Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Stesen LRT Kinrara BK5
ialah stesen LRT di Puchong, Selangor dimana
Laluan Sri Petaling
berkhidmat di stesen ini. Stesen ini dinamakan sempena lokasi stesen di kawasan perumahan Bandar Kinrara 5 (BK5),
Selangor
. Stesen ini dibuka pada 31 Oktober 2015 sebahagian daripada projek Penyamburan Jajaran LRT yang meluaskan jajaran
Laluan Sri Petaling
daripada
Stesen LRT Sri Petaling
ke
Stesen LRT Putra Heights
melalui stesen ini. Ketika pembukaan, stesen ini merupakan terminus selatan bagi
Laluan Sri Petaling
.
[1]
Stesen ini terletak di sepanjang Lebuhraya Bukit Jalil, Bandar Kinrara, Selangor. Terletak berhampiran stesen ini adalah SMK Seksyen 1 Bandar Kinrara, SMK Seksyen 4 Bandar Kinrara, SK Seksyen 1 Bandar Kinrara, Pasar Raya Besar Giant Bandar Kinrara, Apartmen Servis Eight Kinrara, Stadium Kriket Kinrara, Masjid Al-Ehsan, kawasan perumahan Bandar Kinrara 2, Bandar Kinrara 5 dan Bandar Kinrara 4.
Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua
platform sisi
di atas ruang legar untuk perkhidmatan
Laluan Sri Petaling
. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, terdapat 176 petak parkir kereta
[2]
dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.
[3]
Bas
RapidKL
laluan
541
,
T581
dan bas percuma Smart Selangor laluan
SJ03
berkhidmat di stesen ini.
|
---|
|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
| |
---|
|
- Bukit Kiara Selatan
- Bukit Kiara (simpanan)
- Sri Hartamas
- Mont Kiara
- Bukit Segambut
- Taman Sri Sinar
- Dutamas
- Jalan Kuching
- Titiwangsa
- Kampung Puah
- Jalan Langkawi
- Danau Kota
- Setapak
- Rejang
- Setiawangsa
- AU2
- Taman Hillview
- Tasik Ampang
- Kampung Pandan
- Pandan Indah
- Taman Kencana
- Taman Cheras
- Taman Midah
- Jalan Yaacob Latif
- Sri Permaisuri
- Salak Selatan
- Salak Jaya (simpanan)
- Kuchai
- Jalan Klang Lama
- Pantai Dalam
- Pantai Permai
- Universiti
- Universiti Malaya
|
---|
| |
---|
Stesen ditandakan dalam
condong
masih dalam pembinaan, belum dibuka, atau dalam perancangan.
|