Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Richard St. John Harris
(1 Oktober 1930 - 25 Oktober 2002) ialah seorang
pelakon
,
penyanyi
,
komposer
,
penerbit teater
,
pengarah filem
dan
penulis
berbangsa
Ireland
yang pernah memenangi
Anugerah Grammy
serta dicalonkan dua kali untuk
Anugerah Akademi
. Beliau pernah muncul di atas pentas dan layar perak, terkenal sekali kerana memainkan watak
Raja Arthur
dalam filem
Camelot
(1967), sebagai
Oliver Cromwell
dalam filem
Cromwell
(1970) dan juga watak
Albus Dumbledore
dalam filem adaptasi novel
Harry Potter and the Philosopher's Stone
(2001) dan
Harry Potter and the Chamber of Secrets
(2002), iaitu filem terakhirnya. Beliau juga pernah memainkan watak bangsawan dan banduan British dalam filem
A Man Called Horse
(1970), dan seorang
gunfighter
dalam filem
Unforgiven
(1992) arahan
Clint Eastwood
.