Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
R?ki Sasaki
(
佐?木 朗希
,
Sasaki R?ki
, lahir 3 November 2001)
, nicknamed "
Gergasi
Zaman Reiwa
"
(
令和の怪物
,
reiwa no kaibutsu
)
merupakan pemain besbol Jepun yang beraksi sebagai
pelempar
untuk pasukan
Chiba Lotte Marines
dari
Nippon Professional Baseball
(NPB). Beliau telah melakukan kemunculan sulungnya di NPB pada 2021.
Sasaki telah mencatatkan rekod baru besbol di peringkat sekolah tinggi Jepun dengan kelajuan
fastball
sepantas 163 kilometer per jam (101 mph). Marines telah menamakan Sasaki sebagai pelempar utama bagi draf NPB 2019. Sehingga tahun 2021, beliau dapat melakukan penampilan sulungnya di NPB bersama Marines. Beliau berjaya melakukan "
perfect game
" pada 10 April 2022 serta mengikat rekod strikeout terbanyak dalam satu perlawanan NPB serta menghasilkan rekod baru untuk bilangan strikeout berturut-turut. Pada tahun 2023, beliau sebahagian daripada
pasukan kebangsaan Jepun
yang menjuarai kejohanan
World Baseball Classic 2023
.
Semasa peristiwa
gempa bumi Jepun 2011
, beliau pada masa itu darjah tiga menyaksikan
tsunami
yang meranapkan rumahnya. Bapa dan datuknya telah terkorban manakala Sasaki bersama ibu dan dua orang adik beradiknya selamat di
rumah penjagaan
.
[1]
[2]
[3]
Keluarga beliau berpindah ke
?funato
pada tahun berikutnya dan Sasaki mula bermain besbol di sekolah barunya.
[2]
Sasaki telah digelar "Gergasi Zaman
Reiwa
" (
Reiwa no Kaibutsu
令和の怪物
) kerana kemampuannya menghasilkan
fastball
sepantas 163-kilometre-per-jam (101 mph) ketika zaman persekolahan.
[4]
[5]
Kelajuan
fastball
Sasaki telah meleburkan rekod yang dicatatkan oleh
Shohei Ohtani
dan semenjak itu, Sasaki mula dibandingkan dengan Ohtani.
[3]
Nama gelarannya itu sebenarnya merujuk kepada
Daisuke Matsuzaka
yang pernah dikenali sebagai "Gergasi Zaman
Heisei
".
[6]
Templat:Baseballstats