Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Steam
[stim] ialah sebuah pelantar
pengedaran digital
,
pengurusan hak digital
,
permainan video berganda
, dan
perkhidmatan rangkaian sosial
berasaskan
Internet
dibangunkan oleh
Valve Corporation
. Ia menyediakan para penggunanya kemudahan pemasangan dan pengemaskinian automatik
permainan video
pada beberapa komputer, dan ciri komuniti seperti senarai rakan dan kumpulan,
simpanan awan
(
cloud storage
), dan fungsi suara dan sembang dalam permainan. Perisian dalaman platform ini menyediakan
Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi
(API) percuma yang digelar Steamworks, yang mana pembangun boleh menggunakannya untuk menyatukan banyak fungsi Steam, termasuk perangkaian dan pemadanan, pencapaian dalam permainan, transaksi mikro, dan sokongan untuk kandungan ciptaan pengguna melalui Steam Workshop, ke dalam produk mereka.
Walaupun platform ini pada mulanya dibangunkan untuk perisian
Microsoft Windows
, namun versi untuk
sistem operasi
OS X
dan
Linux
juga telah tersedia. Aplikasi yang mana fungsi utamanya ialah berbual dan membeli-belah juga telah dikeluarkan untuk peranti mudah alih
iOS
dan
Android
. Laman sesawang Steam juga mereplikakan banyak etalase dan ciri-ciri rangkaian sosial aplikasi berdiri sendirinya.