Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Spoon
merupakan sebuah kumpulan
pop rock
Malaysia
yang ditubuhkan di
Kuala Lumpur
pada 1995. Dianggotai oleh
Along
(vokalis), Shanaz (pemain dram), Yahaya (bes), Boy (gitar utama) dan Nurul (gitar kedua),
[1]
[2]
kumpulan ini meraih kejayaan antara pertengahan 1990-an dan awal 2000-an. Antara single paling terkenal kumpulan ini ialah "Rindu Serindu Rindunya", "Puncak Rindu Kasih Sayang", "Memori Sekuntum Rindu", "Sekali Lagi", "Mengecap Bahagia" dan "Bicara Cinta". Spoon dibubarkan berikutan kematian mengejut Along pada Disember 1999.
[3]
[4]
Ditubuhkan pada 1995 sewaktu di sekolah menengah, Spoon memperoleh kejayaan secara komersial 3 tahun kemudian, iaitu pada 1998 menerusi album studio pertama mereka yang mengambil nama kumpulan ini sebagai tajuk album, seterusnya mendapat kejayaan meluas menerusi single pertama, "Rindu Serindu Rindunya" hasil ciptaan
Eddie Hamid
dengan liriknya ditulis oleh
Man Toba
.
[5]
[6]
Album sulung mereka mendapat sambutan yang baik di pasaran dengan jualannya telah mencecah 100,000 unit.
[7]
Ini menjadikan kumpulan Spoon sebagai kumpulan baru paling laris, yang juga mengatasi penjualan album artis-artis popular yang lain sekaligus menjadi kumpulan baru pertama yang menduduki tangga teratas
Carta RIM
mengatasi jualan album
Ziana Zain
.
[8]
Bagaimanapun, pada Disember 1998, dua ahli kumpulan Spoon meninggalkan kumpulan itu kerana mahu menyambung pelajaran mereka.
[9]
[10]
Album kedua Spoon menyusul pada Julai 1999 dengan tajuk
Kembali Merindu
.
[11]
[12]
Lagu "Memori Sekuntum Rindu" dikeluarkan sebagai single pertama.
[13]
Akan tetapi, pada 8 November 1999, Spoon tidak lagi menjadi artis Childplay Music Productions dan sekali gus sebagai artis syarikat rakaman
Life Records
.
[14]
[15]
Album terakhir Spoon,
Kini
dikeluarkan pada pertengahan 2000. Selepas kematian Along, tempatnya digantikan oleh Azlong adik kepada Along.
[16]
[17]
Selepas pada itu Azlong menarik diri kerana atas isu yang tidak dapat di elakkan. Oleh sebab itu Spoon telah dibubarkan pada tahun 2000.
[18]
[19]