Revolusi Mesir 2011
atau
Revolusi Belia
(juga dipanggil
Revolusi 25 Januari
),
[6]
ialah satu siri tunjuk perasaan, bantahan, dan keingkaran awam yang sedang berlangsung di
Mesir
sejak 25 Januari 2011, dengan para penganjur menggunakan
pemberontakan di Tunisia
sebagai pembakar semangat orang ramai. Tunjuk perasaan serta rusuhan ini dikatakan berpunca daripada
pengangguran
, keinginan menaikkan
gaji minimum
, kurangnya perumahan,
inflasi makanan
,
korupsi
, kurangnya
kebebasan bersuara
, dan keadaan hidup susah.
[7]
Matlamat utama bantahan ini ialah untuk menyingkirkan rejim
Presiden
Hosni Mubarak
yang telah memerintah selama hampir 30 tahun.
[8]
Bantahan-bantahan memang sudah sering berlaku di Mesir, namun bantahan kali ini merupakan yang terbesar semenjak 1977,
[9]
sehingga
Kaherah
diperihalkan sebagai "sebuah zon perang"
[10]
oleh seorang wartawan dari akhbar
The Guardian
. Bantahan ini, buat pertama kalinya disertai oleh sekalian khayalak penduduk tidak mengira latar sosio-ekonomi mereka.
[9]
[11]
Apabila tahap publisiti meningkat, kerajaan Mesir telah meningkat usaha menghadkan capaian
Internet
. Mulai Jumaat 28 Januari, perhubungan Internet dan perkhidmatan telefon bimbit termasuk
SMS
telah terhenti.
[12]
[13]
Mubarak membubarkan kerajaannya lalu melantik tokoh tentera dan bekas ketua
Jabatan Perisikan Am Mesir
,
Omar Suleiman
sebagai Naib Presiden untuk cuba mematahkan bantahan. Mubarak meminta menteri penerbangan dan bekas ketua Tentera Udara Mesir,
Ahmed Shafik
untuk membentuk kerajaan barunya. Penentangan terhadap rejim Mubarak bertaut pada
Mohamed ElBaradei
, apabila semua kumpulan pembangkang utama menyokong peranannya sebagai perunding untuk membentuk suatu kerajaan peralihan yang bersatu.
[14]
Ramai warga luar negara hendak keluar dari negara ini, apabila rakyat Mesir mengadakan tunjuk perasaan terbesar.
[15]
Sebagai tanda tunduk kepada tekanan rakyat, Mubarak mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya pada bulan September.
[16]
Pada 10 Februari, President Mubarak mengumumkan bahawa beliau "menugaskan kuasanya" kepada Naib Presiden
Omar Suleiman
. Duta Mesir ke Amerika Syarikat mengesahkan bahawa ini menjadikan Suleiman sebagai Presiden Mesir
de facto
, tetapi Mubarak kekal sebagai Presiden
de jure
.
[17]
[18]
Pada 11 Februari, Naib Presiden Omar Suleiman mengumumkan bahawa Mubarak meletak jawatan sebagai presiden sambil menyerahkan kuasanya kepada
Majlis Agung Angkatan Tentera
.
[19]
Dua hari kemudian, kerajaan tentera pimpinan
Mohamed Hussein Tantawi
mengumumkan bahawa perlembagaan negara digantung, kedua-dua dewan parlimen dibubarkan, dan tentera memerintah selama enam bulan sehingga pilihan raya boleh diadakan. Jemaah menteri sebelum ini, termasuk Perdana Menteri
Ahmed Shafik
, menyambung tugas sebagai kerajaan sementara sehingga terbentuknya kerajaan baru.
[20]
Shafik meletak jawatan pada 3 Mac 2011, sehari sebelum bantahan besar-besaran untuk memaksanya berundur dirancangkan; beliau diganti oleh
Essam Sharaf
, bekas menteri pengangkutan.
[21]
Selepas
pembunuhan Presiden Anwar El Sadat
pada tahun 1981,
Hosni Mubarak
telah memimpin kerajaan republik
kepresidenan separa
Mesir dan merupakan Presiden yang paling lama berkhidmat dalam sejarah Mesir.
[22]
Mubarak dan kerajaan
National Democratic Party (NDP)
beliau telah mengekalkan pemerintahan satu parti dalam keadaan darurat yang berterusan.
[22]
Kerajaan Mubarak mendapat sokongan Barat dan sumbangan dana tahunan berterusan daripada Amerika Syarikat dengan syarat Mesir mengekalkan polisi menekan
militan Islam
dan berdamai dengan
Israel
.
[22]
Hosni Mubarak sering kali dibandingkan dengan
firaun
Mesir oleh media dan oleh sesetengah pengkritik kerasnya kerana corak pemerintahan
adikara
beliau.
[23]
Berikut ialah punca-punca berlakunya revolusi ini:
Mendahului bantahan ini, sekurang-kurangnya enam kes
bakar diri
telah dilaporkan, termasuk seorang lelaki yang cuba membakar dirinya di pusat bandar Kaherah.
[24]
Kes-kes ini diinspirasikan, dan bermula betul-betul selepas sebulan tindakan bakar diri di Tunisia yang membawa kepada
Pemberontakan Tunisia 2010?2011
. Enam kejadian yang dilaporkan tersebut dibuat termasuklah oleh Abdou Abdel-Moneim Jaafar,
[25]
Mohammed Farouk Hassan,
[26]
Mohammed Ashour Sorour,
[27]
dan Ahmed Hashim al-Sayyed yang kemudiannya mati akibat kecederaannya.
[28]
Sehingga 30 Januari,
Al Jazeera
melaporkan seramai 150 kematian dalam bantahan ini.
[29]
The Sun
pula melaporkan yang kematian tersebut terdiri daripada 10 anggota polis, 3 orang yang dibunuh di
Rafah
akibat dikeroyok.
[30]
Sehingga 29 Januari, diketahui seramai 2,000 orang telah cedera.
[31]
Pada hari ini juga, seorang pekerja kedutaan
Azerbaijan
di Mesir telah terbunuh semasa pulang ke rumah dari kerja di Kaherah;
[32]
keesokan harinya, Azerbaijan menghantar sebuah pesawat untuk membawa keluar rakyatnya
[33]
dan membuka satu siasatan jenayah ke atas pembunuhan tersebut.
[34]
Pengkebumian bagi mereka yang maut pada "Jumaat Kemarahan" telah dibuat pada 30 Januari. Ratusan orang yang berkabung berkumpul untuk pengkebumian tersebut menyeru peletakan jawatan Mubarak.
[35]
Sehingga 1 Februari, bantahan ini telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 125 orang maut,
[36]
walaupun Human Rights Watch meyatakan yang Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia,
Navi Pillay
mendakwa seramai 300 orang mungkin telah terbunuh dalam pergolakan ini. Bilangan yang tidak disahkan ini termasuklah 80 kematian disahkan Human Rights Watch di dua buah hospital Kaherah, 36 di Iskandariah, dan 13 di kota pelabuhan Suez, antara lain;
[37]
[38]
[39]
lebih 3,000 orang turut dilaporkan cedera.
[37]
[38]
[39]
- ^
Tencer, Daniel (2011-01-14).
"Reports of 'massacre' in Suez as protests in Egypt move into third day"
. Raw Story
. Dicapai pada
2011-01-28
.
- ^
"Egypt protests live blog"
. The Guardian. 26 Januari 2011
. Dicapai pada
26 Januari
2011
.
- ^
"Egypt protests claims two more lives"
. CBC News. 26 Januari 2011
. Dicapai pada
26 Januari
2011
.
- ^
"UNREST IN EGYPT"
.
Reuters
. 28 Januari 2011
. Dicapai pada
28 Januari
2011
.
- ^
Ahmed Zaki Osman (2011-01-26).
"At least 1000 arrested during ongoing 'Anger' demonstrations"
.
Almasry Alyoum
. Dicapai pada
2011-01-26
.
- ^
{{{1}}}
"Elbaradei: I will join the Youth Revolution on Friday"
. 27 Januari 2011
. Dicapai pada
27 Januari
2011
.
- ^
Jailan Zayan (2011-01-25).
"AFP ? Egypt braces for nationwide protests"
. AFP.
Diarkibkan
daripada yang asal pada 2011-03-04
. Dicapai pada
2011-01-25
.
- ^
"AFP ? ElBaradei: Egyptians should copy Tunisian revolt"
. AFP. 2011-01-25.
Diarkibkan
daripada yang asal pada 2011-01-23
. Dicapai pada
2011-01-25
.
- ^
a
b
Kareem Fahim and Mona El-Nagaar (Januari 25, 2011).
"Violent Clashes Mark Protests Against Mubarak's Rule"
. The New York Times.
- ^
"Protests in Egypt and unrest in Middle East ? as it happened"
. Guardian newspaper. 25 Januari 2011
. Dicapai pada
26 Januari
2011
.
- ^
"Egyptian Youths Drive the Revolt Against Mubarak"
. New York Times. 27 Januari 2011
. Dicapai pada
27 Januari
2011
.
- ^
El Amrani, Issandr (2011-01-28).
"URGENT: Egypt has shut off the internet"
. Arabist
. Dicapai pada
2011-01-18
.
- ^
By the CNN Wire Staff.
"Violent clashes erupt during protests in Egypt"
. CNN.com
. Dicapai pada
2011-01-28
.
- ^
Shadid, Anthony and David D. Kirpatrick (30 Januari 2011).
"Opposition Rallies to ElBaradei as Military Reinforces in Cairo"
.
The New York Times
. Dicapai pada
31 Januari
2011
.
- ^
Blanchard, Ben and Jonathan Standing (1 Februari 2011).
"Governments pull citizens out of Egypt ahead of march"
.
Reuters
. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2011-02-01
. Dicapai pada
1 Februari
2011
.
- ^
EL DEEB, SARAH and HADEEL AL-SHALCHI (1 Februari 2011).
"Egypt crowds unmoved by Mubarak's vow not to run"
.
ABC News (Associated Press Wire)
. Dicapai pada
1 Februari
2011
.
- ^
"Egypt unrest: Mubarak's speech leaves nation, world wondering who's in charge ? This Just In - CNN.com Blogs"
. News.blogs.cnn.com
. Dicapai pada
2011-02-11
.
- ^
"Egypt crisis: What role will Omar Suleiman play?"
. Csmonitor.com. 1936-07-02
. Dicapai pada
2011-02-11
.
- ^
Hosni Mubarak resigns as president
Al-Jazeera English. 11 Februari 2011
- ^
el-Malawani, Hania.
Egypt's military dismantles Mubarak regime
AFP 13 Februari 2011
- ^
"Egypt's prime minsiter quits, new govt soon-army"
. Forexyard.com
. Dicapai pada
2011-03-05
.
- ^
a
b
c
"Hosni Mubarak"
.
The New York Times
. 8 Mac 2010
. Dicapai pada
14 Februari
2011
.
- ^
"History's crossroads"
. Indianexpress.com
. Dicapai pada
2011-02-14
.
- ^
Rosenberg, David (24 Januari 2011).
"Self-Immolation Spreads Across the Mideast, Inspiring Protest, Controversy"
.
The Media Line
. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2011-04-27
. Dicapai pada
11 Februari
2011
.
- ^
"???? ???? ???? ???? ????????"
.
Al Jazeera
(dalam bahasa
bahasa Arab
). 17 Januari 2011
. Dicapai pada
11 Februari
2011
.
CS1 maint: unrecognized language (
link
)
- ^
Zayed, Dina (18 Januari 2011).
"Egyptians Set Themselves Ablaze After Tunisia Unrest"
.
Reuters
. Dicapai pada
11 Februari
2011
.
- ^
"???? ??'??? ???????' ???? ???? ???? ???? ????? ????????"
.
El-Aosboa
(newspaper)
(dalam bahasa
Arabic
). 18 Januari 2011. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2016-03-03
. Dicapai pada
11 Februari
2011
.
CS1 maint: unrecognized language (
link
)
- ^
Staff writer
(18 Januari 2011).
"Mother of Ahmed Hashim al-Sayyed"
.
Reuters
(via
Yahoo! News
)
. Dicapai pada
11 Februari
2011
.
- ^
Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama
Rian30
- ^
Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama
autogenerated2
- ^
Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama
reuters3
- ^
Agayev, Zulfugar (30 Januari 2011).
"Azerbaijani Embassy Worker Shot Dead in Egypt, Ministry Says"
.
Bloomberg
. Dicapai pada
11 Februari
2011
.
- ^
"Ambassador: Embassy will continue providing necessary help to Azerbaijanis in Egypt"
. En.trend.az. 2011-01-31. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2013-04-25
. Dicapai pada
2011-02-05
.
- ^
"Prosecutor General's Office Files Lawsuit on Murder of Accountant of Azerbaijani Embassy in Egypt"
. 31 Januari 2011. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2013-04-25
. Dicapai pada
2011-02-11
.
- ^
Nolan, Dan (29 Januari 2011).
"Hundreds Mourn the Dead in Egypt"
.
Al Jazeera English
. Dicapai pada
11 Februari
2011
.
- ^
Staff writer
(31 Januari 2011).
"Egypt Crisis: Country Braced for 'March of a Million
'
"
.
The Daily Telegraph
. Dicapai pada
11 Februari
2011
.
- ^
a
b
c
d
e
1 Februari 2011 .
"Egypt: Rights Advocates Report Protest Death Toll as High as 300"
.
Los Angeles Times
. Dicapai pada
11 Februari
2011
.
CS1 maint: extra punctuation (
link
)
Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "latimes1" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
- ^
a
b
"Egypt Unrest Claimed About 300 Lives ? UN High Commissioner for Human Rights Navi Pillay"
. Allvoices.com. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 17 January 2013
. Dicapai pada
11 Februari
2011
.
- ^
a
b
Staff writer
(1 Februari 2011).
"UN Human Rights Chief: 300 Reported Dead in Egypt Protests"
.
Haaretz
.
Diarkibkan
daripada yang asal pada 2011-02-01
. Dicapai pada
11 Februari
2011
.
- ^
a
b
c
d
e
f
g
"Egypt: Documented Death Toll From Protests Tops 300 | Human Rights Watch"
. Hrw.org. 28 January 2011
. Dicapai pada
9 February
2011
.
- ^
a
b
c
d
Staff writer
(27 January 2011).
"4 Confirmed Dead in Egyptian Riots"
.
Agence France-Presse
(via
Herald Sun
)
. Dicapai pada
5 February
2011
.
- ^
a
b
c
"Pyramids Closed as Deadly Riots Spread"
.
Herald Sun
. 30 January 2011
. Dicapai pada
3 February
2011
.
- ^
a
b
c
Gordon, Evelyn (29 January 2011).
"Al-Jazeera says Egyptian riot death close close to 90"
. Jpost.com
. Dicapai pada
9 February
2011
.
- ^
Schemm, Paul; Michael, Maggie (5 February 2011).
"Mubarak leaves Cairo for Sinai as protests spread"
. SignOnSanDiego.com. Associated Press
. Dicapai pada
12 February
2011
.
- ^
Williams, Alison (29 January 2011).
"Update 1 ? Death Toll in Egypt's Protests Tops 100 ? Sources"
.
Reuters
. Dicapai pada
5 February
2011
.
- ^
a
b
c
d
e
[
pautan mati
]
http://www.wilsherline.net.uk/
- ^
Agayev, Zulfugar (30 January 2011).
"Azerbaijani Embassy Worker Shot Dead in Egypt, Ministry Says"
. Bloomberg
. Dicapai pada
9 February
2011
.
- ^
a
b
c
"General News - Uncertainty over cause of Ghanaian's death in Egypt"
. Citifmonline
. Dicapai pada
9 February
2011
.
- ^
Staff writer
(26 January 2011).
"Egypt Official Blames Car Crash for Cairo Deaths"
.
Reuters
. Dicapai pada
5 February
2011
.
- ^
a
b
Staff writer
(27 Januari 2011).
"Egypt Police Shoot Bedouin Protester Dead"
.
Reuters
. Dicapai pada
5 Februari
2011
.
- ^
Parker, Nick (29 Januari 2011).
"Day of Wrath in Egypt as 62 Killed"
.
The Sun
. Dicapai pada
5 Januari
2011
.
- ^
"Egypt Police Shoot Bedouin Protester Dead"
. Egypt.com News. 27 Januari 2011.
- ^
"Political turmoil instigates schism in Egyptian Soccer | bettor.com"
. Blogs.bettor.com
. Dicapai pada
9 February
2011
.
- ^
Weaver, Matthew (28 September 2007).
"Egypt protests - Tuesday 8 February | News | guardian.co.uk"
. Guardian
. Dicapai pada
9 Februari
2011
.
- ^
"Pictures of the dead rise in Egypt's Tahrir Square"
.
articles.latimes.com
. Los Angeles Times
. Dicapai pada
9 Februari
2011
.
- ^
http://www.presstv.ir/detail/165680.html