Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sejong
(dahulunya dikenali sebagai kaunti
Yeongi
) atau nama rasminya
Bandar Raya Autonomi Khas Sejong
merupakan sebuah bandar raya terancang di
Korea Selatan
. Pada awal tahun 2007, kerajaan Republik Korea memutuskan untuk mewujudkan sebuah kawasan pentadbiran khas yang menempatkan 9 buah kediaman menteri dan 4 agensi kebangsaan yang pada masa kini terletak di
Seoul
. Kawasan bandar raya ini terletak di luar Seoul serta berada di antara dua wilayah iaitu
Chungcheong Selatan
dan
Chungcheong Utara
, berdekatan
Daejeon
. Sejong dibuka pada 2 Julai 2012 dengan 36 agensi kerajaan dijadualkan untuk berpindah di situ pada 2015.
[2]
Bandar raya ini dinamakan sempena
Sejong Agung
, raja dari
Dinasti Joseon
sebagai tanda penghormatan kepada baginda yang merupakan bapa kepada
abjad Korea
.
[3]
Sebelum ini bandar raya ini adalah sebuah kaunti iaitu
Yeongi
(演技, 燕岐).
|
---|
Kawasan
| | |
---|
Wilayah
| |
---|
Wilayah pemerintahan sendiri khas
| |
---|
Bandar khas
| |
---|
Bandar berautonomi khas
| |
---|
Bandar metropolitan
| |
---|
|