Signal
ialah
album mini
keempat oleh kumpulan wanita Korea Selatan,
Twice
. Album mini ini dikeluarkan secara digital dan fizikal pada 15 Mei 2017 oleh
JYP Entertainment
dan diedarkan oleh Genie Music.
[1]
Ia menampilkan lagu utama dengan tajuk yang sama diterbitkan oleh
Park Jin-young
. Beberapa penerbit dan penulis lagu mengambil bahagian termasuk ahli Twice, Jihyo dan Chaeyoung yang menulis lirik untuk lagu "Eye Eye Eyes" manakala lagu ketiga, "Only You" mempunyai lirik yang ditulis oleh bekas ahli kumpulan
Wonder Girls
,
Ha:tfelt
.
[2]
Pada 18 April, JYP Entertainment mengesahkan kemunculan kembali Twice pada bulan Mei dengan tarikh yang belum ditentukan. Sembilan hari kemudian, ia telah dilaporkan bahawa kumpulan ini telah menghabiskan penggambaran video muzik untuk lagu utama yang diterbitkan oleh Park Jin-young.
[3]
Pada 1 Mei, Twice berkongsikan sebuah gambar tesar melalui saluran SNS rasmi mereka dan mengesahkan album mini
Signal
akan dikeluarkan pada 15 Mei. Mereka juga mengeluarkan jadual promosi untuk album ini termasuk konsert 2 hari pada 17-18 Jun yang berlangsung di Stadium Tertutup Jamsil.
[4]
Pada hari berikutnya, ia telah didedahkan bahawa album mini ini mempunyai tiga versi bersama sembilan kulit album secara rawak.
[5]
Gambar teaser individu ahli dikeluarkan untuk beberapa hari berikutnya.
[6]
Ia kemudiannya disusuli dengan beberapa siri video teaser menampilkan sembilan ahli, sebuah video pengenalan dan sebuah video spoiler.
[7]
Teaser video muzik pertama untuk "Signal" dikeluarkan pada 13 Mei. Album bersama video muzik lagu utama secara rasminya dikeluarkan pada 15 Mei. Ia juga dikeluarkan secara muat turun digital di pelbagai laman muzik.
[8]
JYP Entertainment menafikan laporan tentang rancangan kumpulan ini untuk mempromosi album mini ini hanya selama dua minggu oleh kerana kemunculan pertama Jepun mereka pada bulan Jun. Ketua Twice, Jihyo, yang berehat daripada aktiviti kerana kecederaan lutut menyertai semula kumpulan ini untuk promosi.
[9]
Tidak seperti kemunculan kembali mereka yang terdahulu, Twice mempromosi secara aktif dalam rancangan varieti. Mereka menjalani penggambaran rancangan varieti pertama untuk album mini ini pada 26 April 2017 sebagai tetamu
I Can See Your Voice
. Pada 3, 4 dan 9 Mei, Twice merekodkan episod untuk
Weekly Idol
,
Knowing Bros
dan
Top 3 Chef King
.
Twice mengadakan acara media di Dewan Blue Square Samsung Card, Hannam-dong, Seoul sebelum pengeluaran album mini ini. Mereka juga mengadakan persembahan pertunjukan dua jam selepas pengeluaran album dimana mereka membuat persembahan lagu "Signal" dan lagu-lagu lain daripada album terdahulu seperti "Like Ooh-Ahh" dan "Cheer Up".
Kumpulan ini mengadakan persembahan pentas kemunculan kembali dalam siaran 18 Mei
M Countdown
disusuli dengan persembahan dalam siaran 19, 20 dan 21 Mei
Music Bank Pembukaan Perasmian Piala Dunia FIFA B-20 di Jeonju
,
Show! Music Core
dan
Inkigayo
. Twice menamatkan promosi mereka dalam program muzik semasa siaran 4 Jun
Inkigayo
.
Knee pain
No.
| Tajuk
| Seni kata
| Gubahan
| Susunan
| Masa
| |
---|
1.
| "Signal"
| J.Y. Park "The Asiansoul"
| - J.Y. Park "The Asiansoul"
- Kairos
| - J.Y. Park "The Asiansoul"
- Kim Seung-soo
- Armadillo
- Kairos
| 3:17
|
2.
| "Three Times a Day"
(하루에 세番)
| | | Kim Won
| 3:11
|
3.
| "Only You"
(Only 너)
| Ha:tfelt
| - David Anthony Eames
- Debbie-Jane Blackwell
- 72
| David Anthony Eames
| 3:38
|
4.
| "Hold Me Tight"
| Jowul
| - Jowul
- Scott Granger
- Brian Judah
- Johnny Marnell
- Roahn Hylton
| Jowul
| 3:19
|
5.
| "Eye Eye Eyes"
| | - Lise Kristin Kvenseth
- Erlend Elvesveen
- Jo Sverre Sande
- Tone Ravna Bjørnstad
- Rune Helmersen
- Elizaveta Vassilieva
| - Lise Kristin Kvenseth
- Erlend Elvesveen
- Jo Sverre Sande
- Tone Ravna Bjørnstad
- Rune Helmersen
- Elizaveta Vassilieva
| 2:55
|
6.
| "Someone Like Me"
| Park Won
| - Ronny Vidar Svendsen
- Anne Judith Stokke Wik
- Nermin Haramba?i?
- Moa Anna Maria Carlebecker
| - Ronny Vidar Svendsen
- Anne Judith Stokke Wik
- Nermin Haramba?i?
- Moa Anna Maria Carlebecker
| 3:25
|
Jumlah masa: 19:45
| |
|
---|
|
Album studio
| |
---|
Album kompilasi
| |
---|
Keluaran semula
| |
---|
Album mini
| |
---|
Rencana berkaitan
| |
---|
|