Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semerah
adalah sebuah
bandar
yang terletak di antara
daerah Batu Pahat
dan
daerah Muar
. Sempadan Batu Pahat dan Muar adalah sangat menarik. Ini kerana ia dipisahkan oleh sebatang sungai yang melintasi pekan semerah.
Terdapat sebuah sekolah menengah iaitu
Sekolah Menengah Semerah
dan dua sekolah rendah iaitu
Sekolah Kebangsaan Peserian
dan
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pei Chun, Johor
. Terdapat kemudahan klinik kesihatan iaitu
Klinik semerah
dan
Balai polis semerah
. Sebuah pejabat pos iaitu
Pejabat pos semerah
, surau.
Terdapat dua buah stesen minyak, sebuah kemudahan ATM di dalam kedai serbaneka.
Menarik di Semerah ialah suasana pagi yang mana terdapat gerai yang menjual sarapan pagi. Terdiri daripada pelbagai jenis kuih muih. Terdapat juga warung yang mana menjual makanan siap bermasak untuk sarapan pagi, makan tengahari. Antara menu istemewa yang terkenal di Semerah ialah Mee Purba di
Warung Hashim
yang terletak di
Medan Selera Pasar Semerah
Terdapat satu pasar minggu iaitu pada hari Ahad, setiap minggu. Namun, keadaan dan suasana pasar ini tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Kekurangan pembeli dan penjual juga menjadi faktor kepada keadaan pasar minggu ini. Ia tidak lagi semeriah seperti sekitar tahun 2000-an.