한국   대만   중국   일본 
Prom - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Prom

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Suatu dewan rumah besar dihadiri remaja-remaja melaram di Amerika Syarikat

Prom (singkatan promenade [1] [2] - suatu kawasan berlegar-legar ataupun upacara perarakan menyambut tetamu sesebuah majlis [3] [4] ) merujuk kepada suatu majlis tari diadakan khusus untuk pelajar-pelajar sekolah tinggi di dunia Barat (terutamanya Amerika Syarikat ) menghampiri akhirnya tahun terakhir persekolahan mereka.

Para pelajar sering menghadiri majlis-majlis ini berpakaian serba cantik dan segak - kaum lelaki lazim memakai tuksedo manakala kaum perempuan memakai gaun . Pada acara ini akan ada pemilihan dalam kalangan pengacara yang menentukan peserta lelaki dan perempuan yang terbaik bergelar "raja" ( prom king ) dan "ratu prom" ( prom queen ) didasarkan pencapaian terbaik pelajar-pelajar sepanjang tempoh persekolahan mereka. [5] [6]

Ia dahulunya wujud seawal lewat abad ke-19 ke abad ke-20 sebagai peluang di mana para remaja yang bersekolah mula pertama kali berdikari , berpenampilan elok serta bergaul dalam persekitaran lebih profesional dan dewasa . [3] Pengadaan acara sebegini semakin lama semakin mewah dengan pesatnya perkembangan ekonomi dialami Amerika Syarikat 1950-an sehingga majlis mampu diadakan di tempat lebih mahal seperti hotel resort. Ia lama-kelamaan menjadi salah satu acara yang ditumpu penting dalam gaya hidup pemuda-pemudi masyarakat-masyarakat Barat sehingga diabadikan dalam penceritaan media dihasilkan di sana dari drama TV dan siri animasi sehinggalah ke filem.

Rujukan [ sunting | sunting sumber ]

  1. ^ Zimmerman, Jonathan (3 Mei 2013). "Prom An Iconic American Tradition" . Chicago Tribune . Dicapai pada 20 Mei 2013 .
  2. ^ https://www.etymonline.com/word/prom
  3. ^ a b Ann Anderson (2012). High School Prom: Marketing, Morals and the American Teen . McFarland. m/s. 7?10.
  4. ^ "Definition of 'promenade ' " . Merriam-Webster Dictionary . Dicapai pada 12 April 2020 .
  5. ^ "Hudson High Prom Court Nominations" . Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Oktober 2012 . Dicapai pada 18 September 2012 .
  6. ^ "Nominations Should be Based Upon More than Popularity" . Diarkibkan daripada yang asal pada 10 April 2013 . Dicapai pada 25 Februari 2013 .