Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Puak
atau
orang Slav
merujuk kepada kumpulan etnik dan bahasa yang tergolong di dalam keluarga
Indo-Eropah
, yang majoritinya tinggal di
Eropah Timur
. Bermula dari
abad ke-6
lagi, mereka mula berpindah-randah dari tanah air mereka untuk tinggal di bahagian paling timur di
Eropah Tengah
, kawasan Eropah Timur lainnya dan juga sekitar
Semenanjung Balkan
. Ramai yang kemudiannya terus tinggal di kawasan yang kini dikenali sebagai
Siberia
dan juga
Asia Tengah
atau berhijrah ke kawasan lain di seluruh dunia.
Negara-negara zaman moden dan kumpulan etnik dengan nama "Slav" dianggap dari segi
genetik
dan
budaya
sebagai kumpulan yang pelbagai dan hubungan di antara mereka adalah berbeza-beza, dari perasaan yang akrab kepada perasaan saling membenci. Kumpulan etnik ini kini tinggal dan membentuk majoriti di banyak negara seperti
Rusia
,
Ukraine
,
Poland
(termasuk kumpulan minoriti
Kashubi
),
Republik Czech
,
Belarus
,
Slovakia
,
Slovenia
,
Croatia
,
Serbia
,
Montenegro
,
Bulgaria
,
Republik Macedonia
dan
Bosnia dan Herzegovina
. Negara-negara lain seperti
Kazakhstan
,
Moldova
,
Lithuania
,
Estonia
dan
Latvia
juga mempunyai puak Slav dalam bilangan yang agak besar.
Di Jerman,
orang Sorbia
yang kebanyakannya tinggal di
Lausitz
membentuk kumpulan minoriti yang dilindungi. Selain itu,
Austria
turut memberi perlindungan yang sama kepada kumpulan etnik minoriti Slav.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{
tunas
}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.