Sabak Bernam
merupakan sebuah daerah yang terletak di
barat laut
negeri
Selangor
,
Malaysia
. Daerah ini bersempadan dengan negeri
Perak
di
utara
dan
Sungai Bernam
membentuk garis sempadan tersebut. Selain itu, Daerah Sabak Bernam juga berhampiran dengan
Hulu Selangor
terletak di
timur
,
Kuala Selangor
di
selatan
serta
Selat Melaka
di
barat
. Bandar utama di sini adalah pekan
Sabak
,
Sungai Besar
dan
Sekinchan
. Daerah ini juga terkenal dengan penduduk berketurunan Jawa.
Sabak Bernam dikatakan dibuka oleh enam orang yang ber
sahabat
. Dari situlah munculnya nama "sabak bernam' yakni "sahabat berenam".
[4]
Kegiatan ekonomi kawasan ini bersangkut-paut dengan penanaman
padi
,
kelapa
dan
kelapa sawit
. Sabak Bernam merupakan kawasan penanaman padi yang penting di Selangor, yang tertumpu di sekitar Sungai Besar. Sekitar 1970-an, terdapat banyak kebun
koko
diusahakan oleh pekebun kecil di daerah ini. Ekonomi di daerah ini juga disumbang oleh sektor perniagaan dan peruncitan. Sekitar tahun 2020, terdapat 17 hotel yang beroperasi, 348 restoran dan 76 kedai runcit di sekitar daerah.
Daerah Sabak Bernam dikawal selia oleh
Majlis Daerah Sabak Bernam
Peta daerah Sabak Bernam
Daerah ini dibahagikan kepada lima mukim dan 11 pekan.
Kawasan di dalam daerah Sabak Bernam di bawah pentadbiran
Majlis Daerah Sabak Bernam
.
Berdasarkan
bancian Malaysia 2020
jumlah penduduk di Daerah Sabak Bernam ialah seramai 107,057 orang dengan kepadatan penduduk 107 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Kebanyakan penduduk di daerah ini merupakan
Bumiputera
, membentuk 76.6 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India. Sebanyak empat peratus penduduk merupakan bukan warganegara.
[5]
Jumlah penduduk lelaki 4.2 peratus lebih daripada penduduk wanita dengan nisbah jantina sebanyak 109. Lebih 71 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 26 ribu dalam golongan muda dan selebihnya 9 ribu orang merupakan warga tua.
Pecahan kaum penduduk (2020)
Kewarganegaraan
|
Kaum
|
Jumlah
|
Warganegara Malaysia
|
Bumiputera
|
78,721
|
Cina
|
19,824
|
India
|
3,987
|
Lain-lain
|
252
|
Bukan warganegara
|
N/A
|
4,273
|
Majoriti penduduk daerah ini beragama
Islam
iaitu sekitar 76 peratus dari keseluruhan penduduk. Penduduk bukan beragama Islam terdapat sekitar 24 peratus, yang terbesar merupakan penganut
Buddha
sekitar 17.4 peratus diikuti
Hindu
sebanyak 3.7 peratus,
Kristian
sebanyak 0.6 peratus dan selebihnya (1.9 peratus) menganut agama yang lain. Penduduk
tidak beragama
pula sebanyak 0.4 peratus dari keseluruhan penduduk.
[5]
Daerah Sabak Bernam merupakan sebuah bandar yang membangun dan mempunyai infrastruktur yang terjaga. Pada tahun 2020, terdapat sebanyak 64 institusi pendidikan, sebuah hospital kerajaan, enam balai polis dan tiga balai bomba di sekitar daerah.
[5]