Pulau Alcatraz
adalah sebuah pulau yang terletak di
Teluk San Francisco
, 1.5 batu (2.4 km) di luar pantai
San Francisco
,
California
,
Amerika Syarikat
.
[1]
Pulau ini yang seringkali dirujuk sebagai "
The Rock
" merupakan sebuah pulau kecil yang dibangunkan dengan kemudahan untuk sebuah
rumah api
, sebuah kubu tentera, sebuah penjara tentera dan sebuah penjara milik
Biro Penjara Persekutuan
sehingga 21 Mac, 1963.
[2]
Bermula pada bulan November 1969, pulau ini telah didiami lebih untuk lebih dari 19 bulan oleh sekumpulan
Indian Amerika
dari San Francisco yang telah mengambil bahagian dalam activitisme India di seluruh negara dengan bantahan awam sehingga tahun 1970-an. Pada tahun 1972, Alcatraz telah menjadi sebuah kawasan rekreasi kebangsaan dan dikenali sebagai
Mercutanda Bersejarah Negara
pada tahun 1986.
Pada hari ini, kemudahan di pulau ini dioperasikan oleh
Khidmat Taman Negara
sebagai sebahagian dari
Kawasan Rekreasi Negara Golden Gate
; ia dibuka untuk lawatan. Para pelawat boleh pergi ke pulau ini melalui feri Pier 33, berdekatan dengan
Fisherman's Wharf
di San Francisco. Pada tahun 2008, feri pendorongan hidrib pertama negara memulakan perkhidmatan ke pulau ini.
[3]
Alcatraz seringkali dipaprkan di dalam banyak filem, TV, karton, buku, komik dan permainan.
The interior of a regular cell in the row known as
Broadway
.
Alcatraz pertama kali telah dibangunkan sebagai instalasi ketenteraan pada tahun
1850
dan kemudian diubah menjadi penjara tentera, hingga tahun 1933.
Barak Hukuman Amerika Syarikat
di
Alcatraz
diambil alih oleh
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat
pada
12 Oktober
1933
. Pulau ini menjadi penjara persekutuan pada bulan Ogos 1934. Selama 29 tahun penggunaannya, penjara ini menempatkan beberapa penjenayah yang terkenal seperti
Al Capone
,
Robert Franklin Stroud
(
Manusia burung dari Alcatraz
), dan
Alvin Karpis
, yang ditahan di Alcatraz jauh lebih lama daripada tahanan yang lain. Penjara ini juga menyediakan perumahan untuk staf Biro Penjara dan keluarga mereka. Kini para anggota keluarga yang menghuni pulau itu dan menjadikannya rumah mereka dapat bergabung dalam Perhimpunan Alumni dan ikut serta dalam majlis reunion tahunan yang merayakan pembukaan penjara ini pada akhir minggu kedua setiap bulan Ogos. Kebanyakan anggota keluarga mempunyai cerita-cerita kesayangan mereka yang sering mereka ceritakan tentang pengalaman dibesarkan di
The Rock
.
Dengan keputusan
Jaksa Agung
AS
Robert F. Kennedy
, tempat tahanan ini ditutup untuk selama-lamanya pada
21 Mac
1963
. Penjara ini ditutup kerana kos operasinya jauh lebih mahal daripada penjara-penjara yang lain, dan teluk ini mengalami pencemaran teruk dari aktiviti pembuangan sampah tidak terurus dari sekitar 250 tahanan dan 60 keluarga Biro Penjara di pulau itu.
Penjara AS
, sebuah penjara tradisional yang didirikan di darat dibuka pada tahun yang sama untuk menggantikan Alcatraz.
Fail:Brandt's Cormorant Alcatraz.jpg
Cormorant Brandt
bersarang di Pulau Alcatraz
Pada 1969, sekelompok orang
Red Indian
Amerika dari berbagai suku, yang menyebut dirinya
Indian Bersatu dari Semua Suku
(banyak dari mereka yang pindah ke Daerah Teluk di bawah program penghentian bantuan pemerintah), menduduki pulau ini, dan mengusulkan didirikannya sebuah pusat pendidikan, pusat lingkungan hidup dan kebudayaan. Menurut orang-orang yang mendudukinya, dalam sebuah perjanjian suku
Sioux
, pemerintah mengakui bahawa semua tanah persekutuan yang tidak digunakan lagi perlu dikembalikan kepada suku bangsa Pribumi yang dahulu memilikinya. Selama masa pendudukan itu, sejumlah gedung dirusakkan atau dihancurkan, termasuk ruang rekreasi, tempat tinggal Pengawal Pantai, dan rumah kepala penjara. Sejumlah gedung lainnya (kebanyakan apartemen) dihancurkan oleh Pemerintah AS setelah pendudukan itu berakhir. Setelah pendudukan selama 18 bulan, pemerintah memaksa mereka keluar.
Pulau yang dikenali juga sebagai "The Rock," (Batu Karang) ini ditampilkan dalam
filem
1996
movie
dengan judul
yang sama
. Puluhan filem, termasuk
Escape From Alcatraz
dan
X-Men: The Last Stand
, telah menampilkan Alcatraz sejak 1937.
- Dowswell, Paul (1994).
Tales of Real Escape
. London, England: Usborne Publishing Ltd.
ISBN 0-7460-1669-7
.
- ^
a
b
"Alcatraz Island"
.
Encyclopædia Britannica Online
. Encyclopædia Britannica. 2009
. Dicapai pada
2009-08-20
.
- ^
Odier, Odier (1982).
The Rock: A History of Alcatraz: The Fort/The Prison
. L'Image Odier.
ISBN
0-9611632-0-8
.
- ^
"Hornblower Hybrid"
. Dejongandlebet.com
. Dicapai pada
2011-01-24
.
Templat:Geolinks-US-buildingscale