Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Stesen LRT Taman Jaya
merupakan stesen
LRT
yang terletak di
Petaling Jaya
,
Selangor
,
Malaysia
dan sebagai sebahagian
Aliran Kelana Jaya
. Stesen ini dinamakan bersempena Taman Jaya di Seksyen 10, iaitu taman pertama yang diasaskan di Petaling Jaya. Stesen ini dibuka pada 1 September 1998 sebagai sebahagian daripada segmen pertama aliran ini yang melalui 10 stesen antara
stesen Kelana Jaya
dan
Pasar Seni
.
[1]
Stesen Taman Jaya terletak di sepanjang Persiaran Barat berhampiran simpang Lorong Sultan di utara Seksyen 52
Petaling Jaya
,
Selangor
. Selain Seksyen 52, stesen ini juga terletak tidak jauh dari Seksyen 9 Petaling Jaya, pusat membeli-belah
Amcorp Mall
, restoran
A&W
, Menara Yayasan Selangor, Menara PJX HM Shah, Mahkamah Majistret Munisipal Petaling Jaya, ibu pejabat Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Jabatan Meteorologi Malaysia Petaling Jaya, bangunan
PKNS
Petaling Jaya, Dataran Petaling Jaya, taman rekreasi Taman Jaya, dan Gereja Anglikan St Paul.
Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat:aras platform, aras legar dan aras tanah. Stesen ini mempunyai dua
platform sisi
di atas ruang legar untuk perkhidmatan
Laluan Kelana Jaya
. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, terdapat rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.
[2]
Bas
RapidKL
laluan
T640
dan bas PJ City laluan
PJ02
berkhidmat di stesen ini.
|
---|
|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
|
- Bukit Kiara Selatan
- Bukit Kiara (simpanan)
- Sri Hartamas
- Mont Kiara
- Bukit Segambut
- Taman Sri Sinar
- Dutamas
- Jalan Kuching
- Titiwangsa
- Kampung Puah
- Jalan Langkawi
- Danau Kota
- Setapak
- Rejang
- Setiawangsa
- AU2
- Taman Hillview
- Tasik Ampang
- Kampung Pandan
- Pandan Indah
- Taman Kencana
- Taman Cheras
- Taman Midah
- Jalan Yaacob Latif
- Sri Permaisuri
- Salak Selatan
- Salak Jaya (simpanan)
- Kuchai
- Jalan Klang Lama
- Pantai Dalam
- Pantai Permai
- Universiti
- Universiti Malaya
|
---|
| |
---|
Stesen ditandakan dalam
condong
masih dalam pembinaan, belum dibuka, atau dalam perancangan.
|