Romulus
(c.
771 SM
[1]
?
c.
717 SM) dan
Remus
(c. 771 SM–c.
753 SM
) ialah pengasas-pengasas negara kota
Rom
, yang wujud dalam
mitos Rom
sebagai anak kembar
[2]
paderi wanita
Rhea Silvia
dan tuhan api,
Mars
. Menurut
tradisi
yang dicatat sebagai sejarah oleh
Plutarch
dan
Livy
, Romulus menjadi
Raja Rom
yang pertama.
Romulus membunuh Remus dalam merebut restu dewa-dewi untuk memerintah negara kota baharu, sekaligus menamakannya. Maka, nama yang diberikan kepada kota itu berbunyi "Rom." Kononnya, Romulus berdiri di sebuah bukit yang bernama
Bukit Palatino
dan Remus berdiri di sebuah lagi bukit yang bernama
Bukit Aventino
, disitu terdapat tujuh buah bukit tetapi masing-masing berminat pada bukit Palatino dan Aventino sahaja. Sekawan burung-burung berterbangan atas jasad Romulus, menandakan bahawa dialah yang sepatutnya menjadi raja di negara kota tersebut. Kedua-dua mereka bertengkar hingga membawa kepada peristiwa bergaduh dan berbunuhan. Romulus telah membunuh Remus. Setelah mengasaskan Rom, Romulus bukan sahaja mewujudkan
Legion Rom
dan
Senat Rom
, bahkan juga menambah jumlah warga ke dalam kota barunya dengan menculik kaum wanita puak
Sabine
di kawasan berdekatan lalu menghasilkan campuran orang-orang Sabine dan Rom menjadi satu bangsa. Romulus kemudiannya menjadi penakluk teragung di
Rom kuno
kerana menambah banyak wilayah dan warga ke dalam taklukan Rom. Selepas mangkat, Romulus didewakan menjadi dewa
Quirinus
, iaitu persona ketuhanan bangsa Rom. Kini Romulus dianggap sebagai tokoh mitos, dan dipercayai bahawa namanya merupakan pembentukan terbalik dari nama Rom, yang mungkin sekali berasal dari suatu perkataan bagi "sungai". Sesetengah cendekiawan, khususnya
Andrea Carandini
percaya akan kesahihan sejarah Romulus, sebahagiannya kerana penemuan
Murus Romuli
di cerun utara Bukit Palatine di Rom pada tahun 1988.
[3]
Sebelum mengasaskan negara kota Rom, semasa mereka masih kecil. Romulus dan Remus hidup sebatang kara. Kedua ibu bapanya telah dibunuh oleh bapa saudaranya,
Raja Amulius
. Baginda juga membuang pasangan kembar tersebut ke dalam
Sungai Tiber
. Mereka dihanyutkan dan diselamatkan oleh seekor serigala betina (
Capitoline Wolf
). Mereka yang masih kecil ketika itu, telah menyusu dengan serigala tersebut sehinggalah mereka diselamatkan oleh seorang pengembala lalu dibawanya mereka tinggal bersamanya sehinggalah dewasa. Setelah dewasa, Romulus dan Remus telah menuntut bela keatas pembunuhan kedua ibu bapanya. Mereka berjaya membunuh Raja Amulius, lantas terus menubuhkan negara kota yang baharu.
Romulus dan Remus.
Didrachm
perak (6.44 g). Ca 269-266 SM
Gambar-gambar kuno kembar Rom ini lazimnya mengikut tradisi
simbolik
tertentu, bergantung pada legenda yang diikuti: sama ada mereka mengikut kisah gembala, serigala betina, kembar di bawah
pokok ara
, dan seekor dua burung (
Livy
,
Plutarch
); atau mereka menggambarkan dua orang gembala, serigala betina, kemabr dalam gua, jarang sekali ada pokok ara, dan tiada pun seekor burung (
Dionysius dari Halicarnassus
).
Terdapat juga syiling-syiling bercetakkan makhluk
Lupa
dan kembar yang kecil di bawahnya.
"Raja-raja gembala", iaitu gelaran untuk Romulus oleh sesetengah pengkaji mitos, dihancurkan menjadi cebisan dalam suatu upacara keagamaan rahsia di penghujung "pemerintahan" mereka dan bermulanya pemerintahan "raja" seterusnya. Identiti mitos yang mencerminkan amalan keagamaan purba itu mungkin disokong dalam notasi oleh Livy yang dikatakan sesetengah pihak bahawa "beginilah nasibnya". Misteri dan upacara keagamaan perlu
dirahsiakan
, maka khabar itu hanya mampu ditafsir dan bukannya diketahui hakikatnya.
Keranda Franks
, sebuah peti khazanah Anglo-Saxon dari awal abad ke-7 memaparkan Romulus dan Remus dalam keadaan aneh, dua ekor serigala dan bukannya seekor, sebuah dusun dan bukannya pokok atau gua, empat pahlawan melutut dan bukannya dua orang gembala. Seperti yang ditandakan tulisan
rune
("
jauh dari rumah
"), adik-beradik kembar ini digelar
Dioscuri
, pembantu di pelayaran seperti
Castor dan Polydeuces
. Keturunan mereka dari dewa perang Rom mentakdirkan mereka menjadi pembantu dalam perjalanan menuju medah perang. Oleh itu, pengukir mengalihkan mereka ke dalam kepercayaan Jermanik dan menyertakan serigala peliharaan dewa
Woden
bersama mereka. Maka gambar ini bersama lima lagi lakaran lain digunakan untuk mempengaruhi pembentukan "
wyrd
", iaitu tuah dan nasib seorang raja pahlawan.
- ^
Tarikh lahir sebenar Romulus dan Remus masih tidak kita ketahui. Plutarch berkata Romulus berusia 53 tahun ("dalam tahun ke-54 usianya") sewaktu meninggal dunia pada
717 SM
. Jika benar, maka Romulus dan Remus mesti dilahirkan pada tahun 771 SM, lalu memulakan pengasasan Rome ketika berusia1 18 tahun.
- ^
Tema adik-beradik kembar dalam mitos berakar umbi dalam mitos
Mediterranean
: bandingkan
Castor dan Polydeuces
dari
Sparta
(
Dioscuri
) dan
Amphion dan Zethus
dari
Thebes
.
- ^
Carandini.
La nascita di Roma. Dei, lari, eroi e uomini all'alba di una civilta
(Torino: Einaudi, 1997) and Carandini.
Remo e Romolo. Dai rioni dei Quiriti alla citta dei Romani (775/750 - 700/675 a. C. circa)
(Torino: Einaudi, 2006)