Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya
(
bahasa Inggeris
:
University of Malaya Centre for Continuing Education
,
[a]
dikenali secara kolektif sebagai
UMCCed
) ialah sebuah pusat akademik di dalam
Universiti Malaya
(UM).
[1]
[2]
[3]
Ditubuhkan pada 1998, UMCCed ialah sebuah pusat di bawah Canseleri Universiti Malaya yang menawarkan program latihan dan pendidikan khusus untuk bekerja di peringkat Diploma Profesional dan Eksekutif, Sijil dan kursus pendek dalam pelbagai bidang.
[4]
[5]
UMCCed juga merupakan satu-satunya pusat universiti awam yang merintis perkhidmatan dan latihan kejurulatihan yang ditawarkan khusus kepada eksekutif, pegawai pentadbiran, usahawan, jurulatih serta perunding profesional sebagai kaedah yang berkesan dalam meningkatkan produktiviti dan mencapai kecemerlangan organisasi. Selain itu, ia juga menyediakan peluang latihan kepada peserta antarabangsa melalui bengkel, lawatan sambil belajar dan kursus pendek serta berkhidmat sebagai urusetia dan penganjur dalam pengurusan persidangan dan seminar untuk pelanggan tempatan dan antarabangsa.
[6]
[7]
Kelayakan yang ditawarkan oleh UMCCed diiktiraf oleh
Jabatan Perkhidmatan Awam
(JPA).
[8]
UMCCed merupakan Pusat Tanggungjawab (PTj) akademik di bawah Canseleri Universiti Malaya yang ditubuhkan pada 1998, khusus untuk mempelopori konsep "
Pendidikan Sepanjang Hayat
" dengan menawarkan pelbagai program pendidikan dan latihan untuk semua lapisan masyarakat.
[9]
Program ini termasuk Diploma dan Diploma Eksekutif, Sijil Profesional dan kursus pendek dalam pelbagai bidang.
[1]
[10]
Bagi tujuan mempromosikan pendidikan sepanjang hayat dalam kalangan orang dewasa yang bekerja, kebanyakan program yang ditawarkan dijalankan secara separuh masa dan disesuaikan mengikut keperluan individu dan korporat.
[1]
UMCCed turut menyediakan perkhidmatan perunding perniagaan khusus kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
[11]
Di peringkat antarabangsa, UMCCed turut menyediakan peluang latihan kepada peserta luar negara melalui lawatan sambil belajar dan kursus pendek yang disesuaikan khusus dengan keperluan peserta. Program latihan jangka pendek ini turut ditawarkan di luar negara termasuk di
Filipina
,
Hong Kong
dan
Indonesia
.
[1]
Sehingga kini, UMCCed menawarkan 9 program diploma eksekutif:
- Diploma Eksekutif Pengurusan (Pentadbiran dan Operasi)
- Diploma Eksekutif Pengurusan (Sumber Manusia)
- Diploma Eksekutif Pengurusan (Perniagaan)
- Diploma Eksekutif Pendidikan Awal Kanak-Kanak
- Diploma Eksekutif Kaunseling
- Diploma Eksekutif Pentadbiran Perakaunan
- Diploma Eksekutif Teknologi Maklumat
- Diploma Eksekutif Pengajian Syariah
- Diploma Eksekutif Pengajian Usuluddin
- ^
Juga ditulis sebagai
Universiti Malaya Centre for Continuing Education
di laman web rasminya.
|
---|
Kepimpinan
| |
---|
Kolej Kediaman
|
- Pertama (Tuanku Abdul Rahman)
- Kedua (Tuanku Bahiyah)
- Ketiga (Tuanku Kurshiah)
- Keempat (Bestari)
- Kelima (Dayasari)
- Keenam (Ibnu Sina)
- Ketujuh (Za'Ba)
- Kelapan (Kinabalu)
- Kesembilan (Tun Syed Zahiruddin)
- Kesepuluh (Tun Ahmad Zaidi)
- Kesebelas (Ungku Aziz)
- Keduabelas (Raja Dr. Nazrin Shah)
- Ketigabelas (bekas UIA PJ)
|
---|
Fakulti
| |
---|
Akademi
|
- Akademi Pengajian Melayu
- Akademi Pengajian Islam
|
---|
Institut
|
- Institut Penyelidikan, Pengurusan dan Syarikat (IPPP)
- Institut Pengajian Pasca Siswazah
- Institut Asia-Eropah
- Institut Polisi Awam dan Pengurusan Antarabangsa (INPUMA)
- Institut Pengajian Kepengetuaan
- Institut Pengajian China (ICSUM)
- Institut Sains Lautan dan Bumi (IOES)
|
---|
Pusat
|
- Pusat Penyelidikan Halal
- Pusat Permulaan Bakat & Latihan Industri (CITra)
- Pusat Dialog Peradaban
- Pusat Peningkatan Akademik & Pembangunan Kepimpinan
- Pusat Sains & Sukan Senaman
- Pusat Pendidikan Berterusan
(UMCCed)
- Pusat Asasi Sains
- Pusat Pembangunan Keluarga
- Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Pertanian (CEBAR)
- Pusat Komuniti & Kelestarian (UMCares)
- Pusat Kajian Demokrasi & Pilihan Raya (UMcedel)
- Pusat Inovasi & Keusahawanan (UMCIE)
- Pusat Kecemerlangan (UMCoE)
- Pusat Pendidikan & Penyelidikan Penyakit Berjangkit Tropika (TIDREC)
|
---|
Muzium
|
- Muzium Kesenian Islam
- Muzium Zoologi
- Muzium Geologi
|
---|
Warga dan alumni
| |
---|
Dalam media
| |
---|
Badan pelajar
| |
---|
Berkaitan
| |
---|
|