Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Presiden Pakistan
(
Urd?
:
??? ?????
Sadr-e-Mamlikat
) merupakan
ketua negara
Pakistan
. Pakistan mempunyai kerajaan
sistem separuh presiden
. Menurut
Perlembagaan
,
Presiden
dipilih oleh
Kolej Pengundian Pakistan
untuk berkhidmat selama lima tahun. Kolej ini terdiri daripada
Senat
,
Himpunan Negara
dan himpunan provinsi. Presiden boleh dipilih tetapi tidak boleh berkhidmat lebih daripada dua tempoh berturut-turut. Presiden juga boleh didakwa dan dilucutkan jawatan dengan undian dua pertiga oleh
Parlimen
.
Dalam tradisi jawatan Presiden ini hanyalah satu lambang, dengan kuasa yang sebenar dalam tangan
Perdana Menteri
. Namun dalam sejarah, disebabkan oleh perampasan kuasa tentera dan kepulangan kerajaan rakyat, perubahan dalam Perlembagaan telah mengubah kuasa dan hak Presiden. Perlembagaan kini memberikan Presiden
kuasa simpanan
- tertakluk kepada pelulusan
Mahkamah Tinggi
atau
veto
- untuk membubarkan
Himpunan Negara Pakistan
, mengadakan pengundian yang baru, dan memecatkan PM. Presiden juga menjadi pengerusi
Majlis Keselamatan Negara
dan melantik ketua
Tentera Darat
,
Tentera Laut
, dan
Tentera Udara
.
Pakistan mempunyai satu
sistem parlimen
kerajaan yang pernah diubah beberapa kali.
Perlembagaan tidak membenarkan kewujudan Timbalan Presiden, tetapi Pengerusi
Senat Pakistan
mengambil alih tugas-tugas Presiden semasa ketiadaan Presiden.
[1]
Bebas
Parti Republik
/
Liga Muslim Pakistan (N)
Liga Muslim Pakistan (Q)
Parti Rakyat Pakistan
Tentera
Ketua negara
Pakistan sebelum tahun
1956
ialah Pemerintah British. Untuk Gabenor-General yang mewakili mereka antara tahun
1947
hingga
1956
, lihat
Gabenor-Jeneral Pakistan
.