Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Shenzhou 7
(
Cina Ringkas
:
神舟七?
;
Cina Tradisional
:
神舟七號
;
pinyin
: shenzh?u q?hao) ialah
penerbangan angkasa lepas manusia
ketiga yang dijalankan oleh China. Misi ini menandakan bermulanya fasa kedua
Projek 921
program angkasa China.
Sebuah
kapal angkasa Shenzhou
yang membawa tiga orang ahli krew dilancarkan pada 25 September 2008 pada 21:10 CST (UTC+8) dengan menaiki roket
Chang Zheng 2F
(CZ-2F) dari Pusat Angkasa Jiuquan.
[1]
Misi ini dijadualkan untuk tiga hari, selepas itu kapal angkasa berkenaan mendarat dengan selamatnya di
Panji Siziwang
di wilayah
Mongolia Tengah
pada 28 September 2008, pukul 17:37 CST.
[2]
Ketika penerbangan, satu
aktiviti luar kenderaan
(EVA) dijalankan oleh
Zhai Zhigang
dan
Liu Boming
, menjadikan China negara ketiga yang menyiapkan EVA, selepas
Rusia
dan
Amerika Syarikat
.
Anggota-anggota krew Shenzhou 7 yang diumumkan pada
17 September
2008
, terdiri daripada angkasawan-angkasawan berikut:
[3]