Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Stan Lee
(lahir sebagai
Stanley Martin Lieber
, 28 Disember 1922 ? 12 November 2018)
[1]
[2]
ialah seorang penulis dan penyunting
buku komik
berbangsa Amerika Syarikat dan bekas presiden dan pengerusi syarikat
Marvel Comics
.
Bersama beberapa orang pelukis ternama, khususnya
Jack Kirby
dan
Steve Ditko
, beliau mencipta watak
Spider-Man
,
Fantastic Four
,
X-Men
,
Iron Man
,
Hulk
,
Thor
,
Daredevil
,
Doctor Strange
, dan banyak lagi
watak-watak cereka
, sambil memperkenalkan watak-watak yang rumit dan
naturalistik
[3]
ke dalam karya-karya komik bergenre
adiwira
.
[4]
Selain itu, beliau pernah mengetuai cabaran terulung yang berjaya melawan pertubuhan
penapisan
komik yang amat tegas, iaitu
Comics Code Authority
, sekaligus memaksa pertubuhan tersebut memperbaharui dasar-dasarnya.
[
perlu rujukan
]
Selepas itu, Lee menerajui peluasan Marvel Comics dari sebahagian kecil syarikat
penerbitan
lain, menjadi sebuah
korporasi
multimedia
gergasi.
Beliau telah meninggal dunia pada hari Isnin, 12 November 2018 di Pusat Kesihatan Cedars-Sinai,
Los Angeles
setelah digegaskan ke sana dari kediamannya di Hollywood Hills pada awal pagi akibat masalah kesihatan.
[5]
Kematian beliau diumumkan oleh anak perempuan beliau, Joan Celia (J. C.) Lee, dan turut disahkan oleh wakil anak perempuannya, Kirk Schenck.
[2]
Beliau meninggalkan dua orang anak perempuan.
[6]
Beliau telah mengumumkan bahawa beliau menghidap radang paru-paru sejak awal tahun 2018 dan pernah digegaskan ke hospital pada awal Februari tahun tersebut kerana kesesakan nafas dan denyutan jantung tak tetap, namun jurucakap beliau mengatakan beliau berkeadaan baik.
Kematian beliau diikuti oleh penghormatan yang diberikan oleh peminat-peminatnya dan juga bintang ternama melalui laman media sosial.
[7]
- ^
Lee, Stan, and Mair, George.
Excelsior!: The Amazing Life of Stan Lee
(Fireside, 2002), p.5.
ISBN 0-684-87305-2
- ^
a
b
Barnes, Mike (12 November 2018).
"Stan Lee, Marvel Comics' Real-Life Superhero, Dies at 95"
[Adiwira Sebenar Marvel Comic, Stan Lee, Meninggal Dunia pada Umur 95 Tahun].
Hollywood Reporter
(dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada
yang asal
pada 12 November 2018
. Dicapai pada
13 November
2018
.
- ^
http://www.ft.com/cms/s/0/f7998de4-de75-11dd-8372-000077b07658.html
- ^
http://goodcomics.comicbookresources.com/2009/01/10/another-weekend-in-westchester/
- ^
Reuters (13 November 2018).
"Tiada lagi penampilan khas Stan Lee"
.
myMetro
. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2018-11-13
. Dicapai pada
13 November
2018
.
- ^
Lowry, Brian (12 November 2018).
"Stan Lee, Marvel Comicbook Legend, Dies at 95"
[Legenda Buku Komik Marvel, Stan Lee, Meninggal Dunia pada Usia 95 Tahun].
Variety
(dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2018-11-12
. Dicapai pada
13 November
2018
.
- ^
Torrealba, Isabel (12 November 2018).
"The Stars of the Marvel Universe and Beyond Pay Tribute to Stan Lee"
[Bintang-bintang Dunia Marvel dan Selanjutnya Memberikan Penghormatan kepada Stan Lee].
Slate
(dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2018-11-13
. Dicapai pada
13 November
2018
.
|
---|
Umum
| |
---|
Perpustakaan negara
| |
---|
Institut penyelidikan seni
| |
---|
Pangkalan data saintifik
| |
---|
Lain-lain
| |
---|