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda. Selain itu, tandas awam, surau, pusat perkhidmatan pelanggan, lif dan
eskalator
turut disediakan bagi memenuhi keperluan dan keselesaan pengguna. Untuk pembelian tiket, pengguna boleh membelinya melalui
mesin tiket
layan diri di aras legar. Stesen ini juga dilengkapi dengan perkhidmatan
bas pengantara ulang-alik
.
[12]
Mengikut rancangan pelan tapak stesen, Stesen MRT Taman Equine mempunyai dua pintu masuk dan keluar.
[4]
|
Pintu
|
Lokasi
|
Destinasi
|
Gambar
|
A
|
Tenggara stesen
|
Jalan Putra Permai
![Eskalator ke aras legar atau aras tanah.](//upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/3/32/Aiga_escalator.svg/20px-Aiga_escalator.svg.png) Hentian sebelah untuk bas pengantara, teksi, e-panggilan serta kenderaan peribadi, MSPR Taman Equine, Taman Pinggiran Putra
|
|
B
|
Barat laut stesen
|
Jalan Putra Permai
Hentian sebelah untuk bas pengantara, teksi, e-panggilan serta kenderaan peribadi, Taman Dato Demang, Taman Equine
|
|
Bas perantara MRT laluan T543.
Perkhidmatan bas pengantara di Stesen MRT Taman Equine terletak di Hab MRT Taman Equine Pintu A dan Hab MRT Taman Equine Pintu B. Terdapat dua laluan yang ditawarkan di hab ini. Rujuk jadual di bawah untuk maklumat lanjut.
[13]
|
---|
|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
|
- Bukit Kiara Selatan
- Bukit Kiara (simpanan)
- Sri Hartamas
- Mont Kiara
- Bukit Segambut
- Taman Sri Sinar
- Dutamas
- Jalan Kuching
- Titiwangsa
- Kampung Puah
- Jalan Langkawi
- Danau Kota
- Setapak
- Rejang
- Setiawangsa
- AU2
- Taman Hillview
- Tasik Ampang
- Kampung Pandan
- Pandan Indah
- Taman Kencana
- Taman Cheras
- Taman Midah
- Jalan Yaacob Latif
- Sri Permaisuri
- Salak Selatan
- Salak Jaya (simpanan)
- Kuchai
- Jalan Klang Lama
- Pantai Dalam
- Pantai Permai
- Universiti
- Universiti Malaya
|
---|
| |
---|
Stesen ditandakan dalam
condong
masih dalam pembinaan, belum dibuka, atau dalam perancangan.
|