Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Reuters
(
?r??t?rz
) ialah sebuah
agensi berita
yang bertapak di United Kingdom, dan menyalurkan laporan berita dari merata dunia kepada
media berita
.
Paul Julius Reuter
mengamati bahawa penciptaan
telegraf elektrik
menandakan bahawa penyampaian berita dalam jarak jauh tidak perlu memakan masa berhari-hari atau berminggu-minggu. Pada tahun 1850, Reuter bekerja di bandar
Aachen
? ketika itu dalam
Kerajaan Prusia
, kini dalam Jerman ? dekat dengan sempadan Belanda dan Belgium. Beliau mula menggunakan talian telegraf Berlin?Aachen yang baru untuk menghantar berita ke Berlin. Namun demikian, terdapat jurang 76-batu (122 km) dalam talian di antara Aachen dan
Brussel
, ibu negara dan pusat kewangan Belgium. Reuter mendapat peluang untuk mempercepat khidmat berita di antara Brussel dan Berlin dengan menggunakan burung
merpati utusan
untuk merapatkan jurang itu.
Pada tahun 1851, Reuter berpindah ke London. Setelah kebuntuan pada tahun 1847 dan 1850, cubaan Submarine Telegraph Company memasang kabel telegraf dasar laut yang merentas
Selat Inggeris
, dari
Dover
ke
Calais
, menjanjikan kejayaan. Reuter mendirikan pejabat "Submarine Telegraph" pada Oktober 1851 sebelum pembukaan kabel dasar laut tersebut pada bulan November. Kemudian, beliau merundingkan kontrak bersama
Bursa Saham London
untuk menyediakan harga saham dari bursa-bursa di
tanah besar Eropah
sebagai balasan terhadap capaian kepada harga-harga bursa London yang dibekalkannya kepada broker saham di Paris. Pada tahun 1865, firma swasta Reuter distrukturkan semula sehingga menjadi syarikat berhad yang bernama
Reuter's Telegram Company
. Reuter menjadi warganegara Britain pada tahun 1857.
Agensi Reuter mendirikan reputasi di Eropah sebagai yang pertama untuk melaporkan
skup
berita dari luar negara, seperti pembunuhan
Abraham Lincoln
. Hampir semua perkhidmatan berita di dunia melanggan khidmat Reuters yang dibuka di lebih 200 bandar raya di 94 negara dalam kira-kira 20 bahasa.
Pada 15 Mei 2007,
The Thomson Corporation
dari Kanada bergabung dengan Reuters dalam urusniaga yang bernilai
AS $
17.2 bilion. Thomson kini menguasai sekitar 53 peratus syarikat baru yang dikenali sebagai
Thomson Reuters
.