Jung Pil-kyo
(lahir 27 November 1979), yang lebih dikenali dengan nama pentas
Shin Hye sung
, adalah seorang penyanyi & penulis lirik
Korea Selatan
. Beliau amat dikenali sebagai salah seorang anggota penyanyi berkumpulan
Shinhwa
.
Shin menjalani uji bakat di Amerika melalui Brothers Entertainment dan merupakan ahli pertama yang ditempatkan dalam kumpulan Shinhwa.
[
perlu rujukan
]
Beliau secara rasmi debut sebagai sebahagian daripada kumpulan Shinhwa pada 24 Mac 1998 dengan persembahan pertama single mereka berjudul "解決士" (The Solver) di rancangan muzik
KM Music Tank
. Sejak itu, beliau telah mengeluarkan tiga belas album studio Korea dan satu album Jepun dengan Shinhwa.
Shin debut sebagai artis solo pada tahun 2005 dengan pelancaran album
solonya berjudul
Love of May
(五月砥鍊, 五月之戀). Album ini menduduki kedudukan pertama dalam carta jualan pra-pesanan HMV di Jepun pada Februari 2005 dengan 180,000 unit terjual. Shin melancarkan album keduanya berjudul
The Beginning, New Days
pada 8 Ogos 2007. Lagunya berjudul "First Person" mencapai nombor satu dalam carta
K-pop Top 10
. Albumnya terjual sebanyak 30,000 unit pada hari pertama pelancaran dan 50,000 unit dalam masa seminggu.
Beliau telah mengeluarkan lima studio album Korea dan dua album Jepun.
Pada Jun 2011, selepas melancarkan album studio Korea kelima beliau,
The Road Not Taken
, Shin telah telah menghabiskan satu siri persembahan di Seoul, Busan dan Shanghai. Beliau juga mengacarakan konsert istimewa selama dua hari,
2011 Tour in Seoul - The Road Not Taken Act II
di
Universiti Kyung Hee
pada 3 dan 4 September. Kemudian pada Julai, beliau merekodkan lagu duet berjudul "I Believe" dengan
Shunsuke Kiyokiba
, bekas ahli kumpulan
Exile
.
Pada Mac 2012, Shin kembali dengan anggota-anggota Shinhwa yang lain selepas empat tahun berehat, di bawah pengurusan
Shinhwa Company
. Ia merupakan satu usaha bersama untuk ahli-ahli Shinhwa bekerja sebagai satu kumpulan, dimana Eric dan Lee Min-woo adalah CEO bersama dan anggota-anggota lain menjadi pemegang saham. Syarikat ini menguruskan mereka sebagai satu kumpulan manakala aktiviti solo diuruskan oleh agensi masing-masing. Kumpulan ini melnacarkan album studio kesepuluh mereka berjudul
The Return
pada 23 Mac 2012, melancarkan konsert
2012 Shinhwa Grand Tour: The Return
di seluruh Asia dan rancangan hiburan eksklusif pertama mereka berjudul
Shinhwa Broadcast
yang mula ditayangkan pada 17 Mac 2012 di stesen kabel
JTBC
.
[1]
[2]
[3]
Pada 25 Mac, semasa persembahan semula di konsert
2012 Shinhwa Grand Tour in Seoul: The Return
, Shin mengalami kecederaan di lutut. Semasa memulakan persembahan untuk lagu "Yo!", beliau telah lompat dari bawah pentas dan perlu mendarat di atas pentas, namun pendaratan tersebut tidak menjadi dan beliau jatuh. Kejadian tersebut menyebabkan ligamennya koyak dan kartilaj serta ligamen yang mengelilingi meniskus rosak teruk, memerlukan pembedahan dan enam bulan rehat. Sebelum itu, Shin pernah cedera di tempat sama semasa konsert pada tahun 2001 dan telah membuat pembedahan pembetulan pada lutut kirinya namun ligamen pada lutut kanan terus mengalami kerosakan, yang menyebabkan beliau dikecualikan dari menjalani khidmat tentera. Walau bagaimanapun, beliau telah menangguhkan pembedahan tetapi menggunakan kaedah rawatan sehingga berakhirnya aktiviti promosi album studio kesepuluh mereka,
The Return
. Beliau tetap mengikuti persembahan dengan duduk di kerusi untuk rancangan muzik pertama mereka pada 29 Mac di
M! Countdown
, dimana mereka menyanyikan lagu "Venus" dan "Hurt".
[4]
Pada September Shin bersama-sama dengan anggota Shinhwa,
Lee Min-woo
mengadakan persembahan di
West Bank Music Festival
di
Shanghai
dari 30 September hingga 2 Oktober, sebagai wakil
K-pop
bersama artis-artis antarabangsa lain seperti
Michael Bolton
di hadapan 10,000 orang penonton.
[5]
[6]
- 2005: 五.月.之.戀
(Love of May)
- 2007:
The Beginning, New Days
- 2008:
Live and Let Live
- 2009:
Keep Leaves
- 2010:
Find Voice in Song
- 2011:
The Road Not Taken
- 2011:
Embrace
- 2012:
Winter Poetry
- 2016:
Delight
- 2017:
Serenity
- Shinhwa Vol. 2 "Forever With You (너의 곁에서)"
- Shinhwa Vol. 3 "Never Come To Me" (penulis bersama)
- Shinhwa Vol. 3 "Vortex" (penulis bersama)
- Shinhwa Vol. 3 "Wedding March"
- Shinhwa Vol. 4 "Hey, Come On"
- Shinhwa Vol. 4 "Falling in Love"
- Shinhwa Vol. 4 "Sure I Know"
- Shinhwa Vol. 4 "바램 ( I Swear)"
- Shinhwa Vol. 6 " You (노을)"
- Shinhwa Vol. 7 "Oh" (penulis lirik bersama Minwoo)
- Shinhwa Vol. 9 "Destiny of Love (痕跡)"
- Shinhwa Vol. 10 "Let It Go" (penulis lirik bersama Eddie Shin)
- Shin Hye Sung Vol. 1 "Don't Leave" (penulis lirik bersama JPS)
- Shin Hye Sung Vol. 1 "Same Thought" (penulis lirik bersama Park Chang Hyun)
- Shin Hye Sung Vol. 1 "Punishment (벌)" (penulis lirik bersama Kim Do Hyun)
- Shin Hye Sung Vol. 1 "A Song For You"
- Shin Hye Sung Vol. 1 "After... "
- Shin Hye Sung & Lyn [He Said... She Said...] "Echo"
- Group S Fr. in Cl "I Swear" (menulis lirik Bahasa Inggeris)
- Group S Fr. in Cl "I Believe"
- S.E.S Vol. 1 "Good-Bye" (Rap oleh Eric)
- S.E.S Vol. 2 "Kiss" (Rap oleh Eric)
Penglibatan lain: Shinhwa Vol. 8 "Midnight Girl" (Susunan melodi baru untuk versi balada)
Tahun
|
Tajuk
|
Rangkaian
|
Peranan
|
Nota
|
2004-2005
|
Love Letter
|
SBS
|
Peserta bersama
Shinhwa
|
(Musim 1, Episod 1-14)
|
Let's Coke Play Battle Shinhwa!
|
M-NET and Coca-Cola
|
Pengacara bersama
Shinhwa
|
2012-2014
|
Shinhwa Broadcast
|
JTBC
|
Ahli utama dengan
Shinhwa
|
(Episod 1-70)
|
- 2012
KBS
Immortal Songs
- 2013
MBC
Remocon
Tahun
|
Anugerah
|
2005
|
|
2007
|
- Anugerah Golden Disk "Bonsang"
- Anugerah Muzik Melon "Anugerah Artis Terbaik"
- Anugerah Muzik Melon "Anugerah Video Muzik Terbaik"
|
2008
|
- Anugerah Sohu Entertainment Sohu Han Yu 2007: Album Terbaik Tahunan
- Anugerah Sohu Entertainment Sohu Han Yu 2007: MV Terbaik
- 2007 Model Ceremony Award: Anugerah Populariti
|
2014
|
- Anugerah Top Hits Cina: "Penyanyi Asia Popular"
[8]
|
Tahun
|
Tarikh
|
Lagu
|
2005
|
26 Mei
|
"같은 생각 (Same Thoughts)"
|
2 Jun
|
Tahun
|
Tarikh
|
Lagu
|
2005
|
28 Mei
|
"같은 생각 (Same Thoughts)"
|
4 Jun
|
Tahun
|
Tarikh
|
Lagu
|
2005
|
5 Jun
|
"같은 생각 (Same Thoughts)"
|
12 Jun
|
2007
|
30 September
|
"첫사람 (First person)"
|
- ^
Suk, Monica (March 26, 2012).
"CONCERT REVIEW: Shinhwa: Reborn with
The Return
"
.
10 Asia
. Dicapai pada
December 13,
2012
.
- ^
"Shinhwa to release upcoming 10th album on March 23"
.
10 Asia
. Mac 16, 2012
. Dicapai pada
2012-03-26
.
- ^
Park, HyunMin (Mac 4, 2012).
"Shinhwa to have
Shinhwa Broadcast
"
.
Mnet News
. CJ E&M. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2013-01-03
. Dicapai pada
November 12,
2012
.
- ^
Park, HyunMin
"Shin Hye Sung to Perform for Shinhwa’s Comeback in a Chair"
CJ E&M enewsWorld
. March 28, 2012. Dicapai 2012-03-29
- ^
Park, HyunMin (September 27, 2012).
"Shinhwa′s Shin Hye Sung and Lee Min Woo to Sing in Chinese Rock Festival Alongside Michael Bolton"
.
enewsWorld
. CJ E&M. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2013-01-29
. Dicapai pada
September 29,
2012
.
- ^
Sunwoo, Carla (September 28, 2012).
"Shinhwa boys get Shanghai invite"
.
Joongang Daily
. Diarkibkan daripada
yang asal
pada Januari 26, 2013
. Dicapai pada
September 29,
2012
.
- ^
"2005 M.net Korean Music Festival Winners list"
.
MAMA
. Retrieved 2014-06-12.
- ^
https://ph.celebrity.yahoo.com/news/shin-hye-sung-wins-award-from-china-top-053108145.html,retrieved
[
pautan mati kekal
]
may 19 2014
(Korea)