Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
SK Telecom
ialah sebuah
pengendali telekomunikasi bimbit
yang dikuasai oleh
Kumpulan SK
, salah satu
chaebol
yang terbesar di
Korea Selatan
. Ia merupakan pembekal perkhidmatan bimbit yang utama di Korea Selatan, dengan sekitar 50%
bahagian pasaran
pada tahun
2005
.
SK Telecom
dijenamakan
sebagai
Speed 012
pada zaman
pager
kerana pager-pagernya mempunyai
kod kawasan
012
. Jenama ini kemudian ditukarkan menjadi
Speed 011
apabila
telefon bimbit
menjadi lebih popular pada sekitar tahun
1998
, dengan
011
sekali lagi merupakan kod kawasan untuk telefonnya.
Kini, semua telefon bimbit Korea Selatan yang baru didaftarkan bermula dengan kod kawasan
010
, tanpa menghiraukan pembekal perkhidmatan yang sebenar. Ini sebahagian disebabkan SK Telecom telah menguasai pasaran telefon bimbit sehingga nombor
011
telah menjadi suatu jenama pada dirinya dan dianggap sebagai kes
pengiklanan
tersirat atau
peletakan keluaran
yang diharamkan di Korea. SK Telecom terpaksa dipisahkan daripada
SK Teletech
kerana telefon-telefon bimbit
Sky
yang dibekalkan oleh SK Teletech tertatarajah hanya untuk perkhidmatan SK Telecom.
SK Telecom juga membekalkan berbagai-bagai perkhidmatan
internet
melalui
anak syarikatnya
, SK Communications.
Cyworld
merupakan salah satu perkhidmatan
blog
yang terpopular di Korea Selatan, dengan
NateOn
merupakan salah satu perkhidmatan pesanan segera yang paling popular.
SK Telecom ditubuhkan pada bulan Mac
1984
dengan nama
Korea Mobile Telecommunications Services Co.
, tetapi dinamai semula sebagai
Korea Mobile Telecommunications Corp. (KMT)
pada bulan Mei
1988
. Pada bulan Jun
1994
,
Kumpulan SK
menjadi
pemegang saham
KMT yang terbesar. KMT menyertai Kumpulan SK secara rasmi pada bulan Januari
1997
dan menukarkan namanya menjadi
SK Telecom
pada bulan Mac tahun tersebut.
Pada bulan Oktober
2000
, SK Telecom menjadi pengendali yang kedua di dunia selepas
DoCoMo
, milikan
NTT
, untuk melancarkan sebuah perkhidmatan
3G
komersil yang menggunakan
teknologi
WCDMA
. Ini diikuti oleh pelancaran rangkaian
1xEV-DO
CDMA2000
yang pertama di dunia pada bulan Januari
2002
. Teknologi ini amat meningkatkan laju penghantaran data.
Pada bulan Mei
2005
, SK Telecom memutuskan untuk menjual 60% daripada saham
SK Teletechnya
kepada
Pantech Curitel
. SK Teletech kemudian menggantikan jenamanya menjadi "SKY" pada tahun
2006
, dengan jenama tersebut masih merupakan jenama premium barisan telefon bimbit untuk Pantech Curitel.